Bahasa Melayu eksklusif untuk calon SPM

BAHASA MELAYU - PERIBAHASA MODEN(sekadar baca , jangan guna dalam penulisan anda)

Peribahasa moden (sekadar baca , jangan guna dalam penulisan anda)

§  Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh diundur, tapi hati-hati kot ada anak kecil, di belakang kereta,banyak dah terjadi tragedi!!
§  Bersatu kita teguh, bercerai kita tunggu habis edah barulah fikir cari yang lain atau rujuk balik
§  Alang-alang mandi biar betul-betul bersih
§  Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan duda, suami mati meninggalkan janda
§  Berakit-rakit kehulu,berenang-renang ketepian  pabila rakit pecah.
§  Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri kukuhkan iman, upgradekan ekonomi keluarga.
§  Harapkan pagar, pagar pun tak ada, rumah di Putrajaya tak ada pagar
§  Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat dimasukkan ke wad ICU.
§  Hujan emas dinegeri orang, hujan batu di negeri sendiri, habislah pecah cermin kereta.
§  Biar lambat asalkan tak mengantuk.
§  Kalau tiada rotan, elakkanlah  sepak terajang.. .
§  Habis madu sepah tu jangan dibuang bersepah-sepah.
§  Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi bulu tangkis badminton.
§  Air dicencang takkan putus tapi kalau dikumpul dalam sinki, buat basuh periuk belanga
§  Pinggan tak retak nasi tak dingin, kalau orang tak hendak tandanya dia ada pilihan lain.
§  Jinak-jinak siburung merpati, hendak dipegang tak dapat, biarkanlah merpati itu terbang
§  Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak kejar pun gunung tu takkan lari jugak.
§  Patah tumbuh, hilang report-lah polis.
§  Susu punya lembu, campur milo sedapnya(minuman favourite saya!).
§  Ditelan mati mak diluah pergilah ke bilik air
§  Betapa berat mata memandang, berat lagi beras sekampit
§  Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang saja sebab mudah berkarat
§  Kajang Pak Malau Kajang berlipat, sate Kajang lazat dan enak
§  Kalau kail panjang sejengkal, tak ada  orang jual pun kail sejengkal
§  Kalau takut dilambung ombak , dilarang bina rumah dekat dengan pantai
§  Siapa yang makan nangka, biji nangka buang dalam tong sampah
§  Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian merana diri
§  Tak lapuk dek hujan, tak lekang walaupun lama direndam
§  Di  mana ada gula di situ adalah gula-gula.
§  Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar.
§  Rezeki  secupak takkan jadi sekilo
§  Cubit paha kanan peha kiri tak rasa apa-apa pun.
§  Diam-diam ubi berisi diam-diam orang bisu .
§  Hendak seribu daya tak hendak tak apa .
§  Hidup segan mati dikebumikan.
§  Ikut hati mati, ikut rasa pahit, manis, masin.
§  Ikut resmi padi semakin berisi semakin menguning dan cepat dituai.
§  Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada tangannya.
§  Sambil menyelam hati-hati jangan lemas
§  Sehari selembar benang lama-lama benang habis.
§  Membujur lalu melintang pukang.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan Tiru