Bahasa Melayu eksklusif untuk calon SPM

Ahad, 29 Mac 2020

Tajuk karangan hari ini (6hb april 2020) untuk pelajar SPM, Tg 4 dan PT3 - Latihan persediaan SPMmusim PKP ini

Tajuk karangan hari ini (6  hb April2020)  Latihan persediaan SPM  musim  PKP
Tajuk karangan untuk pelajar SPM
(karangan B- pilih satu sahaja)

 1. Ciri-ciri rancangan TV yang paling anda minati. Bincangkan 

 2,  Kesan-kesan amalan makan makanan segera. Huraikan

 3, Adik anda ’ 24 jam mengadap komputer’. Bincangkan cara-cara menangani gejala ‘ketagihan komputer’ dalam kalangan ahli keluarga anda

images (29).jpg


Tajuk karangan hari ini (30 mac 2020)  Latihan persediaan SPM musim  PKP
Tajuk karangan untuk pelajar SPM
(karangan B)
1. Cara-cara penjagaan kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia, untuk kekal sihat sepanjang hayat. Bincangkan.

Intro - Hargai masa sihat, badan cergas minda cerdas. Sakit datang macam kilat, pergi macam semut.  Terdapat banyak cara untuk kita sama-sama menjaga kesihatan tubuh badan. Tepuk dada tanya selera.
Isi
1. Amalkan amalan pemakanan seimbang. Patuhi piramid makanan. Banyakkan sayur, ulam-ulaman, buah-buahan. Pepatah Inggeris ada menyatakan 'an apple a day will keep a doctor away'
2. Beriadah, bersenam. bersukan
3. Pemeriksaan kesihatan secara berkala
4. Jaga kebersihan.
5. Sentiasa berfikiran positif.Eratkan persahabatan Lakukan kebaikan.

Penutup:
Kesimpulannya, jaga kesihatan demi kesejahteraan. Tiada yang lebih indah selain kekal sihat hingga ke hujung usia. Kalau ada rasa atau perasaan serba tak kena dalam diri, cepat-cepatlah berjumpa doktor .



2.  Faedah belajar secara berkumpulan menjelang SPM 2020. Jelaskan.




Tolong hebahkan kepada rakan-rakan
images (29).jpg
Tajuk karangan untuk pelajar tingkatan 4
1.  Buah-buahan tempatan memang enak, lazat, berkhasiat. Bincangkan pelbagai kaedah memajukan industri buah-buahan tempatan.
images (29).jpg
Tajuk karangan pelajar PT3 
1.  Hubungan erat  adik- beradik , perlu sentiasa dieratkan  ke arah membentuk keluarga bahagia. Huraikan peranan ibu bapa dalam mengekalkan suasana harmoni, sebuah keluarga bahagia.
images (29).jpg
Esok saya beri tajuk baharu sebagai pengisian masa cuti. Ingat masa itu emas dan jangan lupa jaga kesihatan diri, jaga ayah & ibu  dan duduk diam-diam di rumah. Siapkan karangan ini, nanti habis cuti semua kerja boleh beri kepada saya. (kertas 1 dan kertas 2) Gunakan masa yang berharga ini jua untuk berbakti kepada kedua-dua ibu bapa tersayang.  JANGAN LUPA KLIK FOLLOW. Jadilah follower  blog saya ini.
Setakat ini alhamdulillah  daily viewers purata 1000 sehari tapi jumlah followers kekal 27 orang.
.
Hari ni 2april follower bertambah seorang (TK Chung Zhi Ming), viewers  masih  kekal seribu sehari ,  Blog ni baru berusia 3 tahun.



images (29).jpg

BAHAN LATIHAN BM 31  MAC 2020
KOLEKSI SOALAN DRAMA SPM  -  Latihan intensif  untuk pelajar cemerlang SPM  2020
Drama -Berkhidmat untuk Negara
Baca petikan drama, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya  menggunakan ayat anda sendiri.
AIMAN : Masalahnya saya tak mahu pergi. Saya nak minta daddy tolong dapatkan pengecualian untuk saya. Saya tak sukalah program macam itu!
KHIR GHAZALI : Kalau itu yang Aiman nak daddy bantu, daddy akan kata tidak. Daddy mahu Aiman pergi sertai PLKN itu. Banyak faedah yang akan Aiman dapat. Cubalah berfikir seperti orang dewasa, Aiman bukan budak-budak lagi. Jadilah manusia yang sentiasa dahagakan ilmu dan pengalaman. Jangan hanya pandai meminta daripada berusaha.
AIMAN : Lecehlah berbincang dengan daddy. Semua keputusan daddy akan tentukan dan Aiman hanya kena ikut. Baik Aiman minta tolong daripada mummy pula. Mummy lebih faham akan jiwa dan kemahuan Aiman.
(Sedang AIMAN mahu berlalu meninggalkan daddynya, muncul pula MASNAH, mummy AIMAN. AIMAN terus mendapatkannya).
MASNAH : Apa yang dua beranak ini bincangkan? Dari tadi mummy dengar macam hangat saja?
KHIR GHAZALI : Anak awak ini, dah besar panjang pun asyik nak bermanja saja. Cuba awak ajar supaya dia tahu berdikari. Buat malu saja kalau anak lelaki macam ini.                 (Drama ‘Berkhidmat untuk Negara’ oleh Affiz Zulkarnean- Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)
(i) Apakah masalah yang timbul antara Aiman dengan ayahnya? [2 markah]
_________________________________________________________________________________
(ii) Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan program latihan bagi mereka yang baru menamatkan alam persekolahan.Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh kerajaan untuk menarik minat remaja menyertai PLKN? [3 markah]
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
(iii) Huraikan satu nilai murni dalam petikan drama di atas dan satu nilai murni yang lain daripada keseluruhan drama yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Drama -Bukan Gila - Baca petikan drama kemudian jawab soaIan-soalan  berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.
BAPA : Pak cik rasa ada yang tak kena dengan dirinya. Semasa dia tinggal di sini dulu, pak cik perhatikan dia sering bercakap loghat Indonesia. Jarang sekali pak cik dengar dia bercakap dalam loghat bahasa kita. Doktor kata dia gila.
IBU : Gila yang dibuat sendiri. Kita tak suruh dia buat macam tu. Dia yang buat, biar dia sendiri yang tanggung. Mak cik tak terdaya lagi hendak melayan kerenah si Azmir tu.
ARIF : Mak cik, pak cik.... Saya rasa Azmir bukan buat-buat gila. Bagi saya dia bukan gila atau buat-buat gila, tapi Azmir sedang menderita suatu penderitaan yang tidak tertanggung.
PELAKON 1 : Kami lihat pada bajunya terdapat tanda nama, W.A.Domski?
IBU : ltu pun satu hal. Memalukan keluarga saja. Orang ramai dah heboh. Azmir masuk orang Putih. Dia tak mahu jadi orang Melayu lagi. Habis, macam manalah orang tak kata dia gila. Mak cik sungguh malu sekarang. Nak jumpa orang pun mak cik dah tak sanggup lagi.
PELAKON 2 : Bersabarlah mak cik. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini buat kita semua.
PELAKON 3 : Betul juga kata rakan saya tu. Peristiwa yang berlaku kepada Azmir mungkin berpunca daripada kurangnya perhatian dan kasih sayang.
IBU : Nak buat macam mana lagi, encik. Kami dah beri pelajaran hingga dia masuk ke universiti.
ARIF : Betul mak cik, tetapi.. Masuk ke universiti saja belum menjamin seseorang itu mendapat kasih sayang yang secukupnya.
(IBU dan BAPA berpandangan. Mereka semacam rasa bersalah)
PELAKON 1 : Pak cik, mak cik.. marilah kita sama-sama membantu Azmlr. Dia amat memerlukan perhatian dan kasih sayang. bukan cemuhan dan penghinaan. Dia memerlukan semangat dan perangsang daripada kita semua, bukan kutukan dan hukuman.
PELAKON 2 : Kami lihat, Azmir seperti sedang menderita suatu penderitaan yang tak tertanggung. Kutukan, cemuhan dan hukuman akan hanya menyebabkan sakit yang dialaminya menjadi lebih parah.
ARIF : Kami fikir, eloklah pak cik dan mak cik berjumpa dengan Azmir di hospital dengan segera sebelum terlambat. Dia amat memerlukan klta semua, lebih-lebih lagi pak cik dan mak cik. Kami minta diri dulu. (Drama ‘Bukan Gila‘ oleh Sharif Shaary- antologi Sejadah Rindu.)
(i) Bagaimanakah tanggapan keluarga Azmir terhadap Azmir semasa kunjungan Arif dan rakan-rakan ke rumahnya? [2 markah]
____________________________________________________________________________________
(ii) Sahsiah anak-anak merupakan cerminan didikan ibu bapa. Berikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak-anak. [3 markah]
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu pengajaran lain daripada keseluruhan drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


images (29).jpg

1hb April 2020
BAHASA MELAYU SPM 2020 – sasaran A+ BM SPM
Latihan Cerpen-Cinta Ahmad Mutawakkil-Baca petikan cerpen kemudian jawab soalan-soalan menggunakan ayat anda sendiri.
      Usai solat maghrib – ketika Imam Ngah Deraman sedang berdoa, dengan tubuh dipaling ke kanan menghadap Penghulu Ibrahim Sigap, dan kami para makmum pula, sepatah demi sepatah,  mengaminkan setiap baris kalimah – di pintu surau, terdengar suara orang memberi salam. Perlahan dan sangat rengsa bunyinya.
     Sambil berdoa, Imam Ngah Deraman berpaling – disusuli Penghulu Ibrahim Sigap. Melihat saja, mata kedua-duanya tiba-tiba terjegil, dan nampak sangat terperanjat. Dengan telapak tangan yang masih menadah doa, kami segera menoleh.
     Dek pelita ayan yang tergantung pada alang beranda sangat terang cahayanya, maka susuk tubuh dan wajah lelaki yang tersepuk di muka pintu segera kami kenal akan gerangannya.
     Dialah Ahmad Mutawakkil. Wajahnya berkerut-kerut; kedua-dua matanya terpejam. Kemeja putih ala-ala peon British dipenuhi darah, manakala seluar kelabunya dipenuhi kotoran. Malah, calitan lumpur dan sisa-sisa daun kering turut melekat pada muka dan rambutnya. Meskipun doa oleh Imam Ngah Deraman sudah berakhir, kami masih keras membatu dek tenggelam punca.
     Ahmad Mutawakkil dalam keadaan terhuyung-hayang, bangun perlahan-lahan. Sebelah tangannya memaut tiang pintu, manakala sebelah lagi terkulai. Waktu itu, kami sedar – perkara yang ditakuti belakangan ini, benar-benar terjadi. Anak tunggal arwah Wak Sadir yang selama ini disanjung laksana lampu ayan yang menerangi kampung, kini di ambang maut.                          (Dipetik daripada cerpen ‘Cinta Ahmad Mutawakkil’ dalam antologi Sejadah Rindu)
(i)    Apakah reaksi Imam Ngah Deraman apabila melihat kehadiran lelaki yang memberikan salam di pintu surau? [2 m]
_________________________________________________________________________________
(ii)    Andaikan situasi cemas dalam petikan di atas berlaku pada hari ini. Pada pendapat anda, apakah tindakan yang patut dilakukan apabila berhadapan dengan situasi tersebut?   Nyatakan tiga tindakan. [3 markah]
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
(iii) Jelaskan satu nilai murni dalam petikan cerpen di atas dan satu nilai murni terdapat dalam keseluruhan cerpen.[4 m)
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
images (29).jpg
Latihan Cerpen – Hipertensi - Baca petikan cerpen , kemudian jawab soalan-soalan menggunakan ayat anda sendiri.
Dulu-dulu ketika di sekolah rendah, Aiman selalu ponteng sekolah. “Bosan dan jelak,” tingkahnya kepada babah dan ibu.
     “Mengapa bosan?” tanya babah. Ibu mengerling tajam, marah akan perilaku si anak yang selalu berkontradiksi dan berkontras dengan watak babahnya.
     “Heh, kan Aqil ni budak genius, budak cerdik dan pintar! Aqil dah cipta formula sendiri. Biarpun baru berusia lapan tahun, baru belajar tahun dua tahap satu, Aqil mampu menyelesaikan masalah matematik Tingkatan Lima,” kata murid pintar itu membela diri.
     Dia mundar-mandir di dalam kelas. “Apalah kau ni Chee Keong, masalah mudah itu pun kau tak dapat buat.” Hujung-hujung cakapnya berbunga sindiran di sebalik dedaun kemaafan.
     “Aiman, pergi duduk di kerusi awak. Sekali lagi awak ganggu kawan, saya akan bawa awak menghadap Guru Besar,” Guru Kelas bersuara tegas, memberi amaran keras.
     Tapi dia degil. Hatinya seteguh karang di lautan, sekeras sinar suria berkedudukan 90 darjah tepat. Babah dan ibu marah. Dendam yang bertakung sekian lama di dalam tasik hati mencair dalam detik momen yang singkat. Aiman dirotan. Ibu mengemukakan bantahan dan protes dalam hati.
     Sepanjang minggu, murid bernama Aiman Aqil itu ponteng kelas; protes kepada lebam-lebam di pinggul. Keriangan sudah tercantas, tapi masalah belum terurai dan terungkai.
     Spontan, dia mengambil kesempatan itu untuk mewujudkan suasana halusinasi futuristik yang penuh cabaran, disaluti persaingan kompetitif yang menyengat hebat.(Dipetik daripada cerpen ‘Hipertensi’ dalam antologi Sejadah Rindu)
(i)    Apakah keistimewaan yang ada pada Aiman Aqil? [2 markah]
_________________________________________________________________________________
(ii)Pada pendapat anda,bagaimanakah ibu bapa Aiman Aqil dapat mengurangkan tabiatnya yang suka berhalusinasi?[3m
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
(iii)  Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu persoalan yang lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


images (29).jpg
2hb April  2020
Latihan SAJAK untuk pelajar cemerlang BM SPM 2020

Soalan 2(d) – Sajak Baca sajak kemudian jawab soalan-soalan  berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.
ERTI HIDUP BERERTI


 Aku selalu didatangi
Malam sepi
Bagai kalung
 Yang melingkari leherku
 Tidak berubah keesokan hari
Siapa yang akan menjengukku
 Keluhan seorang tua sunyi

Keheningan tasik
Kehijauan rumput
Hanya menjadi bayangan
Di penjuru ruang zaman
Cinta dalam Rahim dilupai
Dari sulung ditendang ke bongsu
 Dari angah ditendang ke sulung balik
 Kucari erti hidup
Menderita mengerang sakit
 Berdiri tanpa ruang

 Aku bagi mereka
Tiada makna
Anakku bakaku
Baik setia mahupun derhaka
Semoga disirami benih keinsafan
Menjadi penawar dalam hati
Embun cinta atasi angin dingin
Jangan terpegun
Ada yang mati
 Ada yang hidup
 Tiada yang kekal kecuali tuhan

 Teo Wei Sing Antologi Sejadah Rindu Tingkatan 5

(i)               Apakah maksud rangkap pertama sajak di atas ? [2 markah]

____________________________________________________________________________________________

(ii)              Pada pendapat anda, berikan tiga sebab mengapakah terdapat segelintir anak-anak yang jarang - jarang menziarahi ibu bapa mereka? [3 markah]
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
(iii) Kemukakan dua persoalan yang dapat diperoleh daripada sajak di atas. [4 markah]

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
images (29).jpg
KOLEKSI SOALAN SAJAK SPM  2020
Soalan 2(d) – Puisi Moden  Baca sajak  dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan  berikutnya  menggunakan ayat anda sendiri.

Sang Gembala Kuda
Dia lelaki bergelar perkasa
dengan cemeti keberanian di tangan
rembat angkuhnya memacu takut
menghalau kuda-kuda di padang
berebutan memburu kandang.

Rumput dan jerami terhidang
adalah kanun janji kesetiaan
dimamah rakus kala lapar
tak peduli nasib diri setelah kenyang
jadi tunggangan memburu rakan.

Dia lelaki punya kuasa
sesekali suaranya lebih gempita
daripada ringkik kuda sekandang
pacuannya diiring seribu keberanian
meredah onak di rimba perburuan
meranduk lumpur di paya penindasan
sambil melibas cemeti durjana
dia melempar muslihat
aku penyelamat maruah
berjuang atas dasar kebenaran
menentang semua kebobrokan.

Dia lelaki sang gembala kuda
hanya mengenal pantas tunggangan
tanpa membaca keletihannya
dia lelaki sang gembala kuda
hanya tahu mengejar kehebatan
tanpa menghitung kesakitannya
dan kuda-kuda itu ditunggangi
ditunggangi dan ditunggangi!

Mohd Hashim Othman
Istimewa, 2012 Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Antologi Jaket Kulit Kijang KPM
SULIT 1103/2 © 2019 Hak Cipta MPSM Negeri Sembilan SULIT
(i) Berdasarkan rangkap ketiga sajak tersebut, nyatakan sebab Sang Gembala Kuda dianggap sebagai lelaki yang mempunyai kuasa? [2 markah)

__________________________________________________________________________
(ii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin agar dihormati dan disegani? [3m]
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

images (29).jpg

Siaran 3hb April : pesan kepada rakan  -  buka blog saya ini. untuk pengisian masa musim PKP Covid 19
Ingat MASA ITU EMAS
Peribahasa yang mempunyai maksud yang sama atau hampir sama.

Pergaduhan adik beradik, akan berbaik semula
 carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua
 air dicencang tak akan putus

Perantau yang pulang ke tempat asal
belut pulang ke lumpur
ikan pulang ke lubuk
Gagak pulang ke benua
Sirih pulang ke gagang
Sejauh mana seluang melaut akhirnya kembali ke pantai jua
Setinggi-tinggi terbang bangau akhirnya kembali ke belakang kerbau

Musuh yang tidak diketahui.
api dalam sekam
gunting dalam lipatan
musuh dalam selimut
Duri dalam daging

mendedahkan keburukan ahli keluarga akan mengaibkan diri sendiri
membuka pekung di dada
menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
Meludah ke langit terpercik ke muka sendiri

Jangan inginkan sesuatu yang di luar kemampuan kita
Ukur baju di badan sendiri
Kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga

Disebabkan perbuatan seorang, semua yang lain turut terkena akibatnya
- seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit
- kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

Dapat sesuatu yang lebih baik yang lama diabaikan
- sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
- habis madu, sepah dibuang

Manusia punyai sikap yang berbeza
- lain padang lain belalang
- banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
- lain dulang lain kakinya,lain orang lain hatinya
- rambut sama hitam, hati lain-lain

Sahabat baik
- bagai isi dengan kuku
- bagai aur dengan tebing
- bagai dakwat dengan kertas

Kerjasama erat
- hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
- berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
- ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni
-Banyak sama berlaba, sedikit sama merasa
Sejunjung bak sirih, serumpun bak serai

Mencontohi sikap, tingkahlaku ibu bapa
- ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
- bagaimana acuan, begitulah kuihnya
- bapa borek, anak rintik
-Guru kencing berdiri murid kencing berlalri


Sia-sia memberi nasihat
- masuk telinga kiri keluar telinga kanan
- mencurah air ke daun keladi
- mencurah garam ke laut
-hujan jatuh ke pasir


Buat kerja biar sampai selesai
- genggam bara api biar sampai jadi arang
- alang-alang mandi biar basah
-alang-alang berdakwat biar hitam
Alang-alang berminyak biar licin
- alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

Rajin berusaha pasti berjaya
- kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
- Usaha tangga kejayaan

Mengharapkan sesuatu yang belum pasti
- mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
- burung terbang dipipiskan lada

Kedudukan yang berbahaya
- telur dihujung tanduk
- retak menanti belah

Kedudukan yang sementara
- embun dihujung rumput
- abu di atas tunggul

mengambil kesempatan/keuntungan atas kesusahan orang lain
- menangguk di air keruh
- menahan jerat di pergentingan
Jong pecah yu kenyang

Sesustu berlaku mesti ada sebabnya
Kalau tiada ada berada masakan tempua bersarang rendah
Kalau tiada angin bertiup masakan pohon bergoyang

Pasangan pengantin yang sepadan, sesuai
- bagai pinang di belah dua
- bagai cincin dengan permata
- bagai tanduk bersendi gading
  Bagai merpati dua sejoli

Orang yang sedang marah jangan ditegur
- Jangan dijolok sarang tebuan
  Api marak jangan disirami minyak

Kesusahan datang secara berturut-turut
1. Sudah jatuh ditimpa tangga
2. Antah patah lesung hilang

Bergotong-royong, bekerjasama, bersatu padu
1. Hidup sandar-menyandar, bagai aur dengan tebing
2. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
3. Ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni
4. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
5. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
6. Sejunjung bak sirih, serumpun bak serai
7. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
images (29).jpg

 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Air yang _________ jangan disangka tiada _____________
2. alang-alang menyeluk _____________ biar sampai ke pangkal ______________
3. Ayam di kepuk mati _____________itik di___________mati kehausan
4. bagai _________ dipagari bintang
5. Bagai __________ jatuh ke  pasir
6. bagai ____________ lupakan  kulit
7. bagai ______________ di tepi gantang
8. bagai ______________ terhempas ke batu
9. Bagai aur dengan _________________
10. bagai melepaskan __________ di  tangga
11. bagai menahan jerat di ________________
12. Bagai menangguk di air ____________
13. Bagai menarik rambut di dalam __________rambut tidak _________tepung tidak berselerak
14. bagai menatang minyak yang ________________
15. bagai mencurah air ke daun ___________
16. bagai mencurah garam ke _________________
17. Bagai mendapat durian ____________
18. bagai orang ______________ disorong bantal
19. bagai pahat dengan _____________
20. bagai si kudung mendapat ______________
21. bagai sirih pulang ke ________________
22. bagai telur di hujung _______________
23. bagai tikus membaiki ____________
24. banyak udang banyak ____________, banyak orang banyak ______________
25. bertepuk sebelah tangan takkan ________________
26. biar putih tulang jangan putih ____________
27. buang yang keruh ambil yang ___________
28. Di mana ada gula di situ ada_____________
29. Duduk sama ___________ berdiri sama ________________
30. Kalau tiada____________bertiup, masakan pohon ___________
31. Ke gunung sama di________________, ke lurah sama di____________
32. Kusangka panas hingga ke __________rupanya hujan di _________________
33. Lembu punya susu _____________punya nama
34. Malu berkayuh perahu ___________malu bertanya sesat______________
35. Marahkan nyamuk kelambu _______________
36. Mati semut kerana______________
37. menanam tebu di bibir __________
38. Nasi sudah menjadi ____________
39. Rumah siap pahat ___________________
40. sebab nila setitik rosak susu ______________
41. seekor kerbau masuk _________ habis semua terpalit
42. sejunjung bagai sirih, serumpun bagai _____________
43. Sekali air _________ sekali pasir berubah
44. seperti _________ pulang ke benua
45. seperti __________ di hujung rumput
46. seperti abu di atas ______________
47. seperti anak ayam kehilangan ______________
48. seperti api di dalam ________________
49. seperti cincin dengan _______________
50. seperti gunting dalam ______________
51. seperti kera mendapat ________________
52. seperti rusa masuk _______________
53. Seperti si___________kehilangan tongkat
54. ular menyusur akar tidak akan hilang __________

1

1 ulasan:

Jangan Tiru