Bahasa Melayu eksklusif untuk calon SPM

Ahad, 3 November 2019

KOLEKSI SOALAN 2(c) – Petikan Prosa Tradisional, soalan & jawapan - BM PERCUBAAN negeri negeri, 2019 dan jawapan


KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019      KERTAS 2 KOMSAS
KERTAS 2 KOMSAS

SET 1  – (JPN KELANTAN 2019)
Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Tradisional
 Baca petikan prosa tradisional, kemudian jawab soalan-soalan  menggunakan ayat anda sendiri
Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai, dihadap orang banyak. Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat, lalu diribanya oleh Seri Nara Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk itu, “Tahukah tuanhamba sekalian bahawa ia ini anak hamba?” Maka sembah segala orang banyak itu, “Sahaya semua tahu juga; oleh tuanku tiada mengaku sahaya semua takut mengatakan dia anak tuanku."
Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum. Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka Raja, setengah pada Seri Nara Diraja, kerana kedua-duanya sama orang berasal. Maka Seri Nara Diraja tiada muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga; beberapa kali lain Paduka Raja kedapatan dengan Paduka Raja dalam kampung Seri Nara Diraja. MakaSultan Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu maka terlalulah dukacita baginda melihat kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja itu. Maka fikir di dalam hati baginda, "Jikalau demikian binasalah negeri ini, kerana orang besarnya tidak muafakat sama orang besar.”
Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun hadirlah. Maka titah Sultan Muzaffar Syah, "Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?”
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu Kementerian Pendidikan Malaysia
(i) Berikan maksud tiada muafakat. [2 markah]
(ii) Apakah tindakan Seri Nara Diraja apabila Tun Nina Madi lalu di hadapannya? [3 markah]
(iii) Keamanan dan kemajuan sesebuah negara bergantung pada pucuk pimpinan negara tersebut. Pada pendapat anda, apakah persediaan-persediaan untuk menjadi pemimpinberkaliber?[3 markah]
KERTAS 2 KOMSAS SKEMA JAWAPAN
(i) Maksud tiada muafakat  ialah tidak ada /  kesepakatan /rundingan /persetujuan , tiada / kesepakatan rundingan persetujuan,  tidak ada / tidak / muafakat 1
(ii) Tindakan Seri Nara Diraja,  disuruh naik ,  disuruh duduk dekat ,  diriba , bertanya kepada semua orang tentang status anaknya 1 [maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 Isi]
(iii) Persediaan-persediaan untuk menjadi pemimpin berkaliber,  melengkapkan dengan ilmu pengetahuan yang luas , menjadikan tokoh pemimpin terkenal sebagai sumber inspirasi ,  mempunyai semangat waja dalam diri ,  melatih diri bersikap jujur/berintegriti 1 (Persediaan yang lain boleh diterima sekiranya sesuai) [maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 Isi]
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019 KERTAS 2 KOMSAS
SET 2 – (SET 2 JPN TERENGGANU 2019)
Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Tradisional 
Baca petikan prosa tradisional, kemudian jawab soalan-soalan  menggunakan ayat anda sendiri
Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai, dihadap orang banyak. Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat, Inlu diribunya oleh Seri Nara Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk itu, "Tahukah tuan hamba sekalian bahawa ia ini anak hamba?" Maka sembah segala orang banyak itu, "Sahaya semua tahu juga; oleh tuanku tiada mengaku sahnya semua takut mengatakan dia anak tuanku." Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum. Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar Syah, Tun Bijaya Maha Menteri.
Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka Raja, setengah pada Seri Nara Diraja, kerana kedua-duanya sama orang berasal. Maka Seri Nara Diraja tidak muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga; beberapa kali lain Paduka Raja kedapatan dengan Paduka Raja dalam kampung Seri Nara Diraja. Maka Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu maka terlalulah dukacita baginda melihat kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja itu. Maka fikir di dalam hati baginda, "Jikalau demikian binasalah negeri ini, kerana orang besarnya tidak muafakat sama orang besar. Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun hadirlah. Maka titah Sultan Muzaffar Syah, "Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?" Maka sembahnya, "Jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan, baiklah, tuanku."
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu,Kementerian Pendidikan Malaysia
(i) Berikan maksud orang berasal. [2 markah]
(ii) Apakah yang terjadi setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dilantik menjadi orang besar? [3 markah]
(iii) Kestabilan politik dalam sesebuah negara berpunca daripada sokongan rakyat kepada pemimpin dan kerajaan. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pemimpin untuk memperoleh sokongan rakyat? [3 markah]
 BM PERCUBAAN SPM 2019 KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
(i) Maksud orang berasal ialah individu  Berketurunan / darah / golongan / pembesar istana / dalam kalangan yang berkedudukan , Orang istana / yang berkedudukan , Berketurunan / darah / golongan / pembesar berasal (: 2 markah]
(ii) Perkara yang terjadi setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja menjadi orang besar ialah berlaku perpecahan rakyat / anak Melayu pun berpecah- belah / berbelah, sesetengah menyokong Paduka Raja sesetengah menyokong Seri Nara Diraja , Seri Nara Diraja dan Paduka Raja sentiasa beringgit /  bermusuhan , Sultan Muzaffar Syah terlalu berdukacita melihat perilaku Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja ( 3 m] 2 isi]
(iii) Usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pemimpin untuk memperoleh sokongan rakyat adalah dengan Meningkatkan taraf hidup rakyat / meningkatkan peluang pekerjaan /mengurangkan pengangguran /memajukan ekonomi negara / rakyat, Membangunkan / memajukan kawasan luar bandar , Menyeimbangkan pembinaan infrastruktur antara kawasan bandar dengan kawasan luar Bandar , Mengurangkan kerenah birokrasi dalam semua urusan ,Memberi keutamaan kepada usaha memperkasakan pendidikan ,Meningkatkan integriti di semua peringkat / jabatan, Sentiasa turun padang bertemu rakyat  [ 3 m 2 isi]
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019KERTAS 2 KOMSAS
SET 3 – (YAYASAN ISLAM KELANTAN 2019)
Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Tradisional 
Baca petikan prosa tradisional  kemudian jawab soalan- soalan  menggunakan ayat anda sendiri.
Maka Paduka Bubunnya pun terlalu marah; maka ia sendiri hendak pergi menyerang Melaka itu. Maka ada seorang anak Paduka Bubunnya, Cau Pandan namanya. Maka ialah bercakap Ke Bawah Duli Paduka Bubunnya hendak menyerang Melaka, sembahnya " Duli Pra Cau, lengkapi patik, patiklah mengalahkan Melaka itu." Maka Paduka Bubunnya pun terlalu suka mendengar sembah Cau Pandan itu. Maka baginda pun menyuruh berlengkap kepada Pra Kelong delapan ratus sum, lain perahu kecil-kecil tiada terbilang Lagi, sekadar menantikan musim juga lagi.
Maka kedengaranlah ke Melaka, Cau Pandan anak Bubunnya, akan dititahkan menyerang Melaka. Maka ada seorang hamba Allah diam di Melaka, bangsanya Arab, Sidi Arab namanya disebut orang. Maka tuan itu senantiasa bermain panah lasykar, seperti dewal orang berzikir. Barang ke mana tuan itu pergi, panah itu dibawanya. Maka tatkala itu, Tuan Sidi Arab itu pun menghadap Sultan Muzaffar Syah. Telah tuan itu mendengar khabar Cau Pandan akan datang ke Melaka itu, maka tuan itu pun berdiri di hadapan baginda. Maka dihalakannya panahnya itu ke benua Siam. Maka kata Tuan Sidi Arab, sambil menarik panahnya itu, “Mati engkau, Cau Pandan.”
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu Kementerian Pendidikan Malaysia
(i) Berikan maksud rangkai kata sekadar menantikan musim juga lagi. [2 markah]
(ii) Nyatakan reaksi Sidi Arab sebaik sahaja mendapat tahu bahawa Melaka akan diserang oleh Siam. [3 markah]
(iii)Pada pendapat anda,apakah langkah-langkah  perlu dilakukan oleh kerajaan sebelum menghadapi sebelum menghadapi peperangan. [3m]
KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
(i) Maksud rangkai kata “sekadar menantikan musim juga lagi” ialah:Hanya menunggu masa , Sekadar menunggu musim juga lagi 1
 Hanya menunggu musim juga lagi  [maksimum : 2 markah]
(ii) Reaksi Sidi Arab sebaik sahaja mendapat tahu bahawa Melaka akan diserang oleh Siam ialah dia terus menghadap Sultan Muzaffar Syah , sambil berdiri di hadapan sultan, Sidi Arab menghalakan panahnya ke arah Benua Siam., sambil menarik panahnya, Sidi Arab berkata "Mati engkau. Cau Pandan . [maksimum : 3 markah]
(iii) Pada pendapat saya, langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh kerajaan sebelum menghadapi peperangan ialah  sesebuah kerajaan perlu memastikan bala tenteranya bersedia dari segi mental dan fizikal. ,kerajaan perlu menyediakan kelengkapan perang yang mencukupi , kerajaan juga perlu menyediakan bekalan makanan dan ubat-ubatan yang lengkap , strategi peperangan yang berkesan juga peru dicari untuk menawan musuh  ( 3 markah  2 isi]

SET 4 – Soalan 2(c) – Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional , kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka beberapa anak orang besar-besar ditanyakan oleh Sultan, tiada juga berkenan pada Seri Nara Diraja. Maka titah Sultan, “Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Kudu, anak Bendahara Seri Wak Raja, saudara Paduka Raja?”
Maka sembahnya, “Daulat, tuanku.” Adapun akan Tun Kudu itu diperisteri Duli Yang Dipertuan, terlalu baik rupanya, tetapi matanya juling sedikit. Telah baginda mendengar sembah Seri Nara Diraja demikian, maka dengan sesaat itu juga ditalak baginda, dihantarkan ke rumah Paduka Raja, diberi belanja, disuruh berhadir akan kahwin dengan Seri Nara Diraja.
Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja, “Bagaimana maka datuk hendak beristeri muda, kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu kening sudah bertemu?”
Maka kata Seri Nara Diraja, “Di mana kamu sekalian tahu? Jikalau demikian sia-sialah cula dibeli oleh bapaku sekati emas di benua Keling itu.”
Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu. Maka menjadi muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah, “Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara.”      
Dipetik daripada ‘Burung terbang Dipipis lada’ Dalam antologi Sejadah Rindu Kementerian Pendidikan Malaysia
(i)Berdasarkan petikan , nyatakan tindakan-tindakan Duli Yang Dipertuan setelah Seri Nara Diraja bersetuju memperisterikan Tun Kudu? [2 m]
(ii) Apakah yang berlaku apabila Tun Kudu tamat idahnya? [3 markah]
(iii) Pemimpin harus sentiasa bermuafakat dalam menguruskan pentadbiran sesebuah negara.
Pada pendapat anda, mengapakah permuafakatan antara pemimpin perlu dikekalkan? Berikan dua sebab. [3 markah]
KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
(i) Tindakan Duli Yang Dipertuan, ialah baginda Menjatuhkan talak kepada Tun Kudu , Tun Kudu dihantar ke rumah Paduka Raja,,Diberikan belanja, Tun Kudu diminta berkahwin dengan Seri Nara Diraja
(ii) Perkara-perkara yang berlaku ialah  Seri Nara Diraja berkahwin dengan Tun Kudu ,Seri Nara Diraja dan Paduka Raja bermuafakat, saling berkasih sayang , Seri Nara Diraja mencadangkan agar Paduka Raja dijadikan bendahara 1
(iii) Sebab permuafakatan antara pemimpin perlu dikekalkan adalah agar pemimpin  dihormati oleh rakyat .negara tidak mudah diancam musuh,  negara aman ,  rakyat tidak berpecah belah/ berpuak-puak ,  melancarkan pentadbiran negara 1
KERTAS 2 KOMSAS
SET 5 – (SMK SUNGAI KARANGAN, KULIM, KEDAH 2019)
Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutny menggunakan ayat anda sendiri.
Syahadan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana, kerana pada zaman itu tiga buah negeri yang sama besarnya: pertama, Majapahit; kedua, Pasai; ketiga, Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu, ada tiga orang yang bijaksana; di Majapahit, Patih Aria Gajah Mada; dan di Pasai, Orang Kaya Kanayan; dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja; dan Seri Nara Diraja menjadi penghulu bendahari.
     Hatta, berapa lamanya maka datang pula orang Siam menyerang Melaka; Awi Dicu nama panglimanya. Maka kedengaran khabarnya ke Melaka; maka dipersembahkan orang kepada Sultan. Maka baginda pun menitahkan Bendahara Paduka Raja berlengkap akan mengeluari orang Siam. Seri Bija Diraja dan segala hulubalang sekaliannya dititahkan baginda mengiringkan Bendahara Paduka Raja itu. Adapun Seri Bija Diraja itu sedia asal Melayu, Tun Hamzah namanya, asalnya daripada Muntah Lembu; ialah dipanggil orang Datuk Bongkok. Apabila berjalan atau duduk, bongkok ia. Oleh sebab sangat gagah berani ia menjadi hulubalang besar, duduk di atas segala hulubalang. Telah sudah lengkap, maka Bendahara Paduka Raja pun pergilah mengeluari Siam itu, bersama-sama dengan Seri Bija Diraja, dengan segala hulubalang banyak. Maka orang Siam pun hampir ke Batu Pahat.
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia.
(i) Berikan maksud akan mengeluari orang Siam. [2 markah]
(ii) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan keistimewaan Seri Bija Diraja. [3 markah]
(iii) Peperangan merupakan suatu peristiwa yang membawa kesan negatif kepada sesebuah negara. Pada pendapat anda, bagaimanakah dapat mengelakkan peperangan antara dua buah negara? [3 markah]
KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
(i) Maksud akan mengeluari orang Siam. ialah  untuk mengeluari - menyekat / menghalang / menahan orang Siam - serangan Siam (ketiga-tiga frasa betul)
(ii) Keistimewaan Seri Bija Diraja :, sedia asal Melayu. ,  asalnya daripada Muntah Lembu.  digelar orang Datuk Bongkok. , gagah berani.        [maksimum : 3 m2 Isi]
(iii) Cara-cara mengelakkan peperangan :, mengadakan rundingan secara baik.  mewujudkan hubungan diplomatik.  membuat perjanjian.,  saling bertolak ansur             *(alasan lain boleh diterima sekiranya sesuai)1     [maksimum : 3 m 2 Isi]
KERTAS 2 KOMSAS SET 6 – (MELAKA 2019)
Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional , kemudian jawab soalan- soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani, kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja suluh perahu Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng. Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali. dua tiga buah perahu Siam alah, Ialu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik, dilanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga buah perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah. Maka orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar itu. Telah hari malam, maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. Telah dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam. "Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita." Maka kata Awi Dicu, “Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali sementara belum siang ini.”
Dipetik daripada prosa tradisional “Burung Terbang Dipipiskan Lada”,Diselenggarakan oleh Mohd Yusof Md. Nor dan Inon Shaharuddin Abdul Rahman, Antologi Sejadah Rindu, 2015
(i) Berikan maksud suluh perahu Siam itu. [2 markah]
(ii) Mengapakah orang Siam berundur dari negeri Melaka? [3 markah]
(iii) Peranan sebagai ketua pertahanan dalam pasukan ketenteraan sesuatu negara amat penting. Sekiranya anda dilantik menjadi ketua pertahanan negara, apakah yang akan anda lakukan untuk menewaskan pihak musuh? [3 markah]
KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
(i) Maksud suluh perahu Siam itu: ialah mengintip kapal perang Siam
(ii) Sebab orang Siam berundur dari negeri Melaka: api tiada terbilang lagi banyaknya, terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka , tidak terlawan oleh Siam
(iii) Peranan ketua pertahanan negara:, membuat perancangan yang teliti ,  bekerjasama antara para pemimpin dengan tentera , memastikan kelengkapan senjata mencukupi ,  menggunakan senjata yang canggih dan moden ,  melatih tentera-tentera sebagai persediaan untuk berperang 1 [maksimum : 3 markah]
KERTAS 2 KOMSAS SET 7 (MRSM 2019)
Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja. "Bagaimana maka datuk hendak beristeri muda, kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu kening sudah bertemu?"
Maka kata Seri Nara Diraja, "Di mana kamu sekalian tahu? Jikalau demikian sia sialah cula dibeli oleh bapaku sekati emas di benua Keling itu."Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu. Maka menjadi muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah, “Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara."
Maka titah baginda, "Baiklah."Maka Paduka Raja pun dijadikan bendahara.
Syahadan Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana, kerana pada zaman itu tiga buah negeri yang sama besarnya pertama, Majapahit; kedua, Pasai; ketiga, Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu, ada tiga orang yang bijaksana; di Majapahit, Patih Aria Gajah Mada; dan di Pasai, Orang Kaya Kanayan; dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja: dan Seri Nara Diraja menjadi penghulu bendahari.
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah RinduKementerian Pendidikan Malaysia
(i) Berikan maksud ia sedia anak bendahara. [2 markah]
(ii) Berdasarkan petikan, siapakah orang bijaksana yang terdapat di dalam negeri- negeri yang dianggap berkuasa? [3 markah]
(iii) Kepimpinan yang hebat merupakan ciri utama kegemilangan sesebuah negara. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri lain yang menunjukkan kegemilangan sesebuah negara itu? [3 markah]
KERTAS 2 KOMSAS SKEMA JAWAPAN
(i) Maksud rangkai kata ia sedia anak bendahara:ialah  Sememangnya sebenarnya Paduka Raja anak / anak kandung / keturunan bendahara., Paduka Raja ialah anak bendahara. , Dia / beliau sememangnya / sebenarnya anak kandung /keturunan bendahara. [2 m]
(ii) Orang bijaksana yang terdapat di dalam negeri-negeri yang dianggap berkuasa  di Majapahit, ialahPatih Aria Gajah Mada.  di Pasai,ialah  Orang Kaya Kanayan.  di Melaka, ialah  Bendahara Paduka Raja 1 [maksimum : 3 markah 2 Isi]
(iii) Ciri-ciri lain yang menunjukkan kegemilangan sesebuah negara ialah Kedudukan ekonomi yang kukuh dan stabil. ,  Perpaduan rakyat yang kukuh. ,  Pembangunan prasarana / infrastruktur / kemudahan yang memenuhi keperluan rakyat. , Keamanan dan keselamatan negara terjamin / terpelihara. ,  Kestabilan politik. ,  Kemewahan sumber bumi/kesuburan tanah. ,  Pembangunan rohani dan sahsiah yang seimbang. , Sistem pendidikan/kesihatan yang berkualiti/maju/moden. , (Ciri-ciri yang lain boleh diterima sekiranya sesuai) [: 3 m 2 Isi]
KERTAS 2 KOMSAS) SET 8 – (JPN NEGERI SEMBILAN 2019)
Soalan 2(c)  Petikan Prosa Tradisional 
Baca petikan prosa tradisional, kemudian jawab soalan-soalan  menggunakan ayat anda sendiri.
Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata itu. Sekali lagi Seri Amerta berkata, itu pun tiada disahuti oleh Tun Perak. Genap tiga kali Seri Amerta berkata itu, maka barulah disahuti oleh Tun Perak, katanya, “Hai Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan sebilah itu juga, hendaklah baik-baik tuan hamba peliharakan, jangan diberi berkarat jangan kemakanan matanya. Akan pekerjaan kami orang bekerja ini, di mana tuan hamba tahu? Adapun akan sekarang Duli Yang Dipertuan di dalam negeri ini dengan perempuan anak isteri dan segala perkakas. Maka benarkah pada fikiran tuan hamba kami sekaliandatang dengan laki-laki juga, dengan begini jauh Selat Kelang? Jikalau satu hal negeri ini,apa hisab pada kami sekalian? Sebab itu maka segala orang Kelang ini hamba suruh bawa dengan anak isterinya sekali. Nescaya berperang dengan musuh bersungguh- sungguh hatinya; kurang-kurang ia Duli Yang Dipertuan lebih ia berlawankan anak isterinya sungguh-sungguh.”
     Maka oleh Seri Amerta kata Tun Perak itu semuanya dipersembahkan ke Duli Yang Dipertuan. Maka baginda pun tersenyum, seraya bertitah, “Benar seperti kata Tun Perak itu.”
Maka diambil sirih dari puan baginda, disuruh berikan kepada Tun Perak. Maka titah baginda kepada Tun Perak, “Bahawa Tun Perak tiada patut diam di Kelang lagi; baiklah Tun Perak diam di negeri ini.”
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu Kementerian Pendidikan Malaysia
(i) Berikan maksud jangan kemakanan matanya. [2 markah]
(ii) Apakah yang dilakukan oleh Duli Yang Dipertuan setelah mendengar perkhabaran daripada Seri Amerta? [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu perlu berpandangan jauh sebelum melakukan sesuatu perkara? [3 markah]
KERTAS 2 KOMSAS SKEMA JAWAPAN
(i) Maksud jangan kemakanan matanya  supaya / agar tidak tumpul / majal / muntul , agar / supaya tajam/sentiasa tajam   [ 2 m] 2 Isi]
(ii) Tindakan Duli Yang Dipertuan setelah mendengar perkhabaran daripada Seri Amertaialah baginda tersenyum, mengeyakan kata-kata / bersetuju dengan kata- kata Tun Perak ,mengambil sirih , meminta Sri Amerta memberikan sirih kepada Tun Perak, meminta Tun Perak meninggalkan Kelang dan menetap di negerinya
*( Sekiranya jawapan calon sama maksud dengan mana-mana jawapan di atas, diterima ) [  3 m : 2 Isi]
(iii) Sebab seseorang itu perlu berpandangan jauh sebelum melakukan sesuatu perkara adalah supaya matlamat / perancangan menjadi lebih jelas ,  lebih yakin dengan keputusan yang dibuat , supaya kita dapat membuat persiapan dengan baik ,  dapat menimbangkan perkara yang baik dan yang buruk,  menjadikan diri lebih bersikap rasional  [maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 Isi]
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019      KERTAS 2 KOMSAS
SET 9 – (PPD TEMERLOH, PAHANG 2019)
Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Tradisional 
Baca petikan prosa tradisional , kemudian jawab soalan-soalan  menggunakan ayat anda sendiri.
Maka beberapa anak orang besar-besar ditanyakan oleh Sultan, tiada juga berkenan pada Seri Nara Diraja. Maka titah Sultan, ‟Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Kudu, anak Bendahara Seri Wak Raja, saudara Paduka Raja?”
Maka sembahnya, ‟Daulat, Tuanku.” Adapun akan Tun Kudu itu diperisteri Duli Yang Dipertuan, terlalu baik rupanya, tetapi matanya juling sedikit. Telah baginda mendengar sembah Seri Nara Diraja demikian, maka dengan sesaat itu juga ditalak baginda, dihantarkan ke rumah Paduka Raja, diberi belanja, disuruh berhadir akan kahwin dengan Seri Nara Diraja. Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja, ‟Bagaimana maka datuk hendak beristeri muda, kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu kening sudah bertemu?” Maka kata Seri Nara Diraja, ‟Di mana kamu sekalian tahu? Jikalau demikian sia-sialah cula dibeli oleh bapaku sekati emas di benua Keling itu.” Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu.
Maka menjadi muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih- kasihan seperti saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah, ‟Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara.”
Dipetik daripada ‛Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu Kementerian Pendidikan Malaysia
(i) Berikan maksud rangkai kata menjadi muafakatlah. [2 markah]
(ii) Nyatakan tindakan-tindakan Sultan selepas Seri Nara Diraja bersetuju memperisteriTun Kudu. [3 markah]
(iii) Pertelingkahan antara pembesar menyebabkan kerugian kepada negara. Pada pandangan anda, selain ikatan perkahwinan, apakah usaha-usaha yang boleh diambil untuk menyatukan kedua-dua pembesar tersebut? [3 markah]
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019 KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
(i) Maksud rangkai kata menjadi muafakatlah ialah  terjalin/terbentuk persahabatan/perdamaian/ Persetujuan/kerjasama, menjadi persahabatan/perdamaian/persetujuan ,  terjalin /terbentuk muafakatlah  [maksimum : 2 markah]
(ii) Tindakan-tindakan Sultan  ialah Tun Kudu  diceraikan oleh baginda/ sultan, dihantarkan ke rumah Paduka Raja, , diberi wang untuk perbelanjaan perkahwinan , diarahkan berkahwin dengan Seri Nara Diraja. [maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 Isi]
(iii) Usaha-usaha (selain ikatan perkahwinan) yang boleh diambil untuk menyatukan kedua-dua pembesar tersebut  ialah menawarkan pangkat/ jawatan ,  menawarlan kawasan/ negeri,  menawarkan harta benda/ wang/ emas 1   (Jawapan yang lain boleh diterima sekiranya sesuai) [maksimum : 3 m] [Isi cukup : 2 Isi]
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019 KERTAS 2 KOMSAS
SET 10– (SMK MANIK, PPD TELUK INTAN, PERAK 2019)
Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Klasik 
Baca petikan prosa klasik  kemudian jawab soalan-soalan ,  menggunakan ayat anda sendiri.
Maka titah Seri Betara, “Hai Patih Gajah Mada, segeralah suruh hantar ke Melaka.” Maka Patih Gajah Mada pun berlengkap sebuah perahu dengan sepuluh orang sertanya yang pergi. Setelah sudah lengkap maka Kertala Sari pun belayarlah. Berapa lamanya maka Kertala Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia pun singgah di luar kota pada kampung segala Jawa. Maka Kertala Sari pun menyamarkan dirinya kepada segala Jawa yang banyak itu. Maka Kertala Sari pun sedia kala berjalan keluar masuk bermain-main segenap kampung orang kaya- kaya dan saudagar.
Setelah diketahuinya,maka Kertala Sari pun masuk menyamar pada orang Patih Kerma Wijaya. Tatkala itu Kertala Sari pun masuk seorangnya mengikut Patih Karma Wijaya pergi menghadap sama dengan Jawa yang banyak itu. Maka oleh Kertala Sari segala hulubalang yang menghadap sama-sama itu dilihatnya seorang kepada seorang. Maka Kertala Sari pun pandang pada Laksamana; maka ia pun fikir di dalam hatinya,”Dialah gerangan hulubalang Ratu Melaka yang bernama Laksamana itu. Jikalau demikian lakunya ,sungguhlah ia dapat membunuh bapaku, kerana ia penjurit besar lagi kepetangan.”
(Dipetik daripada 'Kepimpinan Melalui Teladan'dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Berikan maksud rangkai kata penjurit besar lagi kepetangan. [2 markah]
(ii) Apakah yang dilakukan oleh Kertala Sari setelah sampai ke Melaka? [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang sewajarnya dilakukan
oleh seseorang jika terlihat pembunuhan berlaku di kawasan berdekatan? [3 markah]
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019 KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
(i) Maksud penjurit besar lagi kepetangan:  Hulubalang / askar / pahlawan / perajurit yang hebat dan pandai membuat helah /
licik / tipu muslihat / cerdik / berpengalaman   [ 2 m)
(ii) Tindakan Kertala Sari setelah sampai ke Melaka:ialah Singgah di kota yang ramai penduduk Jawa , Menyamarkan dirinya kepada penduduk Jawa,  Keluar masuk kampung orang kaya-kaya dan saudagar 1 [maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 Isi]
(iii) Tindakan yang wajar dilakukan: adalah dengan Meminta bantuan orang ramai untuk memberitahu ahli keluarga mangsa , Menelefon pihak polis untuk menyiasat dengan lebih lanjut , Memberikan kerjasama kepada pihak polis dengan memberikan keterangan lanjut [m: 3 m2isi]
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019 KERTAS 2 KOMSAS
SET 11- Soalan 2 (c) Petikan Prosa Tradisional 
Baca petikan prosa tradisional , kemudian jawab soalan- soalan   menggunakan ayat anda sendiri.
Maka titah Seri Betara, “Hai Patih Gajah Mada, segeralah suruh hantar ke Melaka.” Maka Patih Gajah Mada pun berlengkap sebuah perahu dengan sepuluh orang sertanya yang pergi. Setelah sudah lengkap maka Kertala Sari pun belayarlah.
Berapa lamanya maka Kertala Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia pun singgah di luar kota pada kampung segala Jawa. Maka Kertala Sari pun menyamarkan dirinya kepada segala Jawa yang banyak itu. Maka Kertala Saripun sedia kala berjalan keluar masuk bermain-main segenap kampung orang kaya-kaya dan saudagar.
Setelah diketahuinya, maka Kertala Sari pun masuk menyamar pada orang Patih Kerma Wijaya. Tatkala itu Kertala Sari pun masuk seorangnya mengikut Patih Kerma Wijaya pergi menghadap sama dengan Jawa yang banyak itu. Maka oleh Kertala Sari segala hulubalang yang menghadap sama-sama itu dilihatnya seorang kepada seorang. Maka Kertala Sari pun pandang pada Laksamana; maka ia pun fikir dalam hatinya, “Dialah gerangan hulubalang Ratu Melaka yang bernama Laksamana itu. Jikalau demikian lakunya, sungguhlah ia dapat membunuh bapaku, kerana ia penjurit besar lagi kepetangan.”
(Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Tingkatan 4 Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Berikan maksud rangkai kata singgah di luar kota. [2 markah]
(ii) Apakah tindakan Kertala Sari setelah sampai ke Melaka?n[3 markah]
(iii) Laksamana ialah orang yang membunuh bapa Kertala Sari. Jika anda Kertala Sari, bagaimanakah anda mahu mengalahkan Laksamana?[3 m]
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019 KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
(i) Maksud rangkai kata singgah di luar kota  Berhenti di pinggir bandar/ di kampung  [maksimum : 2 markah]
(ii) Tindakan Kertala Sari setelah sampai ke Melaka,  Maka ia pun singgah di luar kota pada kampung segala Jawa , Maka Kertala Sari pun menyamarkan dirinya kepada segala Jawa yang banyak itu , Maka Kertala Sari pun sedia kala berjalan keluar masuk bermain-main segenap kampung orang kaya-kaya dan saudagar. , Kertala Sari pun masuk menyamar pada orang Patih Kerma Wijaya. , Mengikut Patih Kerma Wijaya pergi menghadap sama dengan Jawa yang banyak itu. 1 [maksimum : 3 markah]
(iii) Cara mahu mengalahkan Laksamana adalah dengan Mengkaji kekuatan/ kekuatan Laksamana sebelum pergi ke Melaka , Berguru dengan orang yang lebih bijak/berilmu/ berpengalaman , Mencari perkara yang boleh mengganggu emosi Laksamana , Meminta bantuan/bekerjasama daripada pihak lain untuk mengalahkannya, Menggunakan alatan/ senjata yang lebih baik daripada Laksamana  [ 3 markah]
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019 KERTAS 2 KOMSAS
SET 12 – (JPN PERLIS 2019)
Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional 
Baca petikan prosa tradisional , kemudian jawab soalan-soalan  menggunakan ayat anda sendiri.
Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah sama- sama orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak, “Tuan Tun Perak, segala orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan. Adapun orang teluk rantau yang lain semuanya menghadap laki-laki juga; adapun orang Kelang ini menghadap dibawa Tun Perak dengan membawa perempuan sekali. Mengapakah maka demikian fiil tuan?”
Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata itu. Sekali lagi Seri Amerta berkata, itu pun tiada disahuti oleh Tun Perak. Genap tiga kali Seri Amerta berkata itu, maka barulah disahuti oleh Tun Perak, katanya, “Hai Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu juga, hendaklah baik-baik tuan hamba peliharakan, jangan diberi berkarat, jangan kemakanan matanya. Akan pekerjaan kami orang bekerja ini, di mana tuan hamba tahu? Adapun akan sekarang Duli Yang Dipertuan di dalam negeri ini dengan perempuan anak isteri dan segala perkakas. Maka benarkah pada fikir tuan hamba kami sekalian datang dengan laki-laki juga, dengan begini jauh Selat Kelang? Jikalau satu hal negeri ini, apa hisab pada kami sekalian? Sebab itulah maka segala orang Kelang ini hamba suruh bawa dengan anak isterinya sekali. Nescaya berperang dengan musuh bersungguh-sungguh hatinya; kurang-kurang ia berlawankan Duli Yang Dipertuan lebih ia berlawankan anak isterinya bersungguh-sungguh.”
Maka oleh Seri Amerta kata Tun Perak itu semuanya dipersembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan. Maka baginda pun tersenyum, seraya bertitah, “Benar seperti kata Tun Perak itu.” Maka diambil baginda sirih dari puan baginda, disuruh berikan kepada Tun Perak. Maka titah baginda kepada Tun Perak, “Bahawa Tun Perak tiada patut diam di Kelang lagi; baiklah Tun Perak diam di negeri.”
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka
(i) Berikan maksud rangkai kata mengadukan halnya. [2 markah]
(ii) Apakah reaksi Duli Yang Dipertuan setelah Seri Amerta mengadukan perbuatan Tun Perak? [3 markah]
(iii) Tun Perak menyuruh orang-orang Kelang membawa anak isteri bersama-sama ke Melaka agar mereka berperang dengan bersungguh- sungguh. Pada pendapat anda, apakah strategi lain yang boleh dilakukan oleh seorang pembesar dalam usaha mempertahankan negara? [3 m]
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019 KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
(i) Maksud mengadukan halnyaialah  melaporkan/memberitahu masalahnya [ 2 markah]
(ii) Reaksi Duli Yang Dipertuan ialah Duli Yang Dipertuan tersenyum, Duli Yang Dipertuan bersetuju dengan kata- kata/tindakan Tun Perak , Baginda mengambil sirih dari /tepak sirih , Baginda memberikan sirih kepada Tun Perak ,Baginda bertitah bahawa Tun Perak tidak patut tinggal di Kelang/tinggal di negeri itu [3 markah][ 2 isi]
(iii) Strategi pembesar ialah mewujudkan hubungan yang baik dalam kalangan pembesar,  menanam semangat cinta akan negara dalam kalangan rakyat ,  mewujudkan pasukan keselamatan yang kuat ,  menyediakan peralatan perang yang lengkap ,  menjalinkan kerjasama antara negara/hubungan diplomatik 1         [3 markah][: 2 isi]
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019 KERTAS 2 KOMSAS
SET 13– (JPN PULAU PINANG 2019)
Soalan 2(c) – Petikan Prosa Tradisional 
Baca petikan prosa tradisional, kemudian jawab soalan-soalan  menggunakan ayat anda sendiri.
Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja, " Bagaimana maka datuk hendak beristeri muda, kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan bulu kening sudah bertemu?"Maka kata Seri Nara Diraja, " Di mana kamu sekalian tahu ? Jikalau demikian sia-sialah cula dibeli oleh bapaku sekati emas di benua Keling itu. "Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu. Maka menjadi muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah, "Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara. "
Maka titah baginda, " Baiklah. "
Syahdan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana, kerana pada zaman itu tiga buah negeri yang sama besarnya ; pertama Majapahit ; kedua Pasai ; ketiga ; Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu, ada tiga orang yang bijaksana; di Majapahit Patih Aria Gajah Mada; dan di Pasai, Orang Kaya Kanayan; dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja; dan Seri Nara Diraja menjadi penghulu bendahari.
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia.
(i) Nyatakan sifat-sifat fizikal Seri Nara Diraja. [2 markah]
(ii) Apakah yang terjadi antara Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja setelah Seri Nara Diraja bernikah dengan Tun Kudu? [3 markah]
(iii) Pada pandangan anda, apakah kesan kepada sesebuah negara jika para pemimpinnya tidak bersepakat? [3 markah]
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019 KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
(i) Sifat-sifat fizikal Seri Nara Diraja:ialah  usianya sudah tua,  bulu mata dengan bulu kening bertemu  [ 2 m -  2 isi]
(ii) Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja:,  mereka saling bermuafakat/ bekerjasama/ membantu, menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan dan  Seri Nara Diraja memberi cadangan kepada sultan untuk melantik Paduka menjadi bendahara. ( 3 m 2 isi]
(iii) Kesan-kesan kepada negara:  ialah  rakyat dalam negara berpecah-belah/ rakyat menjadi tidak bersatu,  ekonomi akan terbantut/ mundur/ merosot,  pembangunan negara terbantut/mundur/ merosot, imej / nama baik negara merosot/tercemar, negara menjadi tidak aman (Kesan yang lain boleh diterima sekiranya sesuai ) [ 3 m  2 isi ]
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019 KERTAS 2 KOMSAS
SET 14 – (PENANG FREE SCHOOL 2019)
Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional  dengan teliti, kemudian jawab soalan- soalan  menggunakan ayat anda sendiri.
Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani, kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja suluh perahu Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng. Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga buah perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik, dilanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga buah perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah. Maka orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar itu. Telah hari malam, maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu api- api itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. Telah dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam, “Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita.”
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’Dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia
(i) Berikan maksud rangkai kata suluh perahu Siam. [2 markah]
(ii) Apakah yang dilakukan oleh Tun Umar setelah disuruh oleh Bendahara Paduka Raja untuk menyuluh perahu Siam? [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah kepentingan-kepentingan menyusun strategi peperangan oleh seseorang panglima dalam sesuatu peperangan pada zaman dahulu? [3 markah]
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019  KERTAS 2  KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
(i) Maksud: suluh perahu Siam ialah Menyiasat keadaan/ pergi melihat kapal (tentera) Siam  [2 markah]
(ii) Tindakan Tun Umar:ialah Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng , Telah bertemu dengan perahu Siam yg banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga buah perahu Siam alah dan  lalu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik, dilanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga buah perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah          [ 3 m2 isi]
(iii) Kepentingan menyusun strategi adalah  untuk memenangi peperangan ,  untuk menewaskan musuh/pihak lawan, untuk mengelirukan pihak musuh , untuk mengurangkan angka  kematian tentera, untuk menunjukkan kekuatan ketenteraan, untuk mengesan kekuatan / kelemahan musuh , untuk merisik maklumat pihak musuh/tentera musuh [ 3 m 2 isi ]
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019 KERTAS 2 KOMSAS
SET 15-(PPD LIMBANG, SARAWAK)
Soalan 2 (c) Petikan Prosa Tradisional 
Baca petikan prosa tradisional i,kemudian jawab soalan-soalan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka baginda menyuruh menghimpunkan segala rakyat teluk rantau berhimpun ke Melaka. Dan akan Tun Perak membawa orang Kelang ke Melaka dengan anak isterinya sekali. Maka orang Kelang berdatang sembah kepada Sultan, “ Ya tuanku, segala teluk rantau yang lain semuanya menghadap laki-laki juga; akan patik sekalian dibawa oleh Tun Perak dengan perempuan sekali,”
Adapun Seri Amerta itu asalnya orang Pasai,tanah Samudera namanya;sebab ia cerdik, lagi tahu berkata-kata, maka dijadikan baginda bentara,digelar baginda Seri Amerta.Maka diperbuatkan baginda satu bangku tebal, di bawah lutut baginda, di sanalah ia memikul pedang, ialah yang menyampaikan titah raja barang sesuatu. Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap,duduk di tanah sama-sama orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak, “Tuan Tun Perak,segala orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan. Adapun orang teluk rantau yang lain semuanya menghadap laki-laki juga;adapun orang Kelang ini menghadap dibawa Tun Perak dengan membawa perempuan sekali. Mengapakah maka demikian fiil tuan?
Dipetik daripada prosa tradisional “Burung Terbang Dipipiskan Lada” Dalam antologi Sejadah Rindu Kementerian Pendidikan Malaysia
(i) Apakah maksud rangkai kata menghimpunkan segala rakyat. [2 markah]
(ii) Nyatakan alasan-alasan Seri Amerta dilantik menjadi bentara. [3 markah]
(iii) Peperangan yang berlaku menyebabkan orang Kelang mengambil keputusan untuk membawa anak isterinya ke Melaka bersama-sama. Pada pendapat anda, mengapakah orang Kelang berbuat demikian? [3 markah ]
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019 KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
(i) maksud rangkai kata menghimpunkan segala rakyat ialah Mengumpulkan semua/seluruh/sekalian penduduk/orang ramai/jelata, Menghimpunkan semua/seluruh/sekalian penduduk/orang ramai/jelata, Mengumpulkan segala rakyat [ 2 markah]
(ii)  alasan-alasan Seri Amerta dilantik menjadi bentara adalah kerana. Beliau  seorang yang cerdik., seorang yang tahu berkata-kata [ 3 m 2 isi]
(iii) Pada pendapat saya,  orang Kelang berbuat demikian untuk  menjamin keselamatan anak dan isteri, menaikkan semangat untuk berjuang/memberikan sokongan moral, menakut-nakutkan pihak musuh dengan jumlah yang ramai , memberikan bantuan ketika berperang seperti memasak.       [ : 3 Isi  3 isi]
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019 KERTAS 2 KOMSAS
SET 16– (SMK CHUNG HWA MIRI 2019)
Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional
 Baca petikan prosa tradisional, kemudian jawab soalan-soalan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka titah raja, "Apa bicara kita supaya penjurit itu tiada beroleh masuk ke istana ini?"
Maka sembah Laksamana, "Daulat tuanku, ada suatu perbuatan; hikmat itu daripada penjurit yang tahu patik peroleh."
Maka titah baginda, "Segeralah perbuat, kekasihku Laksamana, hikmat itu."
Maka sembah Laksamana, "Ya tuanku, pada malam ini lepaskanlah patik pergi berkawal, tiada jauh."
Maka baginda bertitah "Baiklah".
Maka Laksamana pun menyuruh membawa segala senjata yang banyak-banyak itu, lembing dan tombak dan kayu. Maka diatur oleh Laksamana berkeliling istana itu. Maka dibubuhnya suatu hikmat, radak-meradak dan tetak-menetak sama sendirinya, dan kayu itu pun palu-memalu, terlalu gemuruh bunyinya.Maka hari pun malamlah. Maka Laksamana pun memakai serba hitam lalu berjalan.
Maka Kertala Sari pun masuklah. Maka dilihat oleh Laksamana seorang penjurit; maka Laksamana pun berselindung pada suatu tempat. Maka Kertala Sari pun menyimpang pada tempat yang lain masuk mencuri.
Maka Kertala Sari pun fikir dalam hatinya hendak mencuri harta raja; apabila habislah harta raja itu maka ia pun hendak membakar serta mengamuk.
Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul Kementerian Pendidikan Malaysia.
(i) Berikan maksud ada suatu perbuatan. [2 Markah]
(ii) Laksamana telah mengambil beberapa tindakan untuk memastikan bahawa istana raja selamat pada malam itu. Nyatakan tindakan-tindakan tersebut. [3 Markah]
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah raja bersetuju untuk melepaskan Laksamana berkawal pada malam itu? [3 Markah]
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019 KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
(i) Maksud ada suatu perbuatan ialah terdapat satu cadangan/cara/langkah penyelesaian       [2 markah]
(ii) tindakan-tindakan tersebut ialah menyuruh membawa semua senjata yang ada, lembing, tombak dan kayu,  diatur sekeliling istana, ditabur suatu hikmat          [: 3 markah]
(iii)  raja bersetuju untuk melepaskan Laksamana berkawal pada malam itu kerana Raja yakin akan kewibawaan Laksamana , Laksamana seorang yang bijaksana untuk menyelesaikan masalah ,  Raja tiada calon yang lebih layak untuk dilantik ,Raja tidak mempercayai akan kebolehan Temenggung lagi 1 (Mana-mana idea yang relevan)   [ 3 markah]
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019 KERTAS 2 KOMSAS
SET 17 – (SELANGOR (SET (1) 2019)
Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Tradisional 
Baca petikan prosa tradisional  kemudian jawab soalan-soal menggunakan ayat anda sendiri
Syahadan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana, kerana pada zaman itu tiga buah negeri yang sama besar besarnya: pertama, Majapahit; kedua, Pasai; ketiga, Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu, ada tiga orang yang bijaksana; di Majapahit, Patih Aria Gajah Mada; dan di Pasai, Orang Kaya Kanayan; dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja; dan Seri Nara Diraja menjadi penghulu bendahari.
Hatta, berapa lamanya maka datang pula orang Siam menyerang Melaka; Awi Dicu nama panglimanya. Maka kedengaran khabarnya ke Melaka, maka dipersembahkan orang kepada Sultan. Maka baginda pun menitahkan Bendahara Paduka Raja berlengkap akan mengeluari orang Siam. Seri Bija Diraja dan segala hulubalang segala hulubalang sekaliannya dititahkan baginda mengiringkan Bendahara Paduka Raja itu. Adapun Seri Bija Diraja itu sedia asal Melayu, Tun Hamzah namanya, asalnya daripada Muntah Lembu; ialah dipanggil orang Datuk Bongkok. Apabila berjalan atau duduk, bongkok ia. Oleh sebab sangat gagah berani ia menjadi hulubalang besar, duduk di atas segala hulubalang Telah sudah lengkap, maka Bendahara Paduka Raja pun pergilah mengeluari Siam itu, bersama-sama dengan Seri Bija Diraja, dengan segala hulubalang banyak. Maka orang Siam pun hampir ke Batu Pahat
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia.
(i) Berikan maksud berlengkap akan mengeluari [2 markah]
(ii) Apakah tindakan Sultan Melaka setelah menerima perkhabaran bahawa orang Siam akan datang untuk menyerang Melaka [3 m]
(iii) Selain mempunyai raja yang berwibawa, Melaka juga digambarkan memiliki seorang pemimpin yang hebat seperti Bendahara Paduka Raja. Apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin yang ideal? [3 markah]
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019 KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
(i) Maksud berlengkap akan mengeluari ialah bersiap sedia untuk menentang , bersedia menentang , bersiap untuk menentang  [2 m]
(ii) Tindakan Sultan Melaka ialah menitahkan Bendahara Paduka Raja berlengkap , bersiap sedia mengeluari orang Siam , menitahkan Seri Bija Diraja dan segala hulubalang mengiringi Bendahara Paduka Raja.  [ 3 markah]2 isi]
(iii) Ciri-ciri pemimpin yang ideal ialah  Bijaksana dan berkebolehan dalam menyelesaikan Masalah ,Berani dan bersungguh dalam menyahut cabaran dan permasalahan , Berinisiatif untuk melakukan sebarang tindakan tanpa menunggu arahan , Kreatif dalam menyelesaikan sesuatu isu , Bersedia menerima dan memberi pendapat , Mempunyai kebolehan berkomunikasi , Mempunyai jati diri yang unggul /adil /amanah /saksama /bertanggungjawab(Terima jawapan lain yang relevan [ 3 markah] : 2 isi]
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019 KERTAS 2 KOMSAS
SET 18 – (SELANGOR (SET (2) 2019)
Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Tradisional 
Baca petikan prosa tradisional  kemudian jawab soalan-soalan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka kata Awi Dicu, "Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali sementara belum siang ini."Maka segala orang Siam pun kembalilah. Adapun perigi di Batu Pahat itu,orang Siamlah membuat dia. Maka diikut oleh Bendahara Paduka Raja sampai ke Singapura. Maka bendahara pun kembali ke Melaka menghadap Sultan Muzaffar Syah.
Maka segala perihal ehwal itu sekaliannya dipersembahkan oleh bendahara Ke Bawah Duli Sultan. Maka baginda pun memberi persalin akan Bendahara Paduka Raja daripada pakaian yang mulia-mulia, dengan segala hulubalang yang pergi bersama-sama itu semuanya dianugerahi baginda persalin masing-masing pada kadarnya.
Adapun segala orang Siam yang kembali itu, telah ia sampai ke benua Siam, maka Awi Dicu pun masuk menghadap Paduka Bubunnya. Maka Paduka Bubunnya pun terlalu marah; maka ia sendiri hendak pergi menyerang Melaka itu. Maka ada seorang anak Paduka Bubunnya, Cau Pandan namanya. Maka ialah bercakap Ke Bawah Duli Paduka Bubunnya hendak menyerang Melaka, sembahnya " Duli Pra Cau, lengkapi patik, patiklah mengalahkan Melaka itu."
Maka Paduka Bubunnya pun terlalu suka mendengar sembah Cau Pandan itu. Maka baginda pun menyuruh berlengkap kepada Pra Kelong delapan ratus sum, lain perahu kecil- kecil tiada terbilang Lagi, sekadar menantikan musim juga lagi.
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu,Kementerian Pendidikan Malaysia
(i) Berikan maksud segala perihal ehwal. [2 markah]
(ii) Apakah tindakan yang dilakukan oleh Sultan Muzaffar Syah bagi menghargai jasa Bendahara Paduka Raja dan hulubalang setelah berjaya mengusir orang-orang Siam? [3 markah]
(iii) Peperangan harus dielakkan kerana boleh meninggalkan kesan buruk kepala imej negara dan menyebabkan rakyat hidup dalam penderitaan dan kesengsaraan. Berikan pendapat anda tindakan yang boleh dilakukan oleh seseorang pemimpin bagi
mengelakkan peperangan berlaku [3 markah]
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019 KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
(i) Maksud segala perihal ehwal ialah semua/sekalian/seluruh/segenap keadaan/peristiwa/hal,
(ii) Tindakan yang dilakukan oleh Sultan Muzaffar Syah ialah  memberi persalin akan Bendahara Paduka Raja ,  memberi pakaian yang mulia-mulia ,  memberi persalin akan hulubalang          [ 3 m 2 isi]
(iii) Tindakan pemimpin untuk mengelakkan peperangan adalah  melalui perundingan untuk  menyelesaikan konflik ,perjanjian damai/gencatan senjata ,saling bertolak ansur , mengelakkan isu-isu sensitive dipersoalkan seperti agama,bahasa dan institusi pemerintahan  [ 3 m: 2 isi]
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019 KERTAS 2 KOMSAS
SET 19 – (SELANGOR (SET (3) 2019)
Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Tradisional 
Baca petikan prosa tradisional  kemudian jawab soalan-soalan menggunakan ayat anda sendiri.
Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai, dihadap orang banyak. MakaTun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat, lalu diribanya oleh Seri Nara Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk itu, " Tahukah tuan hamba sekalian bahawa ia anak hamba?”
Maka sembah segala orang banyak itu, "Sahaya semua tahu juga: oleh tuanku tiada mengaku, sahaya semua takut mengatakan dia anak tuanku,” Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum. Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka Raja, setengah pada Seri Nara Diraja, kerana kedua-duanya sama orang berasal Maka Seri Nara Diraja tidak bermuafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga; beberapa kali lain Paduka Raja dapatan dengan Paduka Raja dalam Kampung Seri Nara Diraja. Maka Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu maka terlalulah dukacita baginda melihat kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja itu, Maka fikir di dalam hati besar. "Jikalau demikian binasalah negeri ini, kerana orang besarnya tidak muafakat sama orang besar.”
Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuatkan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun hadirlah. Maka titah Sultan Muzaffar Syah, "Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?”
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu. Kementerian Pendidikan Malaysia
(i) Berikan maksud sahaya semua. [2 markah]
(ii) Apakah peristiwa yang berlaku setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dilantik menjadi orang besar di Melaka? [3 markah]
(iii) Sultan Muzaffar Syah telah menjadikan perkahwinan sebagai alah satu cara untuk menyelesaikan perbalahan dalam kalangan pembesar dalam kalangan pembesar istana. Sekiranya anda seorang raja, apakah tindakan-tindakan lain yang boleh diambil bagi mengelakkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pembesar? [3 markah]
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019 KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
(i) Maksud sahaya semua ialah  saya segala/sekalian , sahaya segala/sekalian , saya semua  [ 2 markah]
(ii) Peristiwa yang berlaku setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dilantik menjadi orang besar di Melaka ialah  anak Melayu pun berbelah setengah pada Paduka Raja , setengah pada Seri Nara Diraja ,  Seri Nara Diraja tidak bermuafakat dengan Paduka Raja  [ : 3 m][ I: 2 isi]
(iii) Tindakan –tindakan lain adalah dengan memanggil pembesar untuk berbincang tentang sesuatu isu , menerima luahan pendapat dan cadangan pembesar sekiranya sesuai , membayar gaji/upah yang tinggi bersesuaian dengan jawatan yang disandang , memberikan hadiah/ganjaran/pingat , memberi layanan sama rata dan adil kepada semua pembesar/tidak pilih kasih  [3 m: 2 isi]
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019 KERTAS 2 KOMSAS
SET 20 – ( TERENGGANU )
Soalan 2(c) –Petikan Prosa Tradisional 
Baca petikan prosa tradisional  kemudian jawab soalan-soalan  menggunakan ayat anda sendiri.
Maka kedengaranlah ke Melaka, Cau Pandan anak Bubunnya, akan dititahkan menyerang Melaka. Maka ada seorang hamba Allah diam di Melaka, bangsanya Arab, Sidi Arab namanya disebut orang. Maka tuan itu senantiasa bermain panah lasykar, seperti dewal orang berzikir. Barang ke mana tuan itu pergi, panah itu dibawanya. Maka tatkala itu, Tuan Sidi Arab itu pun menghadap Sultan Muzaffar Syah. Telah tuan itu mendengar khabar Cau Pandan akan datang ke Melaka itu, maka tuan itu pun berdiri di hadapan baginda. Maka dihalakannya panahnya itu ke benua Siam. Maka kata Tuan Sidi Arab, sambil menarik panahnya itu, “Mati engkau, Cau Pandan.”Maka Sultan Muzaffar Syah pun tersenyum; maka titah baginda pada Tuan Sidi Arab itu, “Jikalau sungguh mati Cau Pandan, sungguhlah tuan keramat.”
Adapun Cau Pandan itu, lagi di benua Siam, maka berasa kepada dadanya seperti kena panah, maka Cau Pandan pun sakit muntahkan darah lalu mati. Maka tidaklah jadi Siam menyerang Melaka, sebab mati Cau Pandan itu. Maka itulah diperbuatkan orang nyanyi:
Cau Pandan anak Bubunnya,
Hendak menyerang ke Melaka;
Ada cincin berisi bunga,
Bunga berladung si air mata.
Dipetik daripada 'Burung Terbang Dipipiskan Lada'dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia.
(i) Berikan maksud sungguhlah tuan keramat. [2 markah]
(ii) Apakah tindakan Tuan Sidi Arab setelah mendengar berita Cau Pandan anak Bubunnya akan menyerang Melaka? [3 markah]
(iii) Tuan Sidi Arab seorang yang pakar dalam memanah. Pada pendapat anda, apakah kepentingan khidmat pakar dalam sistem pertahanan sesebuah negara? [3 markah]
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019 KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
 (i) Maksud sungguhlah tuan keramat ialah  sangatlah / amatlah / benarlah tuan luar biasa / mempunyai kebolehan luar biasa , sungguhlah tuan luar biasa / mempunyai kebolehan luar biasa ,  sangatlah / amatlah / benarlah tuan keramat  [ 2 markah]
(ii) Tindakan Tuan Sidi  ialah Berdiri di hadapan Sultan Muzaffar Syah ,Menghalakan panah ke Benua Siam ,Sambil menarik panah beliau menyeru nama Cau Pandan supaya mati  [3 m[  2 isi]
(iii) Kepentingan khidmat pakar dalam sistem pertahanan negara ialah Mampu merancang strategi pertahanan negara ,  Menggerakkan operasi ketenteraan negara ,  Mengendalikan peralatan / senjata canggih , Mengemas kini sistem persenjataan , Meningkatkan / memperkasakan keupayaan sistem pertahanan negara  [: 3 m 2 isi]
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019 KERTAS 2 KOMSAS
SET 21 – (PPD KOTA MARUDU, SABAH 2019)
Soalan 2(c) – Petikan Prosa Tradisional 
Baca petikan prosa tradisional , kemudian jawab soalan-soalan  menggunakan ayat anda sendiri.
Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu. Maka menjadi muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah, “Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara.” Maka titah baginda, “Baiklah.”
Maka Paduka Raja pun dijadikan bendahara. Syahadan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana, kerana pada zaman itu tiga buah negeri yang sama besarnya:pertama, Majapahit; kedua, Pasai; ketiga, Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu, ada tiga orang yang bijaksana;  di Majapahit, Patih Aria Gajah Mada; dan di Pasai, Orang Kaya Kanayan; dan di Melaka, BendaharaPaduka Raja; dan Seri Nara Diraja menjadi penghulu bendahari.                             (Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada” dalam antologi Sejadah Rindu)
(i) Berikan maksud kerana ia sedia anak bendahara. [2 markah]
(ii) Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan Seri Nara Diraja mencadangkan Paduka Raja sebagai Bendahara. [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah sesebuah negara perlu mempunyai pemimpin yang bijaksana dan adil?[3 markah]
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019 KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
(i) Maksud rangkai kata kerana ia sedia anak bendahara ialah  Bendahara Paduka Raja sememangnya berketurunan anak Bendahara iaitu Bendahara Seri Wak Raja  [ 2 markah]
(ii) Faktor-faktor yang menyebabkan Seri Nara Diraja mencadangkan Paduka Raja sebagai Bendahara. ialah Seri Nara Diraja telah berkahwin dengan Tun Kudu yang merupakan saudara Paduka Raja ,  Kerana hubungan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja telah baik/ semakin erat .Kerana Paduka Raja dapat memberikan sumbangan untuk kemajuan dan pembangunan negara [: 3 markah]
(iii) Negara perlu mempunyai pemimpin yang bijaksana dan adil adalah  untuk memastikan keharmonian dan perpaduan rakyat ,untuk mengekalkan keamanan dan kemerdekaan negara daripada ancaman musuh , untuk mengangkat imej negara sebagai sebuah negara yang maju dan berdaya saing di peringkat antarabangsa   [ 3 markah]
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019 KERTAS 2 KOMSAS
SET 22 – (PPD BARAM, SARAWAK 2019)
Soalan 2(c) – Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional , kemudian jawab soalan-soalan menggunakan ayat anda sendiri.
Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah sama-sama orang banyak. Maka, kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak, “Tuan Tun Perak, segala orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan. Adapun orang teluk rantau yang lain semuanya menghadap laki-laki juga; adapun orang Kelang ini menghadap dibawa Tun Perakdengan perempuan sekali. Mengapakah maka demikian fiil tuan?”
Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata itu. Sekali lagi Seri Amerta berkata, itu pun tiada disahuti oleh Tun Perak. Genap tiga kali Seri Amerta berkata itu, maka barulah disahuti oleh Tun Perak, katanya, “Hai Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu juga, hendaklah baik-baik tuan hamba peliharakan, jangan diberi berkarat, jangan kemakanan matanya. Akan pekerjaan kami orang bekerja ini, di mana tuan hamba tahu? Adapun akan sekarang Duli Yang Dipertuan di dalam negeri ini, apa hisab pada kami sekalian? Sebab itulah maka segala orang Kelang ini hamba suruh bawa anak isterinya sekali. Nescaya berperang dengan musuh bersungguh-sungguh hatinya; kurang-kurang ia berlawankan Duli Yang Dipertuan lebih ia berlawankan anak isterinya bersungguh-sungguh.”
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu Kementerian Pendidikan Malaysia
(i) Berikan maksud demikian fiil tuan. [2 markah]
(ii) Berdasarkan petikan, mengapakah Tun Perak membawa orang Kelang bersama dengan isteri dan anak-anak mereka? [3 markah]
(iii) Dalam sesuatu peperangan, setiap individu memainkan peranan dalam usaha mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Pada pendapat anda, bagaimanakah kaum wanita boleh memainkan peranan sekiranya berlaku peperangan? [3 markah]
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019 KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
(i) maksud demikian fiil tuan ialah  Begini/begitu/seperti ini/seperti itu sikap/perangai/tingkah laku awak/kamu/anda/engkau , Demikian sikap/perangai/tingkah laku awak/kamu/anda/engkau  , Begini/begitu/seperti ini/seperti itu fiil wak/kamu/anda/engkau ,  Begini/begitu/seperti ini/seperti itu sikap/perangai/tingkah laku tuan  [ 2 markah]
(ii) Tun Perak membawa orang Kelang bersama dengan isteri dan anak-anak mereka  Supaya mereka dapat berperang dengan bersungguh-sungguh hatinya., Supaya mereka berlawan demi keluarga masing- masing. , Jarak selat Kelang dengan Melaka sangat jauh. ( : 3 m 2 isi]
(iii) Kaum wanita boleh memainkan peranan seperti:,Menjaga dan memastikan anak-anak sentiasa selamat,Menjaga rumah dan harta benda dengan baik , Membantu menyediakan makanan dan minuman untuk kaum lelaki yang berperang ,Membantu merawat askar yang tercedera Memberikan sokongan moral kepada suami dan ahli keluarga yang terlibat dengan peperangan [3 markah 2 isi]
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019 KERTAS 2 KOMSAS
SET 23 – (SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) 2019)
Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional 
Baca petikan prosa tradisional, kemudian jawab soalan-soalan  menggunakan ayat anda sendiri.
Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun hadirlah. Maka titah Sultan Muzaffar Syah, “Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?”
Maka sembahnya, “Jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan, baiklah, tuanku.” Maka titah baginda, “Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Bulan, anak Orang Kaya Hitam?”
Maka sembahnya, “Mohon patik tuanku.”
Maka titah baginda, “Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?”
Maka sembahnya, “Mohon patik, tuanku.”
Maka titah baginda, “Mahukah akan Tun Kanaka, saudara Bendahara Seri Wak Raja?”
Maka sembahnya, “Mohon patik tuanku.”
Maka beberapa anak orang besar-besar ditanyakan oleh sultan, tiada juga berkenan pada Seri Nara Diraja. Maka titah Sultan, “Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Kudu, anak Bendahara Seri Wak Raja, saudara Paduka Raja?”
Maka sembahnya, “Daulat, tuanku.” Adapun akan Tun Kudu itu diperisteri Duli Yang Dipertuan, terlalu baik rupanya, tetapi matanya juling sedikit. Telah baginda mendengar sembah Seri Nara Diraja demikian, maka dengan sesaat itu juga ditalak baginda, dihantarkan ke rumah Paduka Raja, diberi belanja, disuruh berhadir akan kahwin dengan Seri Nara Diraja.
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia.
(i) Berikan maksud rangkai kata ditalak baginda. [2 markah]
(ii) Nyatakan tindakan sultan setelah Seri Nara Diraja bersetuju memperisteri Tun Kudu? [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah yang mempengaruhi Seri Nara Diraja bersetuju dengan
tawaran sultan untuk berkahwin dengan Tun Kudu? [3 markah]
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019  KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
(i) Maksud ditalak baginda ialah  diceraikan oleh sultan/Sultan Muzaffar Syah , ditalak oleh sultan/Sultan Muzaffar Syah  diceraikan oleh baginda             [ 2 markah]
(ii) Tindakan tindakan sultan setelah Seri Nara Diraja bersetuju memperisteri Tun Kudu ialah  menceraikan Tun Kudu , menghantar Tun Kudu ke rumah Paduka Raja , memberi Tun Kudu wang belanja ,meminta Tun Kudu bersedia untuk berkahwin dengan Seri Nara Diraja [3 markah] : 2 isi]
(iii) Pada pendapat saya,  yang mempengaruhi Seri Nara Diraja bersetuju adalah dengan Tun Kudu mempunyai kedudukan yang tinggi/isteri kepada Duli Yang Dipertuan, Tun Kudu seorang yang cantik dan jelita , Tun Kudu jauh lebih muda berbanding SeriNara Diraja,Pengiktirafan sultan kepadanya ,Seri Nara Diraja sudah lama menyimpan perasaan terhadap Tun Kudu , Tun Kudu ialah saudara Paduka Raja [ 3 m2 isi]
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019 KERTAS 2 
KOMSAS SET 24 – (PPD SEMPORNA, SABAH) 2019)
Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan  menggunakan ayat anda sendiri.
Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum. Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka Raja, setengah pada Seri Nara Diraja, kerana kedua-duanya sama orang berasal. Maka Seri Nara Diraja tidak muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga; beberapa kalilain Paduka Raja kedapatan dengan Paduka Raja dalam kampung Seri Nara Diraja. Maka Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu maka terlalu dukacita baginda melihat kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja itu. Maka fikir di dalam hati baginda, “Jikalaudemikian binasalah negeri ini, kerana orang besarnya tidak muafakat sama orang besar.” Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. Maka baginda pun suruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun hadirlah.
Maka titah Sultan Muzaffar Syah, “Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?”
Maka sembahnya, “Jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan, baiklah, tuanku.
Maka titah baginda, “Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Bulan, anak Orang Kaya Hitam?” Maka sembahnya, “Mohon patik tuanku. Maka titah baginda, “Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?”Maka sembahnya, “Mohon patik, tuanku.”Maka titah baginda, “Mahukah akan Tun Kanaka, saudara Bendahara Seri Wak Raja?”Maka sembahnya, “Mohon patik, tuanku.”
Maka beberapa anak orang besar-besar ditanyakan oleh Sultan, tiada juga berkenan pada Seri Nara Diraja. Maka titah Sultan, “Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Kudu, anak Bendahara Seri Wak Raja, saudara Paduka Raja?’ Maka sembahnya, “Daulat tuanku.”
(Dipetik daripada 'Burung Terbang Dipipiskan Lada' dalam antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Berikan maksud rangkai kata senantiasa beringgit. [2 markah]
(ii) Berdasarkan petikan tersebut, apakah reaksi Seri Nara Diraja apabila Sultan Muzaffar Syah memberikan cadangan kepada Seri Nara Diraja supaya berkahwin? [3 markah]
(iii) Pemimpin memainkan peranan penting dalam usaha menjamin keharmonian sesebuah negara. Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan buruk kepada negara sekiranya pemimpin tidak bermuafakat? [3 markah]
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019 KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
(i) Maksud rangkai kata senantiasa beringgit ialah  selalu / acap kali / sering bertelagah / bermusuhan / berbalah , selalu / acap kali / sering beringgit , senantiasa bertelagah / bermusuhan / berbalah    [ : 2 markah]
(ii) Reaksi Seri Nara Diraja apabila Sultan Muzaffar Syah memberikan cadangan kepada Seri Nara  Diraja supaya berkahwin ialah beliau bersetuju dengan cadangan Sultan Muzaffar Syah , menolak untuk dikahwinkan dengan Tun Bulan, Tun Rakna  Sari, dan Tun Kanaka  [ 3 m]
(iii) Kesan-kesan buruk kepada negara sekiranya pemimpin tidak bermuafakat ialahnegara tidak aman , terdedah kepada ancaman luar ,  berlaku banyak penyelewengan , pemimpin yang baik / jujur mungkin kecundang, tiada masa untuk urusan pentadbiran , sepanjang masa dihabiskan untuk membina   Pengaruh 1 [maksimum : 3 markah]
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019 
SET 25 –KERTAS 2 KOMSAS
Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional kemudian jawab soalan-soalan  menggunakan ayat anda sendiri.
Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah sama-sama orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak, “Tuan Tun Perak, segala orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan. Adapun orang teluk rantau yang lain semuanya menghadap laki-laki juga; adapun orang Kelang ini menghadap dibawa Tun Perak dengan membawa perempuan sekali. Mengapakah maka demikian fiil tuan?”
Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata itu. Sekali lagi Seri Amerta berkata, itu pun tiada disahuti oleh Tun Perak. Genap tiga kali Seri Amerta berkata itu, maka barulah disahuti oleh Tun Perak, katanya, “Hai Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu juga, hendaklah baik-baik tuan hamba peliharakan, jangan diberi berkarat, jangan kemakanan matanya. Akan pekerjaan kami orang bekerja ini, di mana tuan hamba tahu?
Adapun akan sekarang Duli Yang Dipertuan di dalam negeri ini dengan perempuan anak isteri dan segala perkakas. Maka benarkah pada fikir tuan hamba kami sekalian datang dengan laki-laki juga, dengan begini jauh Selat Kelang? Jikalau satu hal negeri ini, apa hisab pada kami sekalian? Sebab itulah maka segala orang Kelang ini hamba suruh bawa dengan anak isterinya sekali. Nescaya berperang dengan musuh bersungguh-sungguh hatinya; kurang-kurang ia berlawankan Duli Yang Dipertuan lebih ia berlawankan anak isterinya bersungguh-sungguh.”
(Dipetik daripada Burung Terbang Dipipiskan Lada Antologi Sejadah Rindu,Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Berikan maksud rangkai kata jangan kemakanan matanya. [2 markah]
(ii) Sekiranya anda ialah Tun Perak, apakah tindakan anda untuk memastikan tentera perang lebih bersemangat juang dan menang dalam pertempuran kelak? [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menaikkan semangat patriotic dalam kalangan anak muda sekarang? [3 markah]
KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN BM SPM 2019 KERTAS 2 KOMSAS
SKEMA JAWAPAN
(i) Berikan maksud rangkai kata jangan kemakanan matanya Supaya tidak tumpul 
(ii) Tindakan saya ialah” Memberikan kata-kata semangat dan motivasi kepada para tentera.  Memberikan latihan yang secukupnya  Menyediakan peralatan perang yang Canggih  Menawarkan habuan kepada mereka  [: 3 markah]
(iii) Cara-cara adalah dengan: Memberi kesedaran melalui penganjuran kempen kemerdekaan, Membuat pertandingan berkenaan tanah air  Kuiz-kuiz kemerdekaan  Menyediakan bahan bacaan tentang kemerdekaan, Mempertingkatkan penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti kemerdekaan , Menceritakan tentang kisah kehidupan zaman dahulu serta kisah pejuang-pejuang tanah air.[: 3 markah]

Jangan Tiru