Bahasa Melayu eksklusif untuk calon SPM

Isnin, 23 September 2019

Pengambilan makanan tambahan memberikan pelbagai kesan terhadap masyarakat. Bincangkan kertas 1 soalan 3 BM- Peperiksaan Percubaan Negeri Kelantan 2019


Pengambilan makanan tambahan memberikan pelbagai kesan  terhadap masyarakat. Bincangkan
 BM- Peperiksaan Percubaan Negeri Kelantan 2019

.
Hati ini tertanya-tanya, apakah maksud makanan tambahan?. Jawapannya mudah. Makanan tambahan ialah  makanan kesihatan. Hari ini pelbagai inovasi telah dicipta  maka terciptalah pelbagai  makanan tambahan yang memenuhi  citarasa manusia, suatu ciptaan yang cukup menakjubkan.  Pengambilan makanan tambahan  dapat membantu kita meningkatkan tahap kesihatan yang sempurna hingga kita berasa lebih yakin menghadapi rerona kehidupan. Marilah sama-sama kita perincikan akan pelbagai kesan pengambilan makanan tambahan  terhadap masyarakat. Dan... saya lebih cenderung memilih kesannya yang positif!
.
Antara kesan pengambilan makanan tambahan ialah makanan ini mampu meningkatkan selera makan bagi warga emas  yang lazimnya ‘benci’dan trauma terhadap makanan. Makanan tambahan seperti pil-pil vitamin, , makanan organik dan susu dapat memberikan suatu perubahan kepada badan hingga meningkatkan selera makan bagi warga emas yang kurus kering tidak bermaya.. Makanan tambahan ini mengandungi nutrisi dan pelbagai khasiat. Amalan makan makanan kesihatan ini menjadikan kita lebih berselera menghadapi hidangan, dan sekali gus dapat meningkatkan  daya ketahanan  badan hingga mampu menangkis terjahan penyakit kritikal dalam usia senja. Sesungguhnya, saya yakin pengambilan makanan tambahan tentunya mampu mengukuhkan daya tahan badan dan tidaklah ibu bapa, datuk dan nenek hanya terlantar di atas  katil tetapi kekal bertenaga dalam usia emas.
.
Seterusnya, kesan pengambilan makanan tambahan ialah makanan tambahan diyakini dapat meningkatkan tahap kecergasan dan kecerdasan anak-anak kalau diamalkan sejak kecil lagi.. Makanan tambahan akan memberi kesan positif semasa proses pembesaran baik dari segi fizikal mahupun mental kerana makanan tambahan dalam bentuk susu, minuman khusus untuk kanak-kanak, atau makanan eksklusif horlick, nestum krispi,, yang mengandungi nutrisi tambahan dapat memberi tenaga sepanjang hari. Anak-anak jadi cergas, cerdas dan berfikiran positif. Nutrisi tambahan seperti kalsium, zat besi dan serat dapat membantu tumbesaran dari segi fizikal. Kesannya, tulang-tulang akan menjadi lebih kuat, mata jadi lebih cerah, pendengaran jadi lebih jelas.. Setahu sayalah, makanan tambahan seperti daun gingko dapat menguatkan ingatan seseorang. Saya pasrah dan yakin, pengambilan makanan tambahan mampu meningkatkan tahap kecerdasan anak-anak. Anak-anak makan dalam suasana ceria, setiap saat menanti dan ternanti-nanti ibu menyuapkan makanan tambahan kegemaran mereka..
.
Selain itu. pengambilan makanan tambahan secara konsisten boleh mencegah pelbagai penyakit kronik. Penyakit kronik seperti penyakit tiga serangkai seperti penyakit kencing manis, darah tinggi dan kanser dapat diatasi dengan pengambilan makanan tambahan. Pengambilan makanan tambahan seperti pil-pil vitamin, makanan organik dan susu dapat mencegah pelbagai penyakit kronik kerana megandungi pelbagai nutrisi dan khasiat. Buktinya, pengambilan pil vitamin  dapat mencegah pelbagai penyakit kanser seperti kanser kulit, kanser usus dan kanser otak. Amalan makan makanan tambahan dapat meningkatkan kadar metabolisme, aliran darah badan manusia dan secara tidak langsung dapat memulihkan sel-sel mati. Hakikatnya, pengambilan makanan tambahan dapat mencegah pelbagai penyakit kronik.
.
Di samping itu golongan yang mengejar masa dengan kerjaya, memang memerlukan makanan suplemen untuk kekal aktif dan sihat. Golongan ini kurang senaman atau memang tidak bersenam langsung. Akibatnya mereka jadi obes, malas dan suka tidur memanjang. Malas yang luar biasa ini ada pada spesies  OKK atau orang kaya-kaya!. Perut GENDUT dan langkah pun perlahan. Mereka gemar makan di luar kerana mereka langsung tiada masa menyediakan makanan sendiri. Maka jadilah mereka  golongan yang menghadapi kemelut kekurangan zat,  dan mereka hanya makan apa-apa sahaja yang ada di hadapan mata.. Kajian menunjukkan pengambilan makanan tambahan, dapat melindungi seseorang daripada menghidapi sakit jantung, mengimbangi hormon wanita yang sibuk., tidak cukup rehat dan tiada masa untuk senaman. Pil-pil vitamin menjadi pelengkap menu harian kita. Satu kapsul vitamin mengandungi nutrien daripada pelbagai jenis sayur dan buah-buahan. HEBAT!.Keajaibannya ialah kakanan tambahan secara langsung dapat melambatkan penuaan. Sipengamal makanan tambahan sentiasa nampak muda, anggun dan bertenaga. Realitinya kesibukan alam kerjaya memerlukan kita mengambil makanan suplemen dan secara langsung kita menginsafi bahawa setiap penyakit ada ubatnya dan setiap masalah ada penyelesaiannya.
.
. Selanjutnya, pengambilan makanan tambahan secara berkala atau berjadual pula dapat membantu meningkatkan kecergasan, kecerdasan pelajar seperti saya yang terlalu sibuk ‘meredah arus gelombang samudera SPM’.  Kalau kita berasa letih dan tidak bermaya, maka cepat-cepatlah mengambil makanan tambahan. Terasa peningkatan metabolisme  dalam diri kita.  Secara luar biasa kita dapat mengembalikan semula tenaga yang hilang! . Pelajar-pelajar SPM, mereka tidak mempunyai masa rehat yang cukup. Mereka bertungkus lumus mengejar impian. Setiap saat jadi begitu berharga. Mereka  mempunyai masa rehat  kurang daripada lima jam sehari. Justeru, pengambilan makanan tambahan, dapat membantu mereka menjaga kesihatan dan memberikan tenaga berganda untuk mengulangkaji, melakukan latih tubi berterusan hingga ke detik penentuan, tarikh keramat peperiksaan. Ternyata pengambilan makanan tambahan seperti  pil-pil vitamin, herbatul saudah dan minuman organic merupakan satu gaya hidup sihat  dan mengembalikan tenaga calon-calon yang bakal menghadapi peperiksaan paling penting dalam sejarah kehidupan seorang remaja Malaysia.

Kesimpulannya, pengambilan makanan tambahan memberikan banyak impak positif kepada pengamalnya, dijadikan suplemen alternatif pelbagai lapisan masyarakat  untuk menjamin tahap kesihatan yang sempurna,  tetapi PERLU DITEGASKAN hargailah ‘masa sihat sebelum datang masa sakit’ dan insafilah akan tragedi, sakit datang macam kilat, perginya macam semut. Kata orang Sepanyol, ‘kita adalah apa yang kita makan’ jadi pilihlah makanan tambahan yang terbaik,dan lebih  meyakinkan kita akan kualiti dan khasiatnya.  Pilihlah yang terbaik, kerana ‘pilihan  di tangan kita’ !

Karya terbaik :
 Nur Athirah  Tingkatan 5 

Hari ini saya dan rakan -rakan mengadakan perbincangan topik semasa bersama-sama cikgu Maznah, pelajar-pelajar  dari SMU, DMPR1 dan sekolah Tahfiz turut hadir. Sasaran kami 100%  A+ bagi semua pelajar dalam kumpulan kami iaitu Syahid, Haziq, Afiq, Munir,  Kiat Hann,  Chun Xiang,  Raymond Syahmi, Fakhrul, Chong  Han, Norasimah , Shahadah, Fatihah, Adam, Aiman Hafiz, Aiman Syahiran, Balqis, Owi dan ramai lagi Sama-sama kita teruskan perjuangan.

Jangan Tiru