Bahasa Melayu eksklusif untuk calon SPM

Sabtu, 2 Februari 2019

Bandingan semacam - Kajian santai Istimewa untuk pelajar-pelajar kelas SPM 2019- selamat berjuang


Bandingan semacam

adil         macam hakim
angkuh macam merak
bebas    macam burung
berani   macam badang
berat     macam batu
besar     macam gajah
bijak      macam pendeta
bodoh   macam lembu
bulat      macam bola
busuk    macam bangkai
cantik    macam bidadari
cepat     macam kilat
cerah     macam siang
cerdik    macam sang kancil
degil      macam keldai
deras     macam ribut
gagah    macam gergasi
ganas    macam harimau
garang  macam harimau
gebu      macam kapas
gelap     macam malam
gemuk  macam badak
halus     macam baldu
panas    macam api
harum   macam bunga
hijau      macam rumput
hitam    macam kuali
jahat      macam hantu
jernih    macam air di kali
jinak      macam merpati
kecil       macam semut
laju         macam pucuk dilancarkan
keras     macam batu
kesat     macam pasir
kuat       macam Badang
kuning  macam kunyit
kurus     macam lidi
lambat  macam kura-kura
lembut macam sutera
liat          macam getah
licin        macam belut
ligat        macam gasing
luas        macam padang
malas    macam keldai
manis    macam madu
masam macam cuka
masin    macam garam
merah   macam biji saga/darah
merdu  macam buluh perindu
miskin   macam pengemis
mulia     macam raja
nipis       macam kulit bawang
pahit      macam hempedu
panas    macam api
pandai  macam Sang Kancil
pantas  macam kilat
pedas    macam lada
pucat     macam mayat
putih     macam kapas
rajin       macam semut
rata        macam padang
ringan   macam kekabu
riuh        macam pasar
sibuk     macam lebah
tajam    macam sembilu
takut     macam tikus
tandus  macam padang pasir
tawar    macam air
terang   macam siang
tinggi     macam galah
tumpul macam belakang parang
wangi    macam bunga
zalim      macam Firaun


 Sebarang kemusykilan hubungi saya  0199852430


10 Makanan paling menggemukkan di Malaysia.


10 Makanan paling menggemukkan di Malaysia.
Makanan Malaysian selalu dikategorikan sebagai menggemukkan. Jom kita belajar tentang 10 makanan popular dan lihat sejauh mana kebenarannya.
Kita semua memang sukai makanan. Lagi-lagi makanan lazat Malaysia seperti nasi lemak and roti canai. Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan – kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?
1. Nasi Lemak.
Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?

2. Roti Canai.
Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.
… bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori…
3. Nasi Goreng.
Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.
4. Ais krim.
Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun.  Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?
5. Burger.
Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?
Untuk rujukan burger Burger King. Lebih 1000kcal.
6. Mee kari.
Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.
7. Makanan bergoreng.
Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng menggunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)
8. Susu Pekat Manis.
Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.
…Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.
9. Roti Manis dan Donut.
Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.
6 Donut mengandungi dalam 1200kcal.
… tahukah anda bahawa 1x donut biasa mengandungi 200kcal! Kalau makan separuh dozen dah 1200kcal!! …
10. Mayonis.
Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!
Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung di dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri.
Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagaimana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!


Kenali DUNIA BAHASA- Khusus untuk calon SPM 2019

Kenali dunia BAHASA

 
Perkataan bahasa istana :-
1. ampun kurnia  - maaf
2. anugerah  - beri, hadiah
3. beradu  - tidur
4. berangkat  - bertolak, berlepas
5. berkenan  - sudi, suka
6. berputera  - beranak, bersalin
7. bersiram  - mandi
8. bertitah  - berkata, berucap
9. beta  - saya
10. daulat  - bahagia
11. gering  - sakit
12. hari keputeraan  - hari jadi
13. hulu  - kepala
14. iram-iram  - payung
15. kaus  - kasut
16. mahkota  - topi, alas kepala
17. makam  - kubur
18. mangkat  - mati
19. mencemar duli  - berjalan ke, pergi ke
20. menghadap - menemui, menjumpai
21. permaisuri  - isteri
22. santap  - makan
23. semayam  - tinggal, duduk
24. sembah  - memberi salam
25. singgahsana  - kerusi

Kenali dunia BAHASA
Senarai kata ganda separa dan penggunannya dalam ayat
1. bebalai                   - Datuk sedang berehat di atas bebalai itu.
2. bebawang              - Pokok jenis bebawang tumbuh subur di belakang rumah.
3. bebenang               - Bebenang skru itu telah haus.
4. bebuli                    - Bebuli itu berisi air sirap.
5. dedaun                  - Dedaun kering jatuh di halaman rumah saya.
6. gegendang            - Gegendang telinganya telah pecah.
7. jejari                     - Ukuran jejari bulatan itu adalah 8 sentimeter.
8. kekabu                  - Nenek mengisi bantal itu dengan kekabu.
9. kekisi                    - Abang sedang memasang kekisi pada tingkap.
10. kekuda                  - Kekuda yang buruk itu telah diganti dengan kekuda yang baharu.
11. lelabah                  - Pondok yang usang itu dipenuhi sarang lelabah.
12. lelabi                     - Bentuk lelabi hampir sama dengan kura-kura.
13. lelangit                  - Abang memasang lelangit di dalam bilik adik.
14. pepijat                   - Pepijat banyak di tilam yang lama itu.
15. sesiku                    - Tukang rumah itu menggunakan sesiku untuk mengukur sudut tepat.
16. tetamu                   - Kakak  sedang sibuk melayan tetamu pada hari raya.
17. tetupai                   - Tetupai pada tiang rumah itu masih kukuh.

Kenali dunia BAHASA
Antara istilah baharu yang diperkenalkan ialah:-
1. backdrop - latar pentas
2. bunting - gegantung
3.  copy -salin
4. countdown - kira detik
5. download - muat turun
6. fitting room - bilik acu
7. Gajet/gadjet - peranti
8. highlight - imej tumpu
9. install -pasang
10. login - masuk
11. online - dalam talian
12. parking - parkir
13. postmortem - pascanilai
14. refresh- perbaharui
15. resort - persantaian
16. road show -jerayawara
17. role model - suri teladan
18. run-jalan
19. save - simpan
20. selfie - swafoto
21. sign in – daftar masuk
22. upload - muat naik
23. back-up – salinan simpanan
24. restore – pulih kembali
KESALAHAN EJAAN YANG UMUM...!
KESALAHAN EJAAN IMBUHAN
1. 60an  > 60-an
2. anti dadah  > antidadah
3. juru cakap  > jurucakap
4. kebanyakkan  > kebanyakan
5. mempastikan  > memastikan
6. mempercepatkan  > mempercepat / mencepatkan
7. memperolehi  > memperoleh
8. menghadkan  > mengehadkan
9. mensasarkan  > menyasarkan
10. mententeramkan  > menenteramkan
11. menyintai  > mencintai
12. merbahaya  > berbahaya
13. perlantikan  > pelantikan
14. pra-sekolah  > prasekolah
KESALAHAN EJAAN KATA MAJMUK
1. campuraduk  > campur aduk
2. campurtangan  > campur tangan
3. hari bulan  > haribulan
4. ibupejabat  > ibu pejabat
5. janakuasa  > jana kuasa
6. jawatan kuasa  > jawatankuasa
7. kata-kata aluan  > kata alu-aluan
8. keretapi  > kereta api
9. kuatkuasa  > kuat kuasa
10. matapelajaran  > mata pelajaran
11. tanggung jawab  > tanggungjawab
12. ulangkaji  > ulang kaji
13. wawan cara  > wawancara
KESALAHAN EJAAN KATA PINJAMAN
1. dzuhur  > zuhur
2. hadith  > hadis
3. hajjah  > hajah
4. ibadah  > ibadat
5. kontingen  > kontinjen
6. lanskap  > landskap
7. maksima  > maksimum
8. masaalah  > masalah
9. minima  > minimum
10. pamiran  > pameran
11. pelakun  > pelakon
12. perabut  > perabot
13. ramadhan  > ramadan
14. redha  > reda
15. stesyen  > stesen
16. tips  > tip
KESALAHAN EJAAN KATA SENDI
1. ke60  > ke-60
2. ke -V  > ke V


KESALAHAN EJAAN GANTI NAMA
1. diri mu  > dirimu
2. kepada Mu Tuhan  > kepada-Mu Tuhan
3. ku ambil  > kuambil
Terdapat 13 kata hubung yang ditulis serangkai dengan 'pun' iaitu:-
1. adapun
2. andaipun
3. ataupun
4. bagaimanapun
5. biarpun
6. kalaupun
7. kendatipun
8. lagipun
9. mahupun
10. meskipun
11. sekalipun
12. sungguhpun
13. walaupun
 
maksud kata klasik :-
1. gempita - riuh, gempar.
2. genta - loceng besar.
3. hatta - lalu, maka.
4. indera - dewa kayangan.
5. jemala - kepala.
6. kasmaran - mabuk cinta, berahi.
7. kaus - kasut, sepatu.
8. kecindan - gurau senda, jenaka.
9. kencana - emas.
10. kesuma - bangsawan
11. laksa - sepuluh ribu.
12. manikam - batu permata
13. mastuli/mastul - kain sutera yang kasar dan kuat.
14. mayapada - dunia ini.
15. melela - menggerak-gerakkan tangan, memperagakan diri.
16. menderam-deram - bunyi yang kuat menggegar dan berulang-ulang.
17. mengembari - menandingi, melawan, menentang.
18. mengkar - berkembang.
19. mestika - tercantik.
20. mukah - berzina.
21. onar - huru-hara, jahat.
22. pacal - yang hina.
23. pacar - tikar yang berlapis-lapis.
24. pertala - lapis, tingkat.
25. pesara - pekan, pasar
26. puri - istana
27. sarwa - sekalian, seluruh.
28. sida-sida - pegawai-pegawai istana.
29. singgahsana - takhta, tempat raja bersemayam.
 
kata majmuk mantap dieja rapat atau bergabung, antaranya:-
1. antarabangsa
2. beritahu
3. bumiputera
4. jawatankuasa
5. kakitangan
6. kerjasama
7. matahari
8. olahraga
9. pesuruhjaya
10. setiausaha
11. sukarela
12. suruhanjaya
13. tandatangan
14. tanggungjawab
15. warganegara

kosa kata luas yang perlu digunakan ialah:-
1. agenda = acara / perkara
2. alternatif = pilihan
3. aplikasi = menggunakan
4. artistik = berseni
5. aspirasi = cita-cita
6. berkala = berjadual
7. drastik = keterlaluan
8. delegasi = wakil
9. definisi = maksud
10. emosional = penuh perasaan
11. fobia = terlalu takut
12. Fokus = tumpuan
13. gejala = masalah, kemelut
14. gizi = zat makanan
15. global = sejagat
16. ideal = sesuai
17. impak = kesan
18. inspirasi = ilham
19. intergrasi = penyatuan
20. izharnya = jelasnya
21. keluhuran = kemuliaan
22. kondusif = nyaman / sesuai
23. konflik = penentangan
24. konsisten = stabil, sejajar dengan yang dulu
25. konspirasi = berkomplot
26. kritikal = serius
27. kronik = teruk / berat
28. kronologi= ikut turutan
29. legal = sah
30. legenda=tinggalan sejarah
31. magis = keajaiban
32. medium = bidang / lapangan
33. negatif = buruk / tidak baik
34. paradigma = batasan pemikiran
35. piawai = yang ditetapkan
36. platform = asas / dasar
37. potensi = kemampuan
38. prakarsa = ikhtiar
39. progresif = sentiasa bergerak maju
40. relevan = sesuai
41. sarwajagat = seluruh dunia
42. signifikan = penting, bermakna
43. simpton = tanda / alamat
44. sinergi = usaha sama
45. sofistikated = rumit
46. toleransi = tolak ansur
47. transformasi = perubahan
48. trend = perkembangan semasa
49. unsur = perkara, elemen

Kenali dunia BAHASA

Perkataan Yunani-Latin-Inggeris
1. antiseptik
2. autonomi
3. fenotip
4. fitotoksin
5. fonemik
6. fotosintesis
7. heksagon
8. heterograf
9. hidrograf
10. hipersonik
11. homogamy
12. infrastruktur
13. intercom
14. intrajabatan
15. isobar
16. kilogram
17. leksikal
18. makromolekul
19. metabahasa
20. mikrobiologi
21. milibar
22. multisel
23. neolitik
24. oksiklorida
25. ortogenus
26. paleolitik
27. pentaklorida
28. perinatal
29. petrokimia
30. pleokroisma
31. poliklinik
32. potensi
33. praktis
34. probarat
35. sosialisme
36. subtopik
37. superlarut
38. suprasegmen
39. televisyen

Arab-Parsi
1. alamiah
2. biadab
3. bilazim
4. duniawi
5. hadirin
6. munafikat
7. qariah
Sanskrit
1. biduanita
2. cendekiawan
3. dwitahunan
4. ekabahasa
5. maha agung
6. maharani
7. pancaindera
8. prakata
9. seniman
10. seniwati
11. swadaya
12. tatatertib
13. tribulan
14. tunakarya

NOTA EKSKLUSIF NOVEL PANTAI KASIH & BIMASAKTI (teknik menjawab soalan)



NOTA EKSKLUSIF NOTA EKSKLUSIF NOVEL PANTAI KASIH & BIMASAKTI 
Huraikan nilai kerjasama yang terdapat dalam novel Pantai kasih dan Bimasakti menari
 
NILAI KERJASAMA
Novel yang saya kaji ialah  Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Antara nilai kerjasama yang terdapat dalam novel ini ialah kerjasama antara doktor bedah dan jururawat mengendalikan proses pembedahan di bilik bedah  Pusat Rawatan Pantai Kasih.  Nilai kerjasama  seterusnya  ialah Doktor Uwang dan doktor-doktor lain bekerjasama menghadapi penceroboh pusat rawatan yang menyamar sebagai doktor. Penceroboh itu berjaya diperdaya oleh Raiha dengan kerjasama  Ibu Unong Siron yang secara kebetulan mengenali pemuda berusia dua puluhan yang pernah menjadi bekas penuntut bidang perubatan .Kesimpulannya jelas terdapat nilai kerjasama dalam novel ini

manakala

Novel yang saya kaji ialah  Bimasakti Menari karya Sri Rahayu binti Mohd YusopAntara nilai kerjasama yang terdapat dalam novel ini ialah Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah bekerjasama bersatu hati dalam berjuang untuk melestarikan alam sekitar. Mereka sama-sama cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang.   Nilai kerjasama seterusnya ialah  Puan Wickham tetap memberi kerjasama mengambil berat tentang projek Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan anaknya Muhammad Taufik walaupun mereka jarang-jarang dan sukar untuk bertemuNilai kerjasama selanjutnya  ialah Budiman dan adiknya sama-sama prihatin bekerjasama mencari penyelesaian terhadap pencemaran cahaya yang berlaku di Kuala Selangor dan mereka  berazam untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada pencemaran akibat pembangunan yang tidak terancang. Kesimpulannya memang terdapat nilai kerjasama dalam novel ini

 
Bincangkan cabaran yang dihadapi oleh watak utama dalam novel Pantai kasih dan Bimasakti menari

Novel yang saya kaji ialah  Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat banyak cabaran dilalui oleh watak utama. Antara cabaran  yang dihadapi oleh watak utama  dalam novel ini ialah Raiha yang bersedia menempuh cabaran belajar sehingga menjadi seorang pakar bedah sama seperti ayahnya. Walaupun cita-citanya itu tidak direstui oleh ayahnya yang merupakan seorang pakar bedah, namun atas kesediaannya mengharungi pelbagai cabaran telah menjadikan dia seorang pakar bedah dan diterima berkhidmat di Pusat Rawatan Pantai Kasih.  Cabaran selanjutnya ialah Raiha dan pihak hospital menghadapi cabaran diceroboh oleh  penceroboh pusat rawatan yang menyamar sebagai doktor. Keadaan itu berlaku sebanyak dua kali dan berakhir apabila penceroboh itu berjaya diperdaya oleh Raiha dengan bantuan Ibu Unong Siron yang secara kebetulan mengenali pemuda berusia dua puluhan yang pernah menjadi bekas penuntut bidang perubatan. Kesimpulannya banyak cabaran dilalui oleh watak utama dalam novel ini
manakala
Novel yang saya kaji ialah  Bimasakti Menari karya Sri Rahayu binti Mohd Yusop. Terdapat banyak cabaran dilalui oleh watak utama.Antara cabaran  Nurul Hafsa ialah beliau melalui hari pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring dari  Jepun hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi cabaran di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut  yang sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebutCabaran watak utama selanjutnya ialah beliau cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang. Nurul Hafsa meredah cabaran  untuk  mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap usaha merealisasikan projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia Tenggara. Kesimpulannya banyak cabaran dilalui oleh watak utama dalam novel ini
soalan percubaan BM 2 Negeri Terengganu

Terdapat pelbagai peristiwa menarik  dipaparkan dalam sesebuah novel. Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa paling menarik yang terdapat dalam setiap novel tersebut dan kemudian jelaskan sebab anda berpendapat demikian. l8 ml  

Novel yang saya kaji ialah Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Peristiwa menarik dan sebab dikatakan menarik dalam Novel Pantai Kasih, ialah Peristiwa Doktor Raiha mempertikaikan sebab Unong Siron mengalami komplikasi selepas  setiap kali pembedahan dilakukan terhadapnya sehingga Doktor Uwang yang melakukan pembedahan tersebut berasa tercabar. Peristiwa ini dianggap menarik kerana seorang murid berani mempertikaikan kewibawaan mentornya. Pembaca ingin tahu punca Unong Siron mengalami komplikasi yang sama walaupun telah menjalani pembedahan di tempat yang sama sebanyak lima kali olen Doktor Uwang, seorang pakar bedah terkenal.  Peristiwa menarik seterusnya ialah, Peristiwa  ketika Doktor Raiha melarikan anaknya Rahayu sehari sebelum anak itu ingin dihantar ke pusat rawatan pemulihan untuk anak-anak sindrom down oleh suaminya. Peristiwa ini dianggap menarik kerana memperlihatkan perasaan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Doktor Raiha tetap ingin menjaga anaknya itu walaupun anaknya  cacat kerana menghidap sindrom down. Kesimpulannya, peristiwa ini memang menarik bagi saya
Manakala
Novel  yang saya kaji ialah Bimasakti Menari karya Sri Rahayu binti Mohd Yusop. Peristiwa menarik dan sebab dikatakan menarik dalam Novel Bimasakti Menari ialah peristiwa Nurul Hafsa berjanji akan memulihkan kembali Kuala Selangor sebagai tempat pencerap bintang, amatur dan profesional walaupun Puan Wickharn rnengatakan janji  tersebut amat  sukar  dikotakan. Peristiwa ini menarik kerana  memperlihatkan keazaman dan keyakinan seorang pekerja terhadap tugasnya-. Pembaca jadi  ingin tahu cara Nurul Hafsa berusaha memulihkan kembali  Kuala Selangor sebagai  pusat pencerapan bintang amatur dan profesional.  Peristiwa menarik yang seterusnya ialah  Peristiwa Muhammad Taufik bersetuju  mengikut arahan penculik supaya pergi ke stesen PETRONAS pada pukul 8.30 pagi, hari Jumaat.  Peristiwa ini  saya anggap menarik kerana memperlihatkan sikap bertanggungjawab dan prihatin seorang rakan terhadap rakannya yang dalam kesusahan. Sebagai seorang rakan, Muhammad Taufik rela berkorban nyawa demi menyelamatkan rakannya, Nurul Hafsa yang sedang dijadikan tebusan oleh penculik. Pembaca juga ingin tahu nasib yang akan menimpa Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa kesan daripada peristiwa itu. Kesimpulannya, peristiwa ini memang menarik bagi saya
 


Soalan 4: Novel - Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel  yang berikut
(i) Pantai Kasih karya Azmah Nordin  
{ii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu binti Mohd Yusop
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam novel tersebut. (7 m]

Novel yang saya kaji ialah Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam  Novel Pantai Kasih  ialah  nilai tanggungiawab, contohnya  Doktor Raiha berusaha untuk  memastikan setiap operasi pembedahan yang dilakukannya akan memuaskan hati semua pihak yang terlibat.  Doktor Raiha jua memeriksa Unong Siron setelah menjalani pembedahan bagi memastikan tahap kesihatan gadis itu memuaskan. Nilai kemasyarakatan yang seterusnya ialah nilai keprihatinan contohnya,Doktor Raiha prihatin terhadap nasib yang menimpa Unong Siron. Baginya pembedahan sebanyak enam kali tidak sepatutnya berlaku apatah lagi doktor yang melakukan pembedahan tersebut adalah doktor pakar yang bukan calang-calang. Contoh selanjutnya Doktor Raiha menumpangkan Felicia Landosi ketika Felicia masih belum memiliki kenderaan sendiri. Kesimpulannya memang terdapat banyak nilai kemasyarakatan dalam novel ini
Manakala
Novel  yang saya kaji ialah Bimasakti Menari karya Sri Rahayu binti Mohd Yusop nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam novel Bimasakti Menari ialah  nilai tanggungjawab , contohnya Budiman sentiasa menyokong usaha adiknya, Nurul Hafsa mengatasi pencemaran cahaya di Kuala Selangor dan sentiasa menemani Nurul Hafsa mencerap kehadiran kelip-kelip bersama-sama Muhammad Taufik di Kampung Kuantan. Nilai kemasyarakatan yang seterusnya ialah nilai kasih-sayang  atau penyayang contohnya, Nurul Hafsa bimbang akan keselamatan Muhammad Taufik dan sentiasa mengikuti perkembangan kesihatannya. Muhammad Taufik sayang akan Nurul Hafsa dan ingin menyuntingnya sebagai isteri. Kesimpulannya memang terdapat banyak nilai kemasyarakatan dalam novel ini.
 
Soalan Novel BM kertas 2 percubaan SPM negeri Terengganu 
4(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua latar masyarakat penyayang yang terdapat dalam novel tersebut. [ 7 markah ]

(a) Novel yang saya kaji ialah  Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Latar masyarakat penyayang yang terdapat dalam novel ini ialah masyarakat yang sayang akan anak / ahli keluarga ( Masyarakat yang menyayangi anak / ahli keluarga ) contohnya, Doktor Raiha membesarkan Rohayu dengan penuh kasih sayang dan melarikan diri bersama anaknya, Rohayu kerana tidak sanggup berpisah dengan anaknya itu yang akan dihantar ke Pusat Rawatan untuk kanak-kanak sindrom Down.contohnya lagi, Ibu Unong Siron menghantar anaknya ke PRPK supaya dia mendapat rawatan yang terbaik dan sentiasa berada di sisi Unong Siron sepanjang mendapat rawatan di situ. Contoh seterusnya Ayah Doktor Raiha menasihatinya agar tidak berkahwin dengan Doktor Sadiz yang sombong dan lebih tua daripadanya kerana yakin perkahwinan tersebut tidak akan membawa kebahagiaan.Seterusnya terdapat Masyarakat yang sayang akan rakan contohnya Doktor Raiha sering menegur dan memberi nasihat kepada Felicia Landosi menghadapi masalah peribadi dan kemurungan. Doktor Raiha juga memaafkan kesalahan Felicia yang terlibat secara tidak langsung dalam tragedi yang menjadi punca kematian Ayu apabila Felicia telah sedar daninsaf akan kesilapan yang dilakukannya. contoh selanjutnya,  Doktor Raiha menumpangkan Felicia Landosi ketika Felicia masih belum memiliki kenderaan sendiri dan sedia memaafkan kesalahan Felicia yang terlibat dalam tragedi kematian Ayu.. Kesimpulannya terdapat  banyak latar masyarakat penyayang dalam novel ini

Novel Bimasakti Menari
Novel yang saya kaji ialah Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop. Latar masyarakat penyayang yang terdapat dalam novel tersebut ialah Masyarakat yang sayang akan ibu bapa ( Masyarakat yang menyayangi ibu bapa )  contohnya Muhammad Taufik mempelawa ibunya, Maryam Wickham Abdulah tidur di rumahnya ketika ibunya datang ke Malaysia kerana sudah lama mereka tidak bersua. Muhammad Taufik juga berusaha menyatukan ibu bapanya semula.  Seterusnya, Nurul Hafsa akan membina stor untuk ayahnya apabila mendapat gaji pertama supaya peralatan berkebun ayahnya tidak dicuri orang.Di samping itu terdapat  Masyarakat yang sayang akan  rakan Muhammad Taufik sayang akan Nurul Hafsa dan ingin menyuntingnya sebagai isteri. · contohnya, Nurul Hafsa bimbang akan keselamatan Muhammad Taufik yang dipukul dan diculik oleh penjenayah upahan Dato’ Johann Arlington-Majid dan sentiasa mengikuti perkembangan kesihatannya. Seterusnya terdapat  Masyarakat yang sayang akan adik-beradik / ahli keluarga Budiman juga menemani Nurul Hafsa mengambil data populasi kelip-kelip sehingga pukul 10.00 di kawasan jeti milik Muhammad Taufik. Budiman mengambil tindakan tersebut kerana sayang akan adiknya, Nurul Hafsa.· contohnya Budiman sentiasa menemani adiknya, Nurul Hafsa ketika adiknya mengadakan perbincangan dengan Muhammad Taufik tentang projek Kawasan Simpanan Langit Gelap Kuala Selangor di Bilik Tutorial Perpustakaan Awam Sultan Sharafuddin,.

Selanjutnya terdapat . Masyarakat yang sayang akan anak-anak contohnya Puan Wickham memberitahu Muhammad Taufik bahawa dia amat menyayangi dan merindui anaknya itu ketika mereka berjumpa di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Beliau menerima pelawaan Muhammad Taufik agar bermalam di rumahnya dan sempat memasak makanan tengah hari untuk anaknya itu Contohnya lagi,Tan Sri Muhaimin sentiasa memenuhi kehendak dan keperluan anak tunggalnya, Muhammad Taufik. Beliau menyokong usaha Muhammad Taufik mengekalkan populasi kelip-kelip dan membina rumah prototaip mesra alam, iaitu Ikhtiar Teknoalam. Contoh seterusnya ialah, Haji Yassir memenuhi permintaan Nurul Hafsa yang meminta menemaninya pergi ke jeti bagi menaiki bot menyusuri sungai untuk melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan.Kesimpulannya terdapat  banyak latar masyarakat penyayang dalam novel ini

 
4(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang mencetuskan saspens kepada anda dalam setiap novel tersebut dan nyatakan alasan anda. [ 8 markah ]

Novel  yang saya kaji ialah Pantai Kasih karya  Azmah Nordin. Terdapat banyak peristiwa saspens dalam novel ini, Antara peristiwa yang mencetuskan saspens dalam novel  ini ialah peristiwa  Saya tertanya-tanya tentang punca kematian sebenar anak Doktor Raiha, iaitu Rohayu binti Sadiz. Saya ingin tahu orang yang menjadi punca utama dalam kejadian yang mengorbankan anak kesayangan Doktor Raiha.·Doktor Raiha sering mendengar bisikan dan suara-suara aneh yang menghantuinya siang dan malam selepas kejadian tragis kematian Rohayu, anak tunggal kesayangannya.
Peristiwa saspens seterusnya ialah apabila    Saya tertanya-tanya perbuatan yang telah Doktor Sadiz lakukan terhadap Doktor Raiha apabila Doktor Raiha akhirnya mengerti sebab bapanya menghalang perkahwinannya dengan Doktor Sadiz dahulu.·Ayah Doktor Raiha bersungguh-sungguh membantah hasrat Doktor Raiha ingin menjadi pakar bedah dan berkahwin dengan Doktor Sadiz.
Peristiwa saspens yang lain ialah   Saya berasa saspens tentang nasib Felicia memandangkan pada masa itu dia juga berada dalam keadaan khayal akibat minum ubat batuk berlebihan. ·ketika Felicia ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih sehingga mencetuskan rasa panik dalam kalangan kakitangan pusat rawatan tersebut. Kesimpulannya memang terdapat peristiwa saspens dalam novel ini

Manakala 

Novel yang saya kaji ialah,  Bimasakti MenariTerdapat banyak peristiwa saspens dalam novel ini,  Antara peristiwa yang mencetuskan saspens dalam novel  ini ialah peristiwa  ·pengemudi bot sukar memenuhi permintaan Nurul Hafsa yang gagal melihat kerlipan kelip-kelip secara sinkronasi agar mereka menyusur cabang sungai dan mendekati mulut anak sungai yang gelap milik individu serta menjadi kawasan larangan.   Saya tertanya-tanya tentang rahsia di sebalik mulut anak sungai yang gelap dan penuh misteri itu.
Peristiwa saspens selanjutnya ialah   Saya tertanya-tanya perkara yang dibincangkan oleh mereka sehingga mereka bercakap perlahan.·ketika Nurul Hafsa melihat ayahnya bercakap perlahan dengan Tan Sri Muhaimin di satu sudut seperti membincangkan perkara yang amat sulit.
Di samping itu terdapatSaya tertanya-tanya perkara yang mungkin akan terjadi kepada mereka.  · Peristiwa saspens, Budiman dipukul hingga tergelimpang ke tanah dan Nurul Hafsa dilarikan oleh tiga orang lelaki dengan kepalanya disarung kain gelap ketika mereka membuat pencerapan kelip-kelip di jeti Kampung Kuantan.Kesimpulannya memang terdapat peristiwa saspens dalam novel ini



ANALISIS MENGIKUT FOKUS SOALAN  2016 -2107 (JUN & NOV) & 2018(JUN) Untuk penilaian semua guru BM & semua calon BM SPM 2018

Jun 2016
(a) Dalam setiap novel terdapat peristiwa yang menyentuh perasaan pembaca. Berdasarkan dua peristiwa dalam sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan sebab peristiwa-peristiwa itu menyentuh perasaan anda. (7m)
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, jelaskan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam watak sampingan bagi setiap novel. (8m)
Nov. 2016
(a) Salah satu nilai yang terdapat dalam novel yang anda kaji ialah nilai tanggungjawab. Jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan nilai tanggungjawab dalam sebuah novel yang anda pelajari. (7m)
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu latar masabagi setiap novel tersebut. (8m)
Jun 2017
(a) Tulis sinopsis sebuah novel yang telah anda pelajari (7m)
(b) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua cabaran yang dihadapi oleh watak yang telah ditetapkan (watak utama). (8m)
Nov. 2017
(a) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari. (7m)
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap novel yang pada pendapat anda dapat menimbulkan perasaan simpati pennbaca.(8m)
Jun 2018
(a) Jelaskan dua contoh peristiwa persoalan yang menunjukkan nilai ketabahan  yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari. (7m)


(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa bagi setiap novel yang pada pendapat anda dapat dijadikan panduan hidup.(8m)                                                                                                         









Jangan Tiru