Bahasa Melayu eksklusif untuk calon SPM

Rabu, 6 November 2019

Aku ayam, dikatakan binatang yang paling miskin. ENJOY READING....!


Aku ayam, dikatakan binatang yang paling miskin

​Kalau nak tahu, binatang yang paling miskin ialah ayam. Tulisan ni pun aku dah tak berapa nampak sebab aku ni RABUN AYAM. Kasihan....kan?! deritanya hidup ayam, KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG. Hati sedih sampai tulisan pun CAKAR-CAKAR AYAM. Tidur pun jadi tak lena, cuma TIDUR-TIDUR AYAM, mengenangkan kemiskinan diri yang masih BERKAKI AYAM tak ada duit nak beli kasut.  BERTELUR PUN CUMA SEBIJI, DAH RIUH SEKAMPUNG. Puncanya sebab buat Kerja HANGAT-HANGAT TAHI AYAM. Jual barang tak bermutu orang kata barang tu CAP AYAM. Termenung sedih jadi AYAM BERAK KAPUR apabila teringatkan peristiwa  kalau lelaki bawa perempuan dikata BAPA AYAM. Si ibu jaga perempuan dikatakan IBU AYAM. Hari ini  makan Telur AYAM goreng dikatakan MATA KERBAU. Kerbau dapat nama. Malang sungguh nasib ku sebagai seekor AYAM. Nasib kau lah wahai ayam........!.
Berasa nak lari dari rumah jah, sebab aku tak mahu jadi AYAM TAMBATAN, hajatnya aku nak lari!, terutama musim ini, tapi jangan cuba nak tangkap aku, nanti AYAM TERLEPAS TANGAN BAU TAHI . Aku sering disindir, AYAM DI KEPUK MATI KELAPARAN,  ITIK DI AIR MATI KEHAUSAN. Walau sering disindir kerana miskin, aku dan  kawan aku itik buat tak tahu, AYAM TAK PATUK,  ITIK TAK SUDU. Dan semasa berjauhan dengan keluarga aku jadi seperti AYAM KEHILANGAN IBU.
Haih.... mengelamun pulak aku ni.... tuh... tu dengar tu...... AYAM BERKOKOK TANDA HARI NAK SIANG.... tidak ada apa-apa nak dimakan pada pagi ini kerana AYAM SUDAH DI SAMBAR HELANG.  Kasihan.......kasihan......! Aku duduk diam-diam sahaja dalam rumah sambil berilusi  sepanjang musim PKP covid 19



 


Tiada ulasan:

Catat Komen

Jangan Tiru