Bahasa Melayu eksklusif untuk calon SPM

Sabtu, 21 September 2019

NOVEL PANTAI KASIH KOMSAS TINGKATAN 4


NOVEL PANTAI KASIH KOMSAS TINGKATAN 4
Image result for Pantai kasih nota lengkap
SINOPSIS 


Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas   menghadapi kegagalan dalam perkahwinannya,   dia   akhirnya   menerima   pelawaan    mentornya,   Doktor   Uwang   agar menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.
        Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut,   fikiran Raiha sering terganggu tentang komplikasi pesakit namun mereka  masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu.   Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa.   Kian terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit.  Dari mata kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena padaX-Ray itu. Ini membuatkan Raiha  tambah  tertekan.
        Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-lahan mengingatkan   dia   pada   kisah   silamnya   yang   amat   mengerikan   dan   menyayat   hati.  Bagaimanapun,   oleh  semangatnya   yang   kuat,   dia   teruskan   juga   perjuangan   dalam   bidangperubatan.
      Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang,  ternyatamentornya   itu   agak   tidak   senang.   Padahal   sebelum   itu,   Doktor   Uwang   adalah   guru demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun pembedahan.   Ketika itu,  dia menjadi  siswi tahun  pertama   dalam   spesifikasi  ortopedik,  di institusi tinggi  tempatan   dahulu.   Selang beberapa tahun kemudian,  apabila   dia  memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan,   pernah beberapa kali membantu Doktor Uwangdalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan
sebagainya.  Malah, hatinya perrnah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya.   Biar apa pun, ketika itu,   selain daripada sebagai mentor, Doktor. Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.
       Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor. Uwang  dan ditugaskan untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi berulang- kali,  pandangannya terhadap doktor itu mula berubah.  Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya. Dan peristiwa  aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalanyang berhampiran dengan pusat rawatan itu. Biar apa pun perasaannya,  sebagai seorang doktor yang profesional,  Raiha tentang menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas oleh doktor itusendiri.  Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana.
TEMA
Ketabahan seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan dalam hidupnya.
· Tabah menghadapi kematian anak peremuannya
o Raiha   tabah   menghadapi   kematian   anak   perempuannya.   Anak   perempuan tunggalnya itu adalah seorang anak istimewa, berkromosom lebih iaitu ‘downsinDoktorom’. Sejak mengetahui keadaan anaknya dalam kandungan, suaminya meminta agar kandungan itu digugurkan, namun Raiha tetap mahu melahirkan anak tersebut walaupun mendapat tentangan daripada suaminya. Selain diminta agar anak tersebut dihantar ke asrama yang mengasuh anak istimewa seperti Rohayu   atau   Ayu   itu,   namun   Raiha   bertegas   untuk   memelihara   sendiri   dan menghabiskan   masa   dengan   anaknya   itu   menyebabkan   Doktor   Sadiz   berada kecewa kerana isterinya itu melebihkan anaknya daripada dia. Kedegilan Raiha menyebabkan suaminya berasa marah dan membakar kereta mewah yang dibawa oleh Raiha untuk melarikan diri. Tiba-tiba kanak-kanak istimewa itu berada di tempat kejadian dan tidak semena-mena tersambar api kereta yang sedang marak itu sehingga rentung. Kematian anaknya itu amat menyiksakan jiwa Raiha yang tetap menyalahkan bahawa Doktor Sadizlah dengan sengaja membakar anaknya
itu.
PERSOALAN
· Persoalan tentang kepentingan diri melebihi kepentingan masyarakat.
 Sikap lebih mementingkan keuntungan syarikat digambarkan melalui watak Doktor Uwang yang tidak menghiraukan kesusahan pesakitnya Unong asalkan berkemampuan mendapatkan rawatan. Doktor Uwang juga sanggup menghantar anak perempuan tunggalnya duduk di sekolah berasrama seawal usia 7 tahun semata-mata untuk tidak menggangu rutin dan statusnya. Apatah lagi anak itu adalah hasil keterlanjurannya sedangkan dia memang tidak menginginkan anak apabila berumah tangga.
· Persoalan tentang sikap berfoya-foya di luar walaupun sudah berumah tangga.
Sikap   Doktor   Uwang   yang   masih   berfoya-foya   walaupun   sudah   berumah   tangga menggambarkan bahawa dia seorang yang suka  bebas dan  tidak mahu  dikongkong. Walaupun sudah berumah tangga tetapi beliau tetap mengunjungi kelab-kelab malam dan minum arak bersama-sama gadis pelayan dan kemudiannya berakhir ke ranjang. Namunsikapnya yang memastikan kebersihan setiap ‘isteri tidak sah’ menjadikan dia seorangyang pemilih.
· Persoalan   tentang   tanggungjawab   yang   harus   dipikul.
Raiha   bersetuju   untuk melakukan pembedahan ke atas Unong walaupun dia berasa bahawa Dokor Uwanglah
yang selayaknya melakukan pembedahan tersebut. Raiha juga berasa bahawa menjadi tanggungjawabnya melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang yang cedera akibat kemalangan   merempuh   tempoh   Pusat   Rawatan   Pantai   Kasih.   Dia   terpanggil   untuk melakukannya demi menyelamatkan nyawa doktor tersebut.
· Persoalan tentang sikap berani mengaku kesalahan.
 Felecia mengaku kesalahannya Walaupun pada peringkat awal Felecia berasa sangat marah dengan emak Unong yang menuduhnya bersubahat menipu namun akhirnya Felecia mengakui kesalahannya itu di hadapan Raiha. Felicia juga mengakui bahawa dia tahu kejadian sebenar peristiwa yangmeragut nyawa anak peremuan Raiha. Dia meminta maaf kerana merahsiakannya kerana takut.
· Persoalan tentang reda dengan ketentuan tuhan.
Walaupun Raiha sudah mengetahuipunca kematian anaknya disebabkan sikap amarah bekas suaminya Doktor Sadiz yangmembakar kereta Porsche tanpa menyedari kehadiran anaknya di situ namun Raiha reda dengan kejadian tersebut dan menganggap semua yang berlaku sebagai ketentuan tuhan dan   mereka   adalah   mangsa   keadaan.   Dia   tidak   menyalah   sesiapa   termasuk   Felicia sebaliknya  reda menerima berita tersebut.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Raiha
· Seorang doktor  di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) yang baharu berkhidmat selama6 bulan
· Doktor pakar bedah
· Anak kepada doktor pakar bedah
· Pernah  berkahwin   dengan   Doktor  Sadiz   selama   10  tahun.  Beliau  merupakah   Pakar Perunding Pembedahan.
· Ibunya meninggal dunia sewaktu melahirkannya
· Seorang yang tegas dengan pilihan hati dan pendirian
· Seorang yang dicengkam kenangan lalu dan berasa curiga dengan kemampuan  diri sendiri.
· Sentiasa   terkenang   peristiwa   malang   yang   mengikabatkan   kematian   anak kesayangannya.
· Mempunyai prinsip memuaskan hati semua pihak, sebaik mungkin, seboleh mungkin.
· Pernah membedah banyak orang kenamaan dan orang biasa
· Neneknya berketurunan Idaan yang mempunyai kepercayaan bahawa nenek moyang mereka berasal daripada Nunuk Ragang.
Watak Sampingan
Doktor Uwang
· Doktor Pakar Bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih
· Pernah menjadi guru demonstrator dalam bidang  surgery
· Guru yang pernah mengajar raiha unsur-unsur
· Doktor yang kerap member ceramah-ceramah perubatan
· Pernah berkhidmat di hospital kerajaan di Kota Kinabalu
· Berwajah kacak dan segak
· Berusia pertengahan empat puluhan
· Bertubuh sederhana
· Dikenali sebagai ahli bongkar pasang
· Badannya tegap dan berotot-otot bah pahlawan dalam dongengan silam.
· Wajahnya memiliki tulang pipi yang tirus dan kukuh
Unong Siron
· Bekas Pesakit Doktor Uwang
· Berasal dari keluarga berpendapatan sederhana atau lebih ke bawah namun mampu untuk
bertugkus lumus menabung wang untuk mendapatkan rawatan operasi di PRPK.
· Kurus cengkung dan pucat
· Gadis remaja yang lincah suatu masa dahulu
· Mempunyai masa depan yang cerah
· Baharu sahaja meraih gelaran sarjana dengan bantuan biasiswa kerajaan pusat
· Dijangkakan melanjutkan pelajaran pengajian luar Negara
Doktor Sadiz
· Adik kepada Datu Ontong iaitu pak cik kepada Doktor Uwang
· Duda beranak dua kelihatan seorang yang gentleman
· Pakar Perunding Pembedahan
· Pakar Bedah Otak
· Lelaki angkuh yang dilabelkan oleh ayah Raiha
· Mati akibat merempuh belakang lori tangki minyak petrol selepas gembira pulang dari Mahkamah Keluarga kerana menang perbicaraan.
· Orang yang membakar kereta mewah posche miliknya akibat rasa marah kerana isterinya Raiha   membawa   lari   anak   perempuan   dan   kereta   mewahnya,   tanpa   disedari   anak perempuannya itu ada di tempat kejadian tersebut lalu disambar oleh minyak petrol dan rentung.
· Orang yang meminta agar Raiha menggugurkan kandungannya kerana sudah diketahui kelebihan kandungan kromosom bayi tersebut.
Ayah Raiha
· Doktor Pakar Bedah di hospital kerajaan
· Seorang yang optimistic
· Seorang   yang   tegas   terhadap   anak-anaknya   termasuk   keputusan   Raiha   mengahwini
Doktor Sadiz yang dianggap sebagai lelaki angkuh yang lebih tua daripadanya.
· Sudah meninggal dunia
· Mempunyai tiga orang anak iaitu Raiha dan dua orang anak lelaki dengan isteri baharu.
· Anak-anak lelakinya seorang hakim dan pengarah urusan di sebuah jabatan kerajaan.
· Tidak menggalakkan Raiha menjadi pakar bedah kerana baginya bidang itu tidak sesuai,
tidak berfaedah sama sekali kepada hidupnya dalam jangka masa panjang.
· Isterinya yang terdahulu adalah seorang jururawat.
Sister Felicia Landosi
· Jururawat kanak yang bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
· Pernah bertugas sebagai jururawat di Hospital Kinabalu bersama-sama Raiha dan Doktor  Sadiz
· Anak luar nikah hasil keterlanjuran ibunya yang liar sewaktu mudanya.
· Menyimpan rahsia kematian anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz kerana ketakutan. Kematian yang disebabkan anak perempuan Raiha disambar api yang sedang marak akibat kereta yang disimbah dengan petrol oleh Doktor Sadiz.
· Berkonflik dengan Raiha walaupun pernah belajar di sekolah rendah yang sama danberkhidmat di hospital yang sama.
· Sakit hati dengan Raiha kerana dimarahi akibat bersikap keterlauan teradap ibu Unong Siron   yang   menuduhnya   sebagai   punca   anaknya   terus-terusan   membuat   rawatan walaupun sudah lima kali menjalani pembedahan
LATAR
Latar Tempat
1. Latar Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Pusat rawatan mewah milik keluarga Doktor Uwang
o Tempat Rahia bertugas sebagai pakar  bedah.
o Tempat Unong Siron mendapat rawatan pembedahan tulang pinggulnya selama enam kali pembedahan
o Tempat   Doktor   Uwang   mengalami   kekejangan   otot   kaki   dan   kemalangan sehingga terpaksa pembedahan dilakukan ke atasnya.
o Pusat rawatan bagi pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana atau menengah bawah mendapatkan rawatan.
o Tempat   Sister   Felicia   bekerja   dan   ditahan   oleh   penceroboh   yang   menyamar sebagai doktor.
1. Apartment Raiha
o Tempat tinggal Raiha selepas peristiwa hitam kematian anaknya dan dibiarkan hidupnya tergantung-gantung oleh Doktor Sadiz.
o Tempat Raiha melepaskan penat lelah selepas seharian bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Tempat   Raiha   memendam   rasa   dan   menyendiri   serta   merasai   kesukaran menghadapi peristiwa hitam yang dialami beberapa tahun lalu.
1. Rumah Tumpangan
o Tempat Raiha dan anaknya bermalam selepas Raiha membawa anaknya keluar dari rumah agam milik Doktor Sadiz
o Tidak jauh dari rumah inilah anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz renting akibat kereta mewah Porsche milik mereka terbakar, kebetulan anak perempuan mereka berada di situ pada waktu itu.
1. Rumah Doktor Uwang
o Tempat tinggal Doktor Uwang dan keluarganya
o Tempat   berlangsungnya   sambutan   ketibaan   tahun   baru,   sehingga   memaksa Doktor Uwang menghantar Sister Felicia dan Doktor Sadiz pulang.
o Tempat isterinya yang jelita mengurut kakinya di hadapan TV.
o Tempat perbicaran kes perceraian Raiha dan juga Doktor Sadiz selepas peristiwa kematian anak perempuan mereka akibat rentung.
1. Wad Super VVIP
o Salah satu bilik rawatan kelas mewah yang ada di Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Hampir menyerupai bilik hotel bertaraf lima bintang
o Dihuni oleh pesakit elit bergelar datin
o Datin sedang mendapatkan rawatan D& C di pusat rawatan itu.
1. Daerah Inanam
o Tempat Raiha dan Felicia sama-sama belajar di sekolah rendah
o Tempat tinggal Felicia di muara sungai di daerah Inanam ini
1. Hospital Kinabalu
o Tempat Raiha baharu bertugas di situ.
o Sempat bertugas beberapa tahun di situ
o Tempat Sister Felicia berkhidmat sebagai jururawat
LATAR MASA
1. Malam Hari
o Kemalangan Doktor Uwang
§ Doktor   Uwang   menerima   panggilan   paslu   yang   menyatakan   bahawa berlakunya kecemasan di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
§ Sewaktu membelok ke kawasan pusat rawatan, lutut kakinya kejang dan pergelangan   tangannya   juga   kebas   menyebabkan   dia   terbabas   danmelanggar tembok di pusat rawatan tersebut.
§ Kemalangan tersebut telah menyebabkan Raiha melakukan pembedahan ke   atas   Doktor   Uwang   menggunakan   kelengkapan   hospital   milik keluarganya yang biasa digunakan untuk membuat pembedahan terhadap pesakit gologan menengah dan sederhana.
· Pencerobohan Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Seorang lelaki telah menceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih dan telah menahan Sister Felicia yang dalam keadaan mamai di Farmasi pusat rawatan tersebut.
o Lelaki   tersebut   akhirnya   telah   dapat   dikawal   apabila   emak   Unong   Siron membantu   secara   psikologi   yang   menyatakan   bahawa   anaknya   Unong memerlukan   bantuannya   sebagai   doktor.   Walau   bagaimanapun   Unong   sudah dipindahkan ke hospital lain dan meminta dia ke hospital tersebut. Degan helah
tersebut, lelaki itu dapat diperdaya.
· Kemalangan yang Meragut Nyawa Anak Perempuan Raiha dan Doktor Sadiz
o Anak perempuan hasil perkahwinan Raiha dan Doktor Sadiz rentung selepas dia disambar api yang sedang marak membakar kereta mewah milik Doktor Sadiz.
o Pada   malam   tersebut   Doktor   Sadiz   dihantar   pulang   oleh   Doktor   Uwang   ke rumahnya dan turut ditemani oleh Sister  Felicia, namun setibanya di rumah didapati Raiha sudah membawa anak perempuannya itu lari. Doktor Sadiz dengan rasa marah meminta Felicia membeli minyak petrol dan dia menyimbah minyak
petrol tersebut ke kereta mewah miliknya kerana berasa marah dengan tindakan Raiha. Tanpa disedari anak perempuannya itu ada di situ pada waktu itu dan disambar   api   yang   sedang   marah   membakar   kereta   mewahnya   itu   sehingga meragut nyata anak perempuannnya itu.
· Kunjungan Raiha ke Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Raiha berkunjung ke Pusat Rawatan Pantai Kasih apabila mendapat panggilan  kecemasan.   Walau   bagaimanapun   sebenarnya   itu   hanyalah   panggilan   palsu. Namun, Raiha mengambil peluang itu untuk menziarahi Unong yang  baharu sahaja dibedah buat kali keenam dan melihat keadaannya pada waktu.
o Pada   waktu   yang   sama   juga,   Doktor   Uwang   terlibat   kemalangan   sehingga menyebabkan   Raiha   membuat   keputusan   untuk   melakukan   pembedahan   ke atasnya.
1. Waktu Senja
o Pembedahan keenam
§ Pembedahan keenam yang dilakukan ke atas Unong Siron berlangsung pada waktu senja. Pembedahan itu telah Berjaya dilakukan oleh Raiha selepas diminta oleh  Doktor Uwang. Walaupun Raiha mempersoalkan peranannya,  namun   dia   mengambil   alih   pembedahan   tersebut   dengan penuh   tanggungjawab   dan   mengharapkan   agar   pembedahan   tersebut adalah pembedahan terakhir untuk gadis lincah Unong Siron.
Latar Masyarakat
1. Latar masyarakat yang mementingkan keuntungan
o Doktor Uwang memikirkan keuntungan yang berlipat ganda selepas mengambil alih   Pusat   Rawatan   Pantai   Kasih   daripada   ayahnya   Datu  Untong.   Dia  tidak menghiraukan sama ada pesakit yang mendapatkan rawatan di pusat rawatannyaitu mampu atau tidak asalkan dia mendapat keuntungan dengan meletakkan harga
yang dirasakan munasabah untuknya.
1. Latar masyarakat yang takut berterus terang
o Sister Felicia Londusai tidak berterus terang dengan Raiha tentang kemalangan yang berlaku sehingga meragut nyawa anak perempuan Raiha kerana takut. Felcia tahu   bahawa  Doktor   Sadiz  yang   menyiram   minyak   petrol   ke   kereta   mewah Porsche miliknya akibat rasa marah yang membawa terhadap Raiha.
1. Latar masyarakat yang ego
o Doktor Sadiz menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuan mereka. Daktor Sadiz menganggap Raiha bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian tersebut sedangkan   kemalangan   tersebut   adalah   disebabkan   sifat   marahnya   yang membakar   kereta   mewah   miliknya   sendiri   dengan   menyiram   minyak   petrol
sehingga   menyebabkan   anak   perempuan   mereka   yang   kebetulan   ada   di situ disambar api tersebut.
1. Latar masyarakat yang mempunyai matlamat tinggi
o Walaupun sudah dinasihati oleh ayahnya, Raiha masih berdegil untuk belajar sehingga menjadi doktor pakar seperti ayahnya itu. Menurut ayahnya, jawatan tersebut tidak sesuai dengan kemampuan seorang wanita, namun berkat usaha dan matlamat yang ada pada Raiha, dia mampu   menjadi pakar pembedahan yang ternama di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
1. Latar masyarakat yang berusaha di luar kemampuan
o Emak Unong Siron berusaha untuk membayar kos rawatan anaknya walaupun anaknya   itu   terpaksa   menjalani   pembedahan   sebanyak   lima   kali   sedangkan mereka adalah daripada kalangan orang kelas menengah bawah sahaja.
1. Latar masyarakat yang hidup dengan pergaulan bebas
o Emak Sister Felicia keterlanjuran sehingga mengandungkan anak luar nikah hasil pergaulan bebas sewaktu mudanya.
o Doktor Uwang juga mempunyai anak luar nikah yang cacat dan kelainan upaya sehingga menyebabkan dia berasa malu dan menghantar anaknya itu di asrama.
1. Latar masyarakat yang Berjaya dalam kerjaya
o Doktor Uwang adalah seorang yang Berjaya dalam kerjaya. Kejayaannya bermula apabila   ayahnya   Datu   Untong   menyerahkan   Pusat   Rawatan   Pantai   Kasih kepadanya.
o Beberapa  perubahan  sudah dilakukan oleh  Doktor  Uwang sehinggakan  Pusat Rawatan   Pantai   Kasih   dahulunya   terdiri   daripada   tiga   orang   doktor   tetapi sekarang sudah memiliki deretan doktor dan barisan jururawat dan staf yang terlatih.
GAYA BAHASA
1. Peribahasa
o Similie
§ Berotot-otot sasa bak pahlawan dalam dongengan silam,
1. Penggunaan Diksi
o Kata-kata istilah sains perubatan § Kata   istilah   sains   perubatan   banyak   digunakan   oleh   penulis.   Penulis
menggunakan ilmu bantu bagi memberikan gambaran yang jelas tentang bidang perubatan.  Antaranya
§ X-Ray, Clinical year, surgery, annesthetic, Super VIP, diagnostic, roentgen,  CT-Scanning,   ultra   sonotopografi   (SUG),  mamografi, angiografi, hemodialisis
· Perkataan masyarakat setempat
o Latar belakang penulis yang tinggal di Sabah banyak mempengaruhi  penulis menggunakan istilah daerah atau tempatan. Antaranya
§ Kenyerian, menggelepar, merambah, membongkol
NILAI
1. Nilai Kerajinan
o Nilai kerajinan diperlihatkan melalui sikap Sister Felicia yang asalnya belajar di kawasan pedalaman di Inanam tetapi atas sikap kerajinannya itu dia Berjaya belajar hingga menjadi seorang jururawat di Hospital Kinabalu.
o Nilai kerajinan juga diperlihatkan melalui watak Raiha yang rajin belajar daripada mentornya iaitu Doktor Uwang sewaktu menuntut di pusat pengajian tinggi dan sanggup melakukan apa-apa sahaja yang diminta oleh mentornya itu termasuk membuat demonstrasi.
2. Nilai Ketekunan
Nilai ketekunan kelihatan dalam Novel melalui watak Raiha yang tekun belajar sehingga menjadi seorang pakar bedah sama seperti ayahnya. Walaupun cita- citanya itu tidak direstui oleh ayahnya yang merupakan seorang pakar bedah,namun atas ketekunannya mengharungi pelbagai cabaran telah menjadikan dia seorang pakar bedah dan diterima berkhidmat di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
3. Nilai Keberanian
o Raiha   berani   mempertahankan   bahawa   kesalahan   atas   kematian   anak perempuannya adalah disebabkan oleh Roktor Sadiz. Sikapnya itu tidak disenangi oleh Doktor Sadiz sehinggakan kes mereka itu berlarutan dan menjejaskan nama baiknya sendiri. Sikapnya itu juga tidak disenangi oleh keluarganya sendiri kerana mempertahankan benang yang basah. Apatah lagi Sister Felicia tidak muncul untuk menjadi saksi di mahkamah sehingga Raiha kalah dalam kes tersebut.
4. Nilai Bertanggungjawab
o Raiha bertanggungjawab untuk menjadikan pembedahan ke atas Unong Siron sebagai pembedahan yang keenam dan yang terakhir. Hal ini demikian kerana Raiha   berpendapat   tidak   sewajarnya   gadis   remaja   itu   menghabiskan   masa menghadapi hidup dengan waktu sukar yang sangat panjang. Tidak sepatutnya gadis tersebut menjalani pembedahan yang sama di tempat sama dan atas sakit yang sama sehingga lima kali.
5. Nilai Keprihatinan
o Raiha prihatin terhadap nasib yang menimpa Unong Siron. Baginya pembedahan sebanyak enam kali tidak sepatutnya berlaku apatah lagi doktor yang melakukan pembedahan   tersebut   adalah   doktor   pakar   yang   bukan   calang-calang.   Rasa prihatin itu terbit dan mengharapkan agar pembedahan keenam pada senja tadi
merupakan pembedahan yang terakhir dan berakhirlah penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh Unong selama ini.
6. Nilai Ketabahan
o Raiha   tabah   menghadapi   bangkangan   ayahnya   terhadap   cita-citanya   hendak menjadi pakar bedah. Ayahnya berkeras agar Raiha tidak meneruskan niat untuk menjadi   pakar   bedah   sepertinya   kerana   beranggapan   bahawa   tugas   sebagai seorang pakar bedah hanya mampu dilakukan oleh orang lelaki sahaja yang tahan dari segi fizikal dan mental. Namun pandangan ayahnya itu dibangkang oleh Raiha dan meneruskan ketekunan belajar untuk menjadi seorang pakar bedah yang Berjaya. Selepas berkhidmat dalam bidang itu di sebuah hospital kerajaan akhirnya selepas beberapa tahun Raiha mengambil keputusan menerima pelawaan
untuk bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mempunyai matlamat hidup.
o Untuk  Berjaya  seseorang   mesti  ada   matlamat   hidup.   Raiha   Berjaya   menjadi seorang   pakar   bedah   setelah   belajar   bersungguh-sungguh   dalam   pelajaran. Walaupun cita-cita Raiha untuk menjadi pakar bedah tidak direstui tetapi dengan matlamat hidup yang jelas, cita-cita Raiha akhirnya Berjaya dikecapi.
2. Kita hendaklah menghormati hak orang lain
o Setiap orang  mempunyai hak.  Hak orang lain perlu  dihormati. Unong Siron berhak untuk mendapat kesihatan baiknya semula, tetapi Pusat Rawatan Pantai Kasih telah menyebabkan wang insurans akibat kemalangan jalan raya anaknya itu dihabiskan untuk membayar kos enam kali pembedahan. Pusat Rawatan Pantai Kasih tidak menghormati hak pesakitnya.
3. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap perkara yang dilakukan
o Apabila seseorang melakukan sesuatu perkara, dia seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya   terhadap   apa-apa   tindakan   yang   diambil.   Doktor   Sadiz   tidak bertanggungjawab menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuannya. Dia merahsiakan perkara sebenar yang berlaku dan menghukum Raiha atas peristiwa hitam itu.
4. Kita hendaklah prihatin terhadap orang lain.
o Kesukaran   yang   dihadapi   oleh   golongan   pertengahan   terutama   melunaskan bayaran pembiayaan perubatan haruslah diberikan perhatian. Bukan semua orang mampu   untuk   membayar   sejumlah   wang   apatah   lagi   telah   dijanjikan   untuk menerima rawatan yang terbaik. Ibu Unong Siron berusaha dan tidak lokek untuk membelanjaan wang insurans anaknya demi melihat anaknya kembali lincah dan sihat seperti anak orang lain.
5. Kita hendaklah tekun belajar untuk menjamin masa depan yang lebih cerah.
o Ketekunan seseorang akan membuahkan hasil pada masa hadapan. Raiha tekun belajar untuk mencapai cita-citanya sebagai pakar bedah seperti ayahnya juga. Walaupun ditentang oleh ayahnya, Raiha mempunyai matlamat hidup dan belajar dengan tekun hingga cita-citanya sebagai pakar bedah tercapai juga.
6. Kita hendaklah tabah menghadapi kesukaran hidup.
Dr Raiha tabah menghadapi dugaan dan kesukaran hidup. Walaupun ditentang oleh ayahnya, Raiha tetap tabah dan belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dia menjadi pakar bedah di Pusat Rawatan Pantai kasih. Raiha juga dimarahi oleh Doktor Sadiz kerana tidak mahu menggugurkan anak cacat yang dikandungnya sering   menjadi   bahan   melampias   kemarahan   Doktor   Sadiz.   Kematian   anak perempuannya iaitu Rohayu memberikan tamparan yang besar kepada Raiha, namun dia tabah menghadapi semuanya itu walaupun mendapat cemuhan dan tentangan daripada suaminya Doktor Sadiz




Tiada ulasan:

Catat Komen

Jangan Tiru