Bahasa Melayu eksklusif untuk calon SPM

Isnin, 30 September 2019

BAHASA MELAYU KERTAS 2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI-NEGERI 2019


BAHASA MELAYU KERTAS 2  PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI SEMBILAN  2019
Soalan 1 :Rumusan [30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buatsatu rumusan tentang impak gejala rasuah dan punca seseorang terlibat dalam rasuah. Panjangnya rumusanhendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
      Rasuah merupakan penyakit sosial yang banyak memberi kesan buruk bukan sahaja terhadap individu bahkan juga kepada masyarakat dan negara. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak berkuasa,iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam mendidik masyarakat tentang bahaya rasuah.Tangkapan demi tangkapan membabitkan penjawat awam telah dilakukan oleh SPRM. Ternyata operasi besar-besaran hasil daripada komitmen dan iltizam pihak SPRM untuk membersihkan rasuah dalam kalangan penjawat awam mula menampakkan hasilyang jelas. Hampir setiap minggu pasti ada pendakwaan yang dilakukan oleh SPRM terhadap penjawat awam yang terlibat dalam rasuah.
            Gejala rasuah yang tidak dibendung akan menyebabkan kehidupan masyarakat menjadi tidak harmoni. Sebagai contohnya, sikap prasangka buruk akan timbul terhadap jiran yang mempunyai harta yang banyak tetapi tidak sesuai dengan pendapatan bulanannya. Gejala rasuah yang berlaku juga akan mengganggu-gugat perkembangan ekonomi negara. Hal ini disebabkan oleh pelabur asing takut untuk datang melabur di negara ini kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk memberi rasuah kepada pihak yang meluluskan permohonan perniagaan.  Selain itu, perbuatan rasuah dalam pemberian tender kerajaan boleh menyebabkan kos meningkat kerana peniaga ingin mengimbangi keuntungan.
            Rasuah menyebabkan harga barang menjadi lebih mahal kerana peniaga terpaksa menaikkan harga jualan atau perkhidmatan untuk menampung wang rasuah yang terpaksa dikeluarkankepada pihak-pihak tertentu. Sesungguhnya, imej negara pasti akan tercemar jika amalan rasuah terus berleluasadi negara kita. Impaknya, rakyat negara luar pula akan beranggapan bahawa rakyat Malaysia kurang mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Kegiatan rasuah juga akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi kerana tadbir urus meminggirkan integriti.
            Selain itu, kerajaan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka kerajaan kehilangan hasil kerana wang yang sepatutnya menjadi pendapatan negara jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Oleh sebab gejala rasuah memberi impak yang besar kepada individu, masyarakat, dan negara,kini SPRM lebih giat memberkas mereka yang terlibat dalam gejala rasuah tanpa memilih bulu. Mereka akan diburu hingga ke lubang cacing. Semua individu terbabit akandibawa ke muka pengadilan untuk menjadi pengajaran kepada masyarakat.
      Dipetik,daripada  ‘Pulihkan Integriti Penjawat Awam’oleh Noor Mohd Shakil Hameed,  Berita Harian, 17 Jan 2017
Soalan 2: Pemahaman [35 markah]  Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikanSoalan 1,jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)         Berikan maksud rangkai kata menampakkan hasil.          [2 markah]
(ii)         Pengarang menyatakan beberapa tindakan yang telah dan akan dilakukan untukmengurangkan perbuatan menerima rasuah.  Apakah tindakan-tindakan tersebut?      [3 markah]
(iii)        Menjadi harapan masyarakat agar negara kita bebas daripada gejala rasuah.                                          
            Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku sekiranya negara kita bebas daripada rasuah?[4 markah]
Soalan 2(b) – Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri
            Pesan bonda itu kekal melebat dalam hati sanubari saya. Pesan mulus yang terpahat lama di pangkal hati. Oleh itu, saya tangguhkan berkali-kali hasrat itu. Hasrat untuk menjengah wajah kota yang pesat dengan kemajuan dan peradaban. Saya batalkan keinginan meruap-ruap dalam diri saya untuk mencari pengalaman baharu sebagai warga kota.
            Kata bonda, kota besar itu sudah hilang segala nilai-nilai tradisinya. Kota yang sekadar dibangunkan dengan kempen dan slogan itu sarat dengan api prasangka dan runcing prejudis para warganya yang berbilang bangsa dan bercampur aduk pula budaya dan bahasa pertuturannya. Manusia dipisahkan oleh benteng-benteng ketaksuban dan kepentingan diri masing-masing.
            Mereka dipecah-pecahkan oleh ideologi, puak dan etnik, warna kulit, bahasa percakapan serta fahaman politik sehingga mengundang resah dan amarah. Lantas masing-masing bangun untuk berjuang menegakkan identiti sendiri.
            Saya teringat cerita bonda tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah hitam dekad lampau. Sejarah yang meninggalkan parut luka sentimen yang bukan sedikit. Sejarah suram yang berparut duka angkara gelodak emosi dan kesumat yang mengalir dalam dada setiap warganya sejak sekian lama.
Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’ oleh Husna Nazri dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul Kementerian Pendidikan
(i)         Mengapakah bonda mengatakan bahawa kota besar itu sudah hilang nilai-nilai tradisinya? [2 markah]
(ii) Pada pendapat anda,apakah persiapan-persiapan yang perlu dilakukan sebelum seseorang itu berhjirah ke bandar?
 [3 markah]
(iii)        Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.[4 markah]
Soalan 2(c) – Petikan Prosa Tradisional Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
            Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata itu. Sekali lagi Seri Amerta berkata, itu pun tiada disahuti oleh Tun Perak. Genap tiga kali Seri Amerta berkata itu, maka barulah disahuti oleh Tun Perak, katanya, “Hai Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu juga, hendaklah baik-baik tuan hamba peliharakan, jangan diberi berkarat,jangan kemakanan matanya. Akan pekerjaan kami orang bekerja ini, di mana tuan hamba tahu? Adapun akan sekarang Duli Yang Dipertuan di dalam negeri ini dengan perempuan anak isteri dan segala perkakas. Maka benarkah pada fikiran tuan hamba kami sekalian datang dengan laki-laki juga, dengan begini jauh Selat Kelang? Jikalau satu hal negeri ini, apa hisab pada kami sekalian? Sebab itu maka segala orang Kelang ini hamba suruh bawa dengan anak isterinya sekali. Nescaya berperang dengan musuh bersungguh-sungguh hatinya; kurang-kurang ia berlawankan Duli Yang Dipertuan lebih ia berlawankan anak isterinya sungguh-sungguh.”
            Maka oleh Seri Amerta kata Tun Perak itu semuanya dipersembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan. Maka baginda pun tersenyum, seraya bertitah, “Benar seperti kata Tun Perak itu.”
            Maka diambil sirih dari puan baginda, disuruh berikan kepada Tun Perak. Maka titah bagindakepada Tun Perak, “Bahawa Tun Perak tiada patut diam di Kelang lagi; baiklah Tun Perak diam di negeriini.”
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu Kementerian Pendidikan Malaysia
(i)    Berikan maksud jangan kemakanan matanya.[2 markah]
(ii) Apakah yang dilakukan oleh Duli Yang Dipertuan setelah mendengar perkhabaran daripada Seri Amerta?[3 m]
(iii)Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu perlu berpandangan jauh sebelum melakukan sesuatu perkara? [3 m] Soalan 2(d)-Puisi Moden Baca sajak  kemudian jawab soalan berikutnya  menggunakan ayat anda sendiri.


Sang Gembala Kuda
           


Dia lelaki bergelar perkasa
dengan cemeti keberanian di tangan
rembat angkuhnya memacu takut
menghalau kuda-kuda di padang
berebutan memburu kandang.
               
       Rumput dan jerami terhidang
adalah kanun janji kesetiaan
dimamah rakus kala lapar
tak peduli nasib diri setelah kenyang
jadi tunggangan memburu rakan
      Dia lelaki punya kuasa
sesekali suaranya lebih gempita
daripada ringkik kuda sekandang
pacuannya diiring seribu keberanian
meredah onak di rimba perburuan
meranduk lumpur di paya penindasan
sambil melibas cemeti durjana
dia melempar muslihat
aku penyelamat maruah
berjuang atas dasar kebenaran
menentang semua kebobrokan.

       Dia lelaki sang gembala kuda
hanya mengenal pantas tunggangan
tanpa membaca keletihannya
dia lelaki sang gembala kuda  
hanya tahu mengejar kehebatan
tanpa menghitung kesakitannya
dan kuda-kuda itu ditunggangi
ditunggangi dan ditunggangi!


               


Mohd Hashim Othman Istimewa, 2012 Utusan Publications & Dist Sdn. Bhd. Antologi Jaket Kulit KijangKPM
(i)         Berdasarkan rangkap ketiga sajak tersebut, nyatakan sebab Sang Gembala Kuda dianggap sebagai lelaki yang mempunyai kuasa?[2 markah]
(ii)         Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin agar  dihormati dan disegani?[3 markah]
(iii)        Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.       [4 markah]
Soalan 3 :Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30markah] Jawab semua soalan.
(a)        Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.


(i)         penuh
(ii)         memenuhi
(iii)        memenuhkan
(iv)        wakil
(v)        mewakili
(vi)        mewakilkan [6 markah]


(b)        Tukar ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindahtanpa mengubah maksud asalnya.
(i)         "Amboi, sudah pukul 12.00 tengah hari baru bangun tidur!'' kata emak kepada adik.
(ii)         "Mengapa kamu sering datang lewat ke sekolah?" tanya pengetua kepada Ahmad.
(iii)        “Tidak, saya tidak terlibat dalam kejadian buli di asrama,” kata Kamil.“Saya difitnah,” sambungnya lagi.[6 m]
(c)        Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
(i)         Pedarahan dalam otak menjadi punca utama kematian pesakit yang ditempatkandi yunit rawatan rapi itu.
(ii)         Bidang keusahawanan menjadi salah satu altenatif bagi menangani masalah penganggur dalam kalangan lepasan universiti.
(iii)        Nilai kekeluargaan, semangat setiakawan, dan hubungan sosial secara semuka semakin terpinggir sejak kehadiran teknologi komunikasi dalam talian.   [6 markah]
(d)        Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
(i)         Kejadian litar pintas di kilang itu dapat dielakkan jika sekiranya proses keselamatan dipatuhi oleh para pekerja.
(ii)         Kajian mendapati antara graduan yang berestetika dan yang mempunyai nilai spiritual yang baik, biasanya mudah ditawarkan pekerjaan.
(iii)        Ibu bapa seharusnya menggalakkan anak-anak menyertai aktiviti riadah dari membiarkan mereka berpergian di pusat-pusat hiburan tanpa arah tujuan.  [6 markah]
(e)        Baca maksud peribahasa  dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud peribahasa tersebut.
(i)         Rugi dalam sesuatu perniagaan. (ii)        Melakukan sesuatu mengikut kemampuan.
(iii)        Seseorang yang tidak menghargai pemberian orang lain.    [6 markah]
Soalan 4 : Novel [15  markah] Jawab  soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:


(i)            Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Ab Latip b Talib
(ii)           Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(iii)          Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
(iv)          Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(v)           Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(vi)          Tirani karya Beb Sabariah
(vii)         Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mat Yusop
(viii)        Silir Daksina karya Nizar Parman


 (a)       Latar memainkan peranan penting dalam perkembangan jalan cerita sesebuah novel. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut. (7markah)
(b)        Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap novel yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca.   Berikan alasan anda.                                [8 markah]
KERTAS  PEPERIKSAAN  TAMAT






BAHASA MELAYU PEPERIKSAAN PERCUBAAN  NEGERI KEDAH  Darul Aman
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2019
KERTAS 2 (1103/2) – Masa 2 jam 30 minit

Soalan 1 : Rumusan [30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri dan cabaran untuk melaksanakannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kesihatan amat penting bagi menjamin keceriaan hidup seseorang individu. Kesihatan merujuk keadaan tubuh yang tidak mengalami sebarang masalah. Terdapat pelbagai langkah yang boleh diamalkan untuk memiliki tahap kesihatan yang baik. Langkah pertama ialah kesedaran bahawa tubuh sangat memerlukan penjagaan. Perkara yang kedua dengan mendapatkan maklumat tentang penjagaan kesihatan.
   Sukar untuk kita menjaga tubuh jika tidak tahu apa-apa mengenainya. Ibaratnya, kita hendak melawan musuh tetapi tidak memahami sebab dan cara untuk bertindak. Antara kaedah yang dapat diambil termasuklah pemeriksaan kesihatan berkala sekurang-kurangnya tiga kali setahun. Pemeriksaan begini mampu mengesan penyakit ketika masih pada peringkat awal seperti cogan kata ‘mencegah lebih baik daripada merawat’. Oleh itu, sebelum apa-apa yang tidak diingini berlaku, lebih baik jika kita melakukan tindakan awal pencegahan. Selain itu, aspek pemakanan juga amat penting bagi menjamin kesihatan yang baik. Kita haruslah mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat dalam kehidupan. Pengambilan makanan mengikut piramid makanan sangat disarankan oleh pakar kesihatan bagi menjamin tahap kesihatan yang baik berterusan. Diet yang seimbang dapat memastikan tubuh seseorang memiliki zat yang diperlukan.
      Di samping itu, kita perlu melakukan senaman dua atau tiga kali seminggu agar tubuh dapat berfungsi dengan baik. Amalan minum air kosong juga perlu dititikberatkan bagi menggantikan cecair yang telah hilang di dalam badan. Tekanan juga dapat dihilangkan menerusi senaman. Oleh itu, untuk memperoleh kesihatan yang baik, rakyat Malaysia hendaklah mengamalkan senaman yang konsisten. Rehat dan tidur secukupnya juga merupakan ubat yang mujarab untuk mengekalkan kesihatan. Kita digalakkan tidur tidak kurang dari lapan jam sehari. Individu yang tidak mempunyai rehat yang cukup berasa letih dan mudah jatuh sakit, malah tidak dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti yang dilakukan.
     Sebagai kesimpulannya, kesihatan amat penting dalam kehidupan. Oleh itu, sudah sampai masanya untuk kita mengambil berat tentang kesihatan diri. Tiada cara lain untuk kekal sihat selain mengubah gaya hidup harian agar tahap kesihatan semakin meningkat dari sehari ke sehari.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Nilai Kesihatan’ oleh Nur Amira Talib, Dewan Siswa, November 2016)
Soalan 2 : Pemahaman [35 markah] Soalan 2(a)-Petikan Umum Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata tindakan awal. [2 markah]
(ii) Pengarang ada menyatakan beberapa kepentingan menjaga kesihatan diri. Apakah kepentingan-kepentingan tersebut? [3 m]
(iii) Pelbagai langkah telah dilakukan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan diri.
Pada pendapat anda, apakah peranan pihak sekolah untuk menimbulkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dalam kalangan murid. [4 markah]
Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Saya hayati cerita bonda tentang sejarah yang hampir memusnahkan negara ini. Kota besar itulah yang menjadi gelanggang pertumpahan darah dan korban kematian yang bukan sedikit. Semuanya berlaku angkara kejahilan terhadap salasilah tanah air yang terpecah kepada pagar-pagar perkauman yang tebal.
   Justeru, saya bertekad memenuhkan dahulu dada saya dengan segala ilmu pengetahuan dan pengalaman di tanah desa halaman ini sebelum saya bersedia mencampakkan diri saya di tengah gelora kota.
Saya ingin memahirkan lidah dengan bahasa ibunda kerana inilah saja khazanah warisan tinggalan bangsa yang mendiami bumi ini sejak sekian lama. Ilmu-ilmu berkaitan kewajipan perlu memenuhi dada saya sebagai benteng ampuh daripada segala anasir dan gejala hitam yang boleh meruntuhkan keperibadian sebelum bersedia untuk mengatur gerak langkah membina dunia baharu di ibu kota agung itu.
   Lantas, berkali-kali pesan bonda kepada saya supaya memelihara agama dan bahasa ibunda jika ingin terus dihormati dan disegani sebagai bangsa agung dan bermaruah. “Bumi ini milik kita. Nenek moyang kitalah berjuang dengan akal kebijaksanaan serta semangat keperwiraan untuk membebaskan tanah air ini daripada belenggu penjajah”.                      Dipetik daripada ‘Munsyi’ Oleh Husna Nazri- antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,KPM
(i) Berdasarkan petikan di atas, terdapat angkara yang menyebabkan berlakunya pertumpahan darah dan korban kematian di kota besar. Kemukakan angkara tersebut. [2 markah]
(ii) Seseorang perantau hendaklah melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu di dada. Pada pendapat anda, apakah persiapan-persiapan yang perlu dilakukan oleh remaja yang ingin hidup di perantauan? [3 markah]
(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran yang lain daripada keseluruhan cerpen tersebut.  [4 markah]
Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Tradisional Baca petikan prosa tradisional, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Syahadan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana, kerana pada zaman itu tiga buah negeri yang sama besarnya: pertama, Majapahit; kedua, Pasai; ketiga, Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu, ada tiga orang yang bijaksana; di Majapahit, Patih Aria Gajah Mada; dan di Pasai, Orang Kaya Kanayan; dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja; dan Seri Nara Diraja menjadi penghulu bendahari.
    Hatta, berapa lamanya maka datang pula orang Siam menyerang Melaka; Awi Dicu nama panglimanya. Maka kedengaran khabarnya ke Melaka; maka dipersembahkan orang kepada Sultan. Maka baginda pun menitahkan Bendahara Paduka Raja berlengkap akan mengeluari orang Siam. Seri Bija Diraja dan segala hulubalang sekaliannya dititahkan baginda mengiringkan Bendahara Paduka Raja itu. Adapun Seri Bija Diraja itu sedia asal Melayu, Tun Hamzah namanya, asalnya daripada Muntah Lembu; ialah dipanggil orang Datuk Bongkok. Apabila berjalan atau duduk, bongkok ia. Oleh sebab sangat gagah berani ia menjadi hulubalang besar, duduk di atas segala hulubalang. Telah sudah lengkap, maka Bendahara Paduka Raja pun pergilah mengeluari Siam itu, bersama-sama dengan Seri Bija Diraja, dengan segala hulubalang banyak. Maka orang Siam pun hampir ke Batu Pahat.
    Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu, KPM
(i) Berikan maksud akan mengeluari orang Siam. [2 markah]
(ii) Berdasarkan petikan di atas, nyatakan keistimewaan Seri Bija Diraja. [3 markah]
(iii) Peperangan merupakan suatu peristiwa yang membawa kesan negatif kepada sesebuah negara. Pada pendapat anda, bagaimanakah dapat mengelakkan peperangan antara dua buah negara? [3 markah]
Soalan 2(d)-Puisi Tradisional- Baca gurindam, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
GURINDAM DUA BELAS (Fasal yang Ketiga)


   Apabila terpelihara mata,
    Sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
    Apabila terpelihara lidah,
     Nescaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
     Apabila perut terlalu penuh,
     Keluarlah fiil yang tiada senonoh.
Anggota tengah hendaklah diingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.
     Hendaklah peliharakan kaki,
      Daripada berjalan yang membawa rugi.


Mohd Yusof Md Nor dan Abd Rahman Kaeh (Penyelenggara) Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul KPM
(i) Berdasarkan gurindam tersebut, berikan dua kebaikan jika seseorang itu sentiasa menjaga tangan dan kakinya. [2 m]
(ii) Ungkapan lidah lebih tajam daripada mata pedang memberikan gambaran betapa pentingnya kita menjaga pertuturan dalam pergaulan. Pada pendapat anda, apakah kesannya jika seseorang tidak menjaga tutur katanya? [3 m]
(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam rangkap 5 dan satu pengajaran dalam rangkap 7 berdasarkan gurindam di atas. [4 markah]
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan.
(a) Tulis satu ayat bagi setiap pasangan kata  untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) kerat – kelat           (ii) bidang – sidang                     (iii) syarat – sarat       [6 markah]
(b) Tulis semula petikan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan  cakap pindah.
Aiman : Apakah rancangan awak pada masa cuti ini, Kok Seong?
Kok Seong : Saya tidak mempunyai apa-apa rancangan.
Aiman : Kalau begitu, saya cadangan awak mengikut saya pulang ke kampung saya.
Kok Seong : Apakah yang menarik di kampung awak?
Aiman : Di kampung saya ada sungai, kita boleh memancing di sana. Sekarang juga musim buah-buahan. [6 markah]
(c) Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Pembangunan pesat di ibu kota menyebabkan kesesakkan jalan raya berlaku. Keadaan ini menjadi semakin terok kerana pembinaan jalan raya tidak dirancang dengan teliti. Selain itu, sikap pengguna yang tidak berdisplin dan kekurangan polis  trafik menjadikan masaalah ini semakin rumit. Pengguna pula sering meletakan kenderaan sesuka hati sehingga menganggu kelancaran lalu lintas. [6 markah]
 (d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
(i) Novel karya novelis terkenal tanah air itu mencatat rekod jualan paling terlaris kerana mendapat sambutan luas daripada kalangan penggemar novel.
(ii) Datuk Lee Chong Wei telah menyertai perlawanan badminton Terbuka Malaysia yang berlangsung di bulan November tahun lalu.
(iii) Sultan itu telah berkenan menabalkan putera beliau sebagai Raja Muda bila berusia sepuluh tahun.[6 markah]
(e) Bina satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah.
(i) Bagai isi dengan kuku. (ii) Makan angin.       (iii) Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.               [6 markah]
Soalan 4 : Novel [15 markah]  Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut :
(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib  (ii) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
(iii) Pantai Kasih karya Azmah Nordin                                       (iv) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(v) Tirani karya Beb Sabariah                                                  (vi) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(vii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop               (viii) Silir Daksina karya Nizar Parman
(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua latar tempat yang melibatkan watak utama dalam novel tersebut. [7 markah]
(b) Pengarang mengemukakan beberapa peristiwa keberanian dalam setiap novel. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu pengajarantentang keberanian yang terdapat  dalam setiap novel tersebut. [8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT



BAHASA MELAYU KERTAS 2  PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM - KUALA LUMPUR  2019

Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang elemen penting membentuk remaja bersahsiah unggul dan kesan jika negara gagal melahirkan remaja bersahsiah unggul. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
   Pencapaian remaja kini boleh dibanggakan kerana golongan ini berupaya untuk mencipta nama pada usia muda. Boleh dikatakan dalam setiap bidang pasti ada kejayaan yang dilakarkan oleh golongan remaja. Pujian harus diberikan kepada golongan remaja sebagai tanda sokongan dan galakan untuk mereka lebih menonjol. Namun kadang kala sikap mereka yang lebih berani, berwawasan, bercita-cita tinggi dan lantang bersuara perlu dibimbangi ekoran perkembangan dunia globalisasi kini yang kian memamah sahsiah remaja. Perkara tunjang yang perlu ada dalam membentuk sahsiah unggul mereka adalah dengan mendalami ilmu akademik dan agama. Penguasaan ilmu akademik dan agama perlu diseimbangkan supaya remaja dapat membezakan antara kebaikan dan keburukan. Tuntutan agama harus disemat sekemas-kemasnya dalam sanubari mereka. Remaja wajar lebih dekat dengan ajaran agama dan menjadikan kitab-kitab agama seperti Al-Quran sebagai panduan dan petunjuk dalam melakukan sesuatu perkara.
  Perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa juga merupakan perkara penting membentuk sahsiah unggul remaja. Kebanyakan remaja yang terjebak dalam masalah sosial kerana kurang mendapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Remaja seperti ini akan melepaskan emosi mereka dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan kadang kala membahayakan diri mereka. Selain itu, remaja juga perlu mempunyai ilmu pengetahuan tentang isu semasa. Hal ini dikatakan demikian kerana pengetahuan yang meluas amat penting sebagai bekalan remaja untuk meniti cabaran kehidupan seharian. Remaja juga seharusnya memiliki nilai-nilai murni dalam jiwa di samping mengamalkan norma budaya Malaysia dalam tatacara kehidupan seperti menghormati orang tua, berbudi bahasa dan bersopan santun.
  Pengaruh masyarakat sekeliling merupakan perkara yang tidak boleh dipandang enteng kerana golongan muda sentiasa menjadikan masyarakat luar sebagai contoh ikutan. Persekitaran yang selamat dan tidak terdedah kepada ancaman akan melahirkan keperibadian unggul remaja. Pemilihan rakan sebaya yang berakhlak mulia akan membantu remaja menjadi seorang yang bersahsiah unggul. Hal ini demikian kerana remaja lebih cenderung untuk menghabiskan masa bersama-sama rakan sebaya berbanding bersama-sama keluarga disebabkan kurangnya perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Rakan sebaya yang positif akan mempengaruhi seseorang untuk melakukan perkara yang positif dan begitu juga sebaliknya. Keperibadian unggul remaja dapat dikenal pasti sekiranya mereka  mempunyai kemahiran dan kecekapan dalam melaksanakan sesuatu perkara. Hal ini menjadi elemen penting yang akan membezakan seorang remaja dengan remaja yang lain.
  Remaja yang berperwatakan unggul juga ialah remaja yang mempunyai kematangan personality dalam melakukan sesuatu tindakan dan membuat keputusan. Kematangan remaja dapat diserlahkan melalui perbuatan positif yang konsisten serta mempunyai emosi yang stabil pada setiap masa. Remaja perlu menjadikan pengalaman lalu sebagai ‘guru’ untuk mematangkan diri dan tidak melakukan kesilapan yang sama berulang kali. Golongan remaja perlu mempunyai wawasan atau cita-cita dalam hidup mereka sebagai pendorong membentuk sahsiah unggul dalam diri mereka. Sedarlah bahawa usia remaja ini boleh diibaratkan sebagai emas yang perlu dijaga dengan sebaik-baiknya. Jika remaja alpa, sudah tentunya emas itu akan hilang sekelip mata.
Dipetikdaripada ‘Sahsiah Unggul Membentuk Personaliti Remaja’ Oleh Muhammad Farkhan  Dewan Siswa, Jun 2018
Soalan 2 : Pemahaman [35 markah] Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
i) Berikan maksud rangkai kata disemat sekemas-kemasnya. [2 markah]
ii) Pengarang menyatakan bahawa terdapat beberapa kesan sekiranya remaja kurang mendapat kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa. Nyatakan kesan-kesan tersebut. [3 markah]
iii) Kaunselor di sekolah merupakan individu penting dalam menyelami perasaan dan mendekati murid. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh kaunselor di sekolah untuk membantu membentuk keperibadian unggul dalam kalangan murid. [4 markah]
Soalan 2(b) Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Kedua, bahasa ibunda yang menjadi wacana penghubung semua rakyat pelbagai keturunan dan golongan. Ketiga, ketaatan dan kepatuhan kepada raja yang memerintah dengan adil dan saksama. Saya cuba membandingkan antara sejarah silam dengan keadaan yang berlaku pada hari ini. Saya melihat betapa jauhnya jurang yang memisahkan antara dua peta waktu itu, baik daripada landskap politik, sosial masyarakat hinggalah acuan agama yang dianuti bangsa saya.
Setelah beberapa purnama tertangguh, akhirnya saya merasai sekelumit ilmu yang mengisi dada saya sudah mampu membolehkan saya berjuang sebagai warga sebuah kota besar yang agung itu. Kepada bonda, saya sampaikan hasrat untuk membina kehidupan yang lebih sempurna di ibu kota. Tanah desa halaman ini tidak lagi dapat menjanjikan masa depan yang lebih terurus.
Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’oleh Husna Hazri dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,KPM
(i) Apakah fungsi bahasa ibunda berdasarkan pendapat Mel? [2 markah]
(ii) Kehidupan di kota menyebabkan manusia sering terlibat dengan gejala yang tidak sihat. Pada pendapat anda, apakah perkara-perkara perlu dilakukan oleh seorang remaja yang tinggal di kota supaya kehidupannya lebih bermanfaat?[3 m]
(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar masyarakat lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
Soalan 2(c) Petikan Prosa Tradisional Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Hatta maka hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun masuk mencuri pula sebuah rumah saudagar yang lain. Setelah sudah banyaklah ia beroleh harta, maka ia pun kembali pada tempatnya pula. Dengan demikian habislah segala harta saudagar yang kaya-kaya itu dicurinya. Maka segala saudagar dan orang kaya-kaya itu pun masuk menghadap raja berdatang sembah, “Ya tuanku, patik mohonkan ampun, adapun patik sekalian ini habis kecurian tinggal sehelai sepinggang.”
Setelah baginda mendengar sembah orang itu, maka baginda pun terkejut seraya menamparnampar pahanya. Maka titah baginda, “Wah, datanglah pula bala atas negeriku! Baiknya ada Laksamana; jikalau Laksamana kuutuskan ke negeri orang, binasalah negeri ini.”
Maka baginda pun bertitah kepada Temenggung, “Hai Temenggung, suruh orang berkawal dan segala saudagar berkawal pada kampungnya!” Maka Temenggung pun menyuruh orangnya berkisah orang kaya-kaya dan saudagar berkawal pada kampungnya. Setelah hari malam, maka Temenggung pun menyuruh orangnya berkawal, terlalu banyak dengan lembing perisai dan segala saudagar pun masing-masing berkawal pada kampungnya.
Sebermula maka Kertala Sari pun masuk ke dalam. Maka dilihatnya oleh Kertala Sari orang berkawal terlalu banyak dengan alat senjatanya. Maka Kertala Sari pun membaca pustakanya lalu berjalan di tengah orang banyak itu, Maka ia pun pergi ke rumah orang kaya. Maka dicurinya harta yang kemas-kemas itu lalu dibawanya kembali dan bini orang kaya-kaya itu dicabulinya. Maka ia pun kembali ke tempatnya.
Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, KPM
(i) Berikan maksud membaca pustakanya? [2 markah]
(ii) Nyatakan reaksi dan tindakan-tindakan Temenggung selepas mendapat arahan daripada sultan? [3 markah]
(iii) Kebijaksanaan seorang pemimpin akan memastikan keselamatan negara terjamin. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri sebuah negara yang selamat? [3 markah]
Soalan 2(d) Sajak Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Erti Hidup Bererti


Aku selalu didatangi
malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.
Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.
Aku bagi mereka
tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
tiada yang kekal kecuali Tuhan.

TEO WEI SING-Antologi Sejadah Rindu KPM


(i) Berdasarkan sajak tersebut, nyatakan pesanan penyajak kepada anak-anaknya? [2 markah]
(ii) Ibu bapa tidak mengharapkan balasan atas segala pengorbanan terhadap anak-anak mereka. Apakah sumbangan yang dapat anda lakukan kepada ibu bapa untuk membalas jasa mereka? [3 markah]
(iii) Huraikan gaya bahasa yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan.
(a) Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) lapangan (ii) bekas   (iii) alamat    [6 markah]
(b) Cerakinkan ayat majmuk berikut kepada ayat tunggal.
(i) Ahli kelab robotik yang menyertai pertandingan robotik peringkat kebangsaan itu perlu melengkapkan borang pendaftaran sebelum pagi esok.
(ii) Kehadiran ibu bapa pada hari akademik agak mendukacitakan pihak sekolah kerana kebanyakan pelajar tidak memaklumkan program tersebut kepada ibu bapa mereka.
(iii) Pihak polis menyedari bahawa semua bahan bukti dalam kes pembunuhan itu telah dipalsukan. [6 markah]
(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
(i) Lukisan mural yang terdapat pada dinding kedai di persekitaran kawasan Bukit Bintang itu menerapkan element flora dan fauna.
(ii) Pembentukan sahsiah dan keperibadian murid menjadi tanggung jawab semua warga sekolah supaya mereka tidak tejebak dalam kegiatan yang tidak bermoral.
(iii) Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, telah merasmikan istiadat membukakan mesyuarat pertama penggal pertama Parlimen Ke-14. [6 markah]
 (d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu..
(i) Longgokan sampah-sarap pada kawasan pesisir sungai itu masih belum dibersihkan oleh pihak berkuasa tempatan hingga mencacatkan pemandangan di kawasan sekitar.
(ii) Pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah memilih dua puluh orang jurutera untuk melukis pembangunan pelan di sekitar kawasan Menara Warisan.
(iii) Perkhidmatan penghantaran makanan yang popular di zaman sekarang telah memudahkan pengguna kerana mereka dapat mengurangkan masa. [6 markah]
(e) Baca ayat dibawah ini dengan teliti, kemudian kemukakan peribahasa yang sesuai dengan ayat tersebut.
(i) Pihak pemaju yang baru dilantik itu telah mengambil kesempatan dengan mengenakan caj baik pulih rumah yang mahal terhadap pembeli yang mengalami masalah rumah terbengkalai.
(ii) Walaupun nasihat dan teguran sering diberikan oleh guru kepada tiga orang pelajar yang sering berbuat bising dan malas itu, tetapi mereka tidak menunjukkan perubahan.
(iii) Setelah berjaya memperoleh ijazah pendidikan, Cikgu Razali kembali menabur bakti untuk mengajar murid-murid di sekolahnya yang dahulu.             [6 markah]
 Soalan 4 : Novel [15 markah]Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel berikut:
(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib      (ii) Di Sebalik Dinara Karya Dayang
(iii) Jendela Menghadap Jalan karya Rohani Matdarin                (iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(v) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip                  (vi) Tirani karya Beb Sabariah
(vii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop                 (viii) Silir Daksina karya Nizar Parman
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua contoh peristiwa yang menunjukkan pengajaran berkaitan tanggungjawab yang terdapat dalam novel tersebut.  [7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa yang memaparkan sikap terpuji dalam perwatakan watak utama bagi setiap novel tersebut. [8 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT

BAHASA MELAYU KERTAS 2  PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI  PERLIS  2019
Soalan 1 : Rumusan [30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan sungai dalam kehidupan dan tanggungjawab masyarakat melestarikan keindahan sungai. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa sejak bermula tamadun manusia, sungai merupakan nadi kepada kehidupan manusia sejagat. Sungai merupakan unsur semula jadi ciptaan Tuhan dan khazanah yang banyak memberikan kemaslahatan dan perlu dipelihara supaya sentiasa berkekalan. Namun demikian, perkara yang mengecewakan ialah anugerah Allah itu tidak dijaga, malahan ada pihak yang menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan sampah sehingga menjejaskan kualiti air sungai. Oleh sebab itu, masyarakat hari ini perlu menyedari bahawa sungai tetap memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian baik dari segi sosial, ekonomi mahupun politik.
   Kepentingan sungai di negara kita merangkumi sejarah sebagai pusat tumpuan perdagangan, sempadan negeri dan negara, serta pembentuk muka bumi. Sebagai sumber air utama negara, rakyat sewajarnya sedar bahawa sungai membekalkan sumber air kepada manusia untuk kegunaan domestik seperti minuman, memasak dan membasuh walaupun berlaku perubahan dari segi kemodenan serta kecanggihan teknologi pada setiap peringkat ketamadunan. Pada era 60-an, sungai penting sebagai sumber tenaga hidro kepada penduduk dan kilang-kilang di kawasan perindustrian. Hal ini dikatakan demikian kerana jumlah hujan yang tinggi dan turun sepanjang tahun dapat membekalkan sumber air mencukupi untuk menghasilkan sumber hidroelektrik.
Pada masa yang sama, sungai-sungai juga amat penting kerana dapat menghasilkan tanah yang subur apabila berlakunya banjir. Aliran sungai di kawasan hilir kebiasaannya membawa bahan-bahan mendapan yang kaya dengan nutrien sebelum dimendapkan di kawasan lembah sungai. Jika kita menoleh ke belakang, kita akan mendapati bahawa pusat tamadun selalunya tertumpu di kawasan lembah sungai, justeru sungai berfungsi sebagai sistem pengangkutan dan sistem perhubungan semula jadi manusia. Ketiadaan sistem pengangkutan jalan raya, jalan kereta api dan pengangkutan udara menyebabkan fungsi sungai sebagai sistem pengangkutan manusia menjadi begitu dominan bak peribahasa tiada rotan akar pun berguna.
  Jika dilihat dari sudut yang lain, sungai juga merupakan habitat haiwan akuatik yang membekalkan sumber protein yang cukup kepada manusia seperti udang, ikan dan ketam. Keindahan sungai yang dilengkapi dengan air terjun dan jeram yang berarus deras juga menjadi tumpuan para pelancong untuk beriadah dan berekreasi. Sungai-sungai yang dijaga dengan cantik dan bersih selalunya menjadi tarikan pelancong sama ada pelancong domestik mahupun pelancong asing. Sungai turut mewujudkan peluang pekerjaan dan menambahkan pendapatan kepada manusia kerana sungai memberikan rezeki kepada mereka yang menetap berhampirannya dengan melakukan aktiviti menangkap hasil sungai.
  Sememangnya mengurus sumber air sudah semakin kritikal untuk memastikan sumber air itu bebas daripada sebarang pencemaran. Kerajaan sentiasa memberikan perhatian khusus terhadap isu pencemaran sungai kerana pencemaran sungai akan merugikan negara termasuk peningkatan kos rawatan bekalan air domestik dan industri serta kepupusan flora dan fauna di samping menggugat ekosistem dan sumber makanan. Isu alam sekitar khususnya penjagaan kebersihan dan kualiti air sungai merupakan cabaran alam sekitar yang perlu ditangani oleh generasi kini dan akan datang. Usaha meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar memerlukan komitmen, kerjasama dan sokongan semua pihak agar dapat dilaksanakan secara berterusan demi kesejahteraan hidup generasi akan datang.
Dipetik dan diubah suai daripada ‘Melestarikan Keindahan Sungai’ oleh Samat Buang, Dewan Siswa, Mei 2017
Soalan 2 : Pemahaman [35 markah] Soalan 2 (a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata menjejaskan kualiti. [2 markah]
(ii) Kerajaan mengambil perhatian khusus terhadap isu pencemaran sungai kerana mendatangkan pelbagai implikasi buruk. Apakah kesan utama pencemaran sungai di negara kita? [3 markah]
(iii) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengambil beberapa inisiatif untuk menangani masalah pencemaran sungai. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang berkesan untuk menangani pencemaran sungai? [4 markah]
Soalan 2 (b) – Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Kehadiran Tuan Booth dan keluarga, serta lima belas keluarga buruh estet keturunan India serba sedikit merubah wajah kampung kami. Jalan yang dahulunya tanah merah batu lada, sudah dikejapkan; tak lagi becak kala musim hujan, dan kurang berkeladak pada musim kemarau.
Tuan Booth yang murah senyuman itu, lama-kelamaan menjadi sebahagian panorama kampung. Walaupun lelaki kulit putih yang gemar berseluar pendek dan bertopi bulat itu terkenal dengan kemurahan senyumannya, kawasan kebun getah, estet pekerja serta banglo kolonialnya tetap asing bagi kami.Cuma sejak kematian Wak Sadir, anaknya, Ahmad Mutawakkil yang sudah yatim piatu itu menjadi satu-satunya anak kampung yang sentiasa keluar masuk ke pekarangan estet Tuan Booth.
“Eloklah…paling tidak, dia bekerja dengan Orang Putih tu, belajar mencari makan sendiri.” Begitulah pandangan kami. Walaupun hasil getah Tuan Booth setiap tahun nampaknya sangat menjadi, kami tetap bertani secara tradisi.
Di kebun, berselerak pokok pisang yang ditanam, berselang-seli dengan ubi kayu dan keledek. Sawah pula, laksana lautan emas kala musim menuai. Kami tetap orang kampung yang dulu, yang hidup atas dua matlamat – rezeki dan ibadat.
Dipetik daripada cerpen ‛Cinta Ahmad Mutawakkil’ oleh Zainal Rashid Ahmad dalam antologi Sejadah Rindu, DBP
(i) Nyatakan keadaan kampung setelah kehadiran Tuan Booth. [2 markah]
(ii) Anak yatim piatu wajar dibantu untuk meneruskan kehidupan mereka. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk membantu golongan ini? [3 markah]
(iii) Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah samasama orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak, “Tuan Tun Perak, segala orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan. Adapun orang teluk rantau yang lain semuanya menghadap laki-laki juga; adapun orang Kelang ini menghadap dibawa Tun Perak dengan membawa perempuan sekali.
Mengapakah maka demikian fiil tuan?”
Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata itu. Sekali lagi Seri Amerta berkata, itu pun tiada disahuti oleh Tun Perak. Genap tiga kali Seri Amerta berkata itu, maka barulah disahuti oleh Tun Perak, katanya, “Hai Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu juga, hendaklah baik-baik tuan hamba peliharakan, jangan diberi berkarat, jangan kemakanan matanya. Akan pekerjaan kami orang bekerja ini, di mana tuan hamba tahu? Adapun akan sekarang Duli Yang Dipertuan di dalam negeri ini dengan perempuan anak isteri dan segala perkakas. Maka benarkah pada fikir tuan hamba kami sekalian datang dengan laki-laki juga, dengan begini jauh Selat Kelang? Jikalau satu hal negeri ini, apa hisab pada kami sekalian?
Sebab itulah maka segala orang Kelang ini hamba suruh bawa dengan anak isterinya sekali. Nescaya berperang dengan musuh bersungguh-sungguh hatinya; kurang-kurang ia berlawankan Duli Yang Dipertuan lebih ia berlawankan anak isterinya bersungguh-sungguh.”
Maka oleh Seri Amerta kata Tun Perak itu semuanya dipersembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan. Maka baginda pun tersenyum, seraya bertitah, “Benar seperti kata Tun Perak itu.”
Maka diambil baginda sirih dari puan baginda, disuruh berikan kepada Tun Perak. Maka titah baginda kepada Tun Perak, “Bahawa Tun Perak tiada patut diam di Kelang lagi; baiklah Tun Perak diam di negeri.”
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka
(i) Berikan maksud rangkai kata mengadukan halnya. [2 markah]
(ii) Apakah reaksi Duli Yang Dipertuan setelah Seri Amerta mengadukan perbuatan Tun Perak? [3 markah]
(iii) Tun Perak menyuruh orang-orang Kelang membawa anak isteri bersama-sama ke Melaka agar mereka berperang dengan bersungguh- sungguh. Pada pendapat anda, apakah strategi lain yang boleh dilakukan oleh seorang pembesar
 dalam usaha mempertahankan negara? [3 markah]
Soalan 2 (d) – Sajak Baca sajak, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
ERTI HIDUP BERERTI


Aku selalu didatangi
malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.
Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.
Aku bagi mereka
tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.


Suara Anak Pahang, 2009 Pekan Ilmu Sdn. Bhd. Antologi Sejadah Rindu,  Kementerian Pendidikan Malaysia
 (i) Berdasarkan sajak tersebut, nyatakan dua harapan penyajak. [2 markah]
(ii) Kasih sayang amat penting dalam hubungan kekeluargaan. Pada pendapat anda, mengapakah hubungan kekeluargaan perlu mengutamakan kasih sayang?[3 markah]
(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan.
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) tenang   (ii) ketenangan  (iii) menenangkan  (iv) jelas  (v) kejelasan  (vi) menjelaskan  [6 markah]
(b) Gabungkan ayat-ayat di bawah dengan menggunakan kata hubung tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Bayi akan mengalami kesan yang berbeza-beza terhadap ubat. Kesan ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor terutama keturunan.
(ii) Rumah ialah tempat terbaik untuk berehat. Rumah juga tempat terbaik untuk menenangkan fikiran. Penghuni rumah tidak kisah membelanjakan wang asalkan rumah mereka cantik.
(iii) Ameera tekun menyiapkan kerja kursus Sejarah. Kerja kursus itu telah diberikan oleh Puan Munirah. [6 markah]
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Anak-anak perlu mendapat keredhaan ibu bapa jika mahu berjaya dalam pelajaran sehingga mampu mengubah hidupan mereka ke arah yang lebih baik.
(ii) Pengusaha inapan desa kini menyediakan pekej penginapan yang pelbagai untuk tarikan pelancong menggunakan perkhidmatan mereka.
(iii) Kerajaan menyediakan peluang yang banyak untuk lahirkan golongan professional dalam memajukan sektor ekonomi negara.  [6 markah]
 (d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Kerjasama antara kedua agensi swasta dalam mengangkat martabat seni budaya  klasik wajar disokong oleh pihak kerajaan.
(ii) Ayah menyediakan senarai barang-barang yang perlu dibawa ketika membuat umrah pada bulan depan.
(iii) Syarikat perniagaan itu sedang merancang usaha-usaha lain kerana mempelbagaikan produk mereka agar dapat dihantar di peringkat antarabangsa.  [6 markah]
(e) Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
Nek Jah : Orang muda kini sudah tidak mengendahkan budaya masyarakat Malaysia dan lebih suka akan budaya Barat. Mereka sepatutnya  menjunjung adat dan budaya tempatan kerana _______________
Amin : Betul tu, Nek. Remaja sekarang lebih mementingkan trend semasa dhidup dalam kelompok mereka sendiri tanpa memikirkan perasaan orang  tua-tua. Mereka hanya memikirkan diri masing-masing seperti _________________
Nek Jah : Walaupun kita mengejar kemajuan, namun jangan menggadaikan budaya sendiri. Kita memang sedang menuju ke arah kemajuan agar setanding dengan negara maju bak kata peribahasa _______________.[6 markah]

Soalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:


(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib
(ii) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(iii) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
(iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(v) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(vi) Tirani karya Beb Sabariah
(vii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(viii) Silir Daksina karya Nizar Parman


(a) Watak utama dalam sesebuah novel digambarkan mempunyai keistimewaan yang tertentu. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua perwatakan watak utama. [7 markah]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu pengajaran tentang keprihatinan bagi setiap novel. [8 markah]
KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT



BAHASA MELAYU KERTAS 2  PERCUBAAN NEGERI SABAH 2019
Soalan 1: Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara memupuk pengurusan kewangan dalam kalangan remaja dan kepentingan memupuk pengurusan kewangan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
    Pada masa ini, kehidupan manusia dipermudahkan dengan adanya objek yang dicipta daripada kertas atau logam yang digelar ‘wang’ dan tidak mustahil juga wang dapat menjadikan masyarakat begitu sengsara sehingga ada yang dikategorikan sebagai muflis. Remaja sebagai golongan yang baru berjinak-jinak untuk menguruskan perbelanjaan sendiri harus mengambil langkah yang bijak dan pengendalian kewangan yang cekap kerana menjanjikan pelbagai
kebaikan kepada mereka. Terdapat 1157 kes kebankrapan yang melibatkan golongan di bawah umur 25 tahun yang direkodkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia. Faktor utama yang menjadikan mereka muflis ialah ketidakcekapan menguruskan kewangan sendiri didorong kegagalan perancangan kewangan yang baik dan kurangnya pendidikan kewangan. Antara strategi perbelanjaan secara bijak termasuklah mengelakkan perbelanjaan tidak berkepentingan seperti membeli barangan mewah kerana ikutan rakan sebaya atau peniruan trend golongan muda terkini yang gemar menayangkan kemewahan.
    Untuk memupuk pengurusan kewangan yang berhemah, remaja seharusnya melakukan tabungan yang sistematik dan berterusan. Walaupun remaja mempunyai aliran masuk wang daripada sumber yang terhad seperti ibu bapa dan biasiswa, remaja yang cekap menguruskan kewangannya tidak akan menghadapi masalah. Secara umumnya, remaja perlu mempraktikkan sikap berjimat cermat dan pandai mencari ruang menambahkan wang yang semakin susut. Amalan membelanjakan wang secara ekonomi ini memerlukan perancangan belanjawan yang
bijak seperti melakukan pembelian secara pukal dengan berkongsi bersama-sama rakan atau ketika berlangsungnya jualan murah. Di samping itu, pemilihan kedai yang tepat untuk harga yang berpatutan juga perlu dilakukan oleh remaja.
     Remaja boleh menampung perbelanjaan kehidupan harian sebagai pelajar dengan menjalankan kegiatan yang dapat menjanakan pendapatan sampingan seperti perniagaan kecilkecilan. Sebagai contoh, pelajar institusi pengajian tinggi yang layak mendapat kad debit pelajar berjumlah RM250 yang menggantikan Baucer Buku 1 Malaysia boleh meringankan beban pembelian buku dan alat tulis. Selain itu, remaja juga boleh bekerja secara sambilan selepas kelas tamat atau ketika cuti semester. Sehubungan dengan itu, penjanaan wang turut dapat dilakukan dengan menggunakan bakat serta kemahiran yang ada seperti mengambil upah dengan menghasilkan lukisan video grafik dan laman sesawang. Oleh itu, setiap remaja disarankan mendalami ilmu pengurusan kewangan yang berkesan.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Pengurusan Kewangan Remaja’ Oleh Noraziah MA, Dewan Siswa, Mac 2017)
Soalan 2: Pemahaman [35 markah] Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan  menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata penjanaan wang. [2 markah]
(ii) Pengarang menyatakan beberapa faktor yang menjadikan remaja muflis. Apakah faktor-faktor tersebut? [3 m]
(iii) Remaja digalakkan bekerja secara sambilan untuk menampung kekurangan wang tetapi bimbang menjejaskan prestasi akademik. Pada pendapat anda, apakah perkara-perkara yang dapat dilakukan oleh remaja yang
memilih untuk bekerja secara sambilan dengan tidak menjejaskan pelajaran? [4 markah]
Soalan 2(b) – Petikan Cerpen  Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
    Sebenarnya, duitku cuma tinggal USD 70 selepas aku membeli jaket kulit kijang (aku mengetahui jenisnya setelah Encik Yuksel meneliti jaket tersebut). Aku memandang jaket yang kini terletak di atas katil. Aku hanya membayar USD100 kepada Shahmeem. Dia mengurangkan USD 20 daripada harga pasaran gelap sebagai tanda terhutang budi.
    Aku tidak nampak praktikalnya jaket itu untuk kegunaan harian di Malaysia. Memakainya pasti akan membuat diri berasa panas dalam cuaca terik di tanah air. Jika ke luar negara, jaket itu cuma sesuai dipakai pada musim sejuk.
 Menjaganya pasti memerlukan kerapian. Tidak boleh dibasuh. Tidak boleh dilipat sembarangan. Walaupun harganya mahal, jaket kulit bukannya sesuatu yang tahan lasak. Kainnnya mudah carik dan koyak, tidak dapat dijahit dengan benang.
   Lebih penting lagi, seekor atau lebih daripada seekor kijang telah dibunuh untuk mendapatkan sehelai jaket kulit. Sebab itu, tidak ada jaket kulit yang murah. Harganya mahal disebabkan ada nyawa yang terpaksa dikorbankan! Aku merasakan bahawa jaket kulit sebenarnya lambang kemegahan dan kemewahan. Jaket kulit itu seperti lambang pendewaan dan pemujaan diri.   (Dipetik daripada cerpen “Jaket Kulit Kijang dari Istanbul” oleh Makiah Haji Masrom   dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Bagaimanakah cara-cara untuk menjaga jaket kulit? [2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, wajarkah tindakan sesetengah pihak memburu dan membunuh haiwan liar untuk mendapatkan keuntungan? [3 markah]
(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran yang lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
Soalan 2(c) – Petikan Prosa Tradisional Baca petikan prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang   berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
      Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu. Maka menjadi muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah, “Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara.”
 Maka titah baginda, “Baiklah.”
 Maka Paduka Raja pun dijadikan bendahara.
     Syahadan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana, kerana pada zaman itu tiga buah negeri yang sama besarnya: pertama, Majapahit; kedua, Pasai; ketiga, Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu, ada tiga orang yang bijaksana; di Majapahit, Patih Aria Gajah Mada; dan di Pasai, Orang Kaya Kanayan; dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja; dan Seri Nara Diraja menjadi penghulu bendahari.      (Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada” dalam   antologi Sejadah Rindu)
(i) Berikan maksud kerana ia sedia anak bendahara. [2 markah]
(ii) Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan Seri Nara Diraja mencadangkan Paduka Raja sebagai Bendahara. [3 m]
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah sesebuah negara perlu mempunyai pemimpin yang bijaksana dan adil? [3 m]
Soalan 2(d) – Sajak Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Erti Hidup Bererti


Aku selalu didatangi
malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang
menjengukku
keluhan seorang tua sunyi
Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang
Aku bagi mereka
tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
Jangan terpegun
Ada yang mati
Ada yang hidup
Tiada yang kekal kecuali Tuhan.


Teo Wei Sing Antologi Sejadah Rindu
(i) Gambarkan keadaan hidup penyajak sebagai seorang tua berdasarkan sajak. [2 markah]
(ii)Pada pendapat anda,apakah faktor-faktor yang menyebabkan segelintir anak meminggirkan ibu bapa mereka?[3 m]
(iii) Nyatakan dua nilai kemanusiaan yang terkandung dalam sajak tersebut.[4 markah]
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [ 30 markah ] Jawab semua soalan
(a) Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.                                (i) cerah   (ii) rendang   (iii) bernas  [6 markah]
(b) Berdasarkan ayat-ayat di bawah, bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf condong dalam ayat yang diberi.
(i) Kemalangan jalan raya yang serius itu berlaku di selekoh tajam Jalan Pekan Marudu.
(ii) Masyarakat Iban pada zaman dahulu mengatasi masalah kesihatan dengan mengamalkan banyak petua dan pantang larang.
(iii) Pada tahun 1997, bendera Malaysia ditukarkan nama kepada Jalur Gemilang.
(iv) Bonus sebanyak RM1 juta akan diberikan kepada para atlet yang berjaya memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik.
(v) Pelajar wajib menghadiri aktiviti kokurikulum kerana dapat mengisi masa senggang dengan aktiviti yang berfaedah.
(vi) Rosemella berhenti pengajiannya di universiti sejak ayahnya meninggal dunia disebabkan berlaku kemalangan di tempat kerja.  [6 markah]
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
(i) Perkhidmatan keretapi ekspres menjadi pemilihan orang ramai untuk perjalanan jarak jauh kerana lebih selesa dan dapat menjimatkan masa.
(ii) Pemantauan perlu dilakukan dari semasa ke semasa untuk mempastikan pengusaha kantin menjual makanan yang berhasiat kepada murid-murid.
 (iii) Rasuah menjadi penggugat utama pembangunan negara dan membantut kemajuan dalam segenap aspek kehidupan manusia manakala pentadbiran yang bersih ujud sebagai impian sahaja.[6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
(i) Rakyat malaysia perlu berusaha bersungguh-sungguh apabila merapatkan jurang perkauman dengan mengetepikan provokasi yang masih melingkari kehidupan mereka.
(ii) Kenaikan kadar tol setiap lebuh raya hanya dibenarkan bagi laluan yang mempunyai jalan luar, bukan atas dasar desakan dari pemegang konsesi.
(iii) Kebanyakan sayur-sayuran di kebun Pak Mat akan dipancang kerana beliau bercadang untuk menjualnya pada minggu depan.    [6 markah]
(e) Berikan maksud peribahasa di bawah ini.
(i) Seperti kaca terhempas ke batu  (ii) Rumah sudah siap pahat masih berbunyi (iii) Pisang tidak akan berbuah dua kali [6m]
Soalan 4 : Novel [15 Markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latif bin Talip.  (ii) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(iii) Jendela Menghadap Jalan karya Rohaini Matdarin.          (iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin.
(v) Songket Berbenang Emas karya Khaiuddin Ayip.                 (vi) Tirani karya Beb Sabariah.
(vii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop              (viii) Silir Daksina karya Nizar Parman.
(a) Klimaks merupakan bahagian plot yang paling penting dalam sesebuah cerita. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang membawa kepada klimaks dalam novel tersebut. [7 markah]
(b) Berdasarkan  dua buah novel yang telah anda kaji, jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan nilai baik hati dalam novel tersebut. [8 markah]
KERTAS SOALAN TAMAT


BAHASA MELAYU KERTAS 2  PERCUBAAN NEGERI SARAWAK 2019
Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan  dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang impak negative media sosial dan punca remaja menggemari media sosial. Panjangnya rumusan tidak melebihi 120 patah perkataan.
Perkembangan teknologi kini mengalami perubahan yang begitu pesat, terutama dalam bidang informasi dan komunikasi. Hal ini menyebabkan gaya hidup rakyat Malaysia turut dipengaruhi oleh kepesatan ini, terutamanya bagi golongan remaja. Remaja kini telah menjadikan media sosial sebagai gaya hidup yang memudahkan mereka untuk mendapat maklumat dan berkomunikasi dengan orang lain. Walaupun media sosial banyak kebaikannya, namun terdapat kesan negatif yang perlu diberikan perhatian oleh golongan remaja. Antara kesan negatif media sosial ialah penyebaran berita palsu secara berleluasa. Dalam konteks masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, penyebaran berita palsu mesti dibanteras dengan segera.
          Selain itu, media sosial juga boleh mendorong golongan muda menjadi lalai dan membuang masa dengan mengabaikan pelajaran. Di samping itu, media sosial menyebabkan golongan muda mudah terpengaruh dengan gejala negatif seperti melihat gambar dan video lucah. Oleh itu, ibu bapa sewajarnya memantau perlakuan anak-anak yang sedang melayari media sosial. Malah, media sosial banyak mempengaruhi minda kanak-kanak dan remaja dengan meniru aksi ganas dan berbahaya. Oleh sebab itulah terdapat beberapa kejadian remaja meniru aksi ganas apabila bertemu dengan rakan sebaya. Terdapat juga pengguna yang terpengaruh dengan iklan produk yang dipaparkan dan mempercayai produk tersebut dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebenarnya dalam kebanyakan kes, khasiat
produk yang diiklankan itu tidak menepati faedah yang dipaparkan. Antara jenis produk yang selalu memperdaya pengguna ialah produk kesihatan seperti ubat-ubatan, peralatan senaman dan barangan elektrik. Oleh itu, pengguna mesti berhati-hati dalam membeli sesuatu produk yang diiklankan di media sosial.
    Seterusnya, media sosial menjadikan remaja kurang bersabar dalam tindakan kerana telah biasa memperoleh maklumat yang diingini melalui media sosial dengan pantas. Namun, tatkala maklumat tidak dapat diproses dengan cepat, remaja akan mudah mengalami kegusaran dan emosi kebosanan yang menggelegak. Bagi remaja yang berfikiran kurang matang pula akan mempercayai semua maklumat yang dipaparkan tanpa menyelidiki dengan lebih mendalam. Sebenarnya maklumat yang disampaikan melalui media sosial belum terbukti kebenarannya. Maklumat itu mungkin ditokok tambah dengan sengaja untuk menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial. Kita harus akui bahawa remaja sekarang tidak seperti dahulu yang memanfaatkan masa terluang dengan riadah. Menerusi laman sembang pada telefon pintar masing-masing, remaja menjadi manusia yang sukar bergaul dengan orang lain secara bersemuka. Masa dihabiskan di dalam rumah sahaja. Dalam aspek keselamatan negara, media social kadang- kadang mewujudkan ketidaktentuan ekonomi apabila hal yang menjadi rahsia negara diperkatakan di laman sembang. Dalam hal ini, kerajaan perlu memantau media sosial untuk memastikan keselamatan negara terjamin. Selanjutnya, banyak kes telah dilaporkan apabila penggodam mencuri maklumat peribadi pengguna media sosial untuk tujuan menipu.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana “Berita Palsu Musuh Negara” oleh CMCF, Dewan Siswa, April 2018)
Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan  menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata menimbulkan kekeliruan. [2 markah]
(ii) Dalam petikan, pengarang menyatakan beberapa usaha yang dilakukan untuk membendung masalah penggunaan media sosial. Nyatakan usaha-usaha tersebut? [3 markah]
(iii) Pada era moden ini, semua orang menggunakan media sosial dalam kehidupan seharian. Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi sekiranya media sosial dilarang penggunaannya dalam kalangan masyarakat kita?[4 markah]
Soalan 2 (b) – Petikan Prosa Moden Baca petikan cerpen- jawab soalan-soalan  menggunakan ayat anda sendiri.
“Mel, agama dan bahasa itu cermin maruah kita yang ditinggalkan nenek moyang! Jasad yang dibaluti agama serta lidah yang dilebati bahasa ibunda merupakan warisan kita yang masih ada. Andai kedua-dua sudah hilang di atas kedua-dua muka bumi ini, kita bukan lagi generasi bermaruah, tetapi bangsa yang dilaknati Allah.”
Pesan bonda itu kekal melebat dalam hati sanubari saya. Pesan mulus yang terpahat lama di pangkal hati. Oleh itu, saya tangguhkan berkali-kali hasrat itu. Hasrat untukmenjengah wajah kota yang pesat dengan kemajuan dan peradaban. Saya batalkan keinginanmeruap-ruap dalam diri saya untuk mencari pengalaman baharu sebagai warga kota.
   Kata bonda, kota besar itu sudah hilang segala nilai-nilai tradisinya. Kota yang sekadar dibangunkan dengan kempen dan slogan itu sarat dengan api prasangka dan runcing prejudis para warganya yang berbilang bangsa dan bercampur aduk pula budaya dan bahasa pertuturannya. Manusia dipisahkan oleh benteng-benteng ketaasuban dan kepentingan diri masing-masing. Mereka dipecah-pecahkan oleh ideologi, puak dan etnik, warna kulit, bahasa percakapan serta fahaman politik sehingga mengundang resah dan amarah. Lantas masing- masing bangun untuk berjuang menegakkan identiti sendiri.
   Saya teringat cerita bonda tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah hitamdekad lampau. Sejarah yang meninggalkan parut luka sentimen yang bukan sedikit. Sejarah suram yang berparut luka angkara gelodak emosi dan kesumat yang mengalir dalam dada setiap warganya sejak sekian lama.
(Dipetik daripada cerpen “Munsyi” oleh Husna Nazri, dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, 2014)
(i) Apakah unsur negatif yang terdapat di kota besar ? [2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah yang akan menimpa Mel sekiranya berhijrah ke kota tanpa ilmu dan pegangan agama yang kukuh? [3 markah]
(iii) Jelaskan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan dan satu nilai kemanusiaan lagi daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]
Soalan 2 (c) –  Baca petikan prosa tradisional jawab soalan-soalan  menggunakan ayat anda sendiri.
   Maka telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka baginda menyuruh menghimpunkan segala rakyat teluk rantau berhimpun ke Melaka. Dan akan Tun Perak membawa orang Kelang ke Melaka dengan anak isterinya sekali. Maka orang Kelang berdatang sembah kepada Sultan, “ Ya tuanku, segala teluk rantau yang lain semuanya menghadap laki-laki juga; akan patik sekalian dibawa oleh Tun Perak dengan perempuan sekali,”
    Adapun Seri Amerta itu asalnya orang Pasai,tanah Samudera namanya;sebab ia cerdik, lagi tahu berkata-kata, maka dijadikan baginda bentara,digelar baginda Seri Amerta.
Maka diperbuatkan baginda satu bangku tebal, di bawah lutut baginda, di sanalah ia memikul pedang, ialah yang menyampaikan titah raja barang sesuatu.
   Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap,duduk di tanah sama-sama orang banyak. Maka kata bentara yang bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak, “ Tuan Tun Perak,segala orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan. Adapun orang teluk rantau yang lain semuanya menghadap laki-laki
juga;adapun orang Kelang ini menghadap dibawa Tun Perak dengan membawa perempuan sekali. Mengapakah maka demikian fill tuan?       Dipetik daripada prosa tradisional “ Burung Terbang Dipipiskan Lada” antologi Sejadah Rindu KPM
(i) Apakah maksud rangkai kata menghimpunkan segala rakyat. [ 2 markah]
(ii) Nyatakan alasan-alasan Seri Amerta dilantik menjadi bentara. [ 3 markah]
(iii) Peperangan yang berlaku menyebabkan orang Kelang mengambil keputusan untuk membawa anak isterinya ke Melaka bersama-sama. Pada pendapat anda, mengapakah orang Kelang berbuat demikian? [ 3 markah]
Soalan 2 ( d ) – Sajak Baca sajak , kemudian jawab soalan-soalan dengan menggunakan ayat anda sendiri.
SEJADAH RINDU


Terkedu aku
di sejadah rindu
mengungkap kalimah syahdu
bait bicara tersentuh kalbu
merekah keinsafan di hati yang beku
mengenang dosaku yang terdahulu.
Berbekal pancaindera anugerah Tuhan
kupohon kembali nafas kehidupan
dalam keterhadan dan keterbatasan insan
moga terbuka ruang keampunan
sebelum saat aku dinisankan
di masa yang Kautetapkan.
Air mata menjadi saksi
keikhlasan menjadi bukti
akhirnya
aku sujud menghadap Ilahi
di keheningan yang sepi
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.

Hati ini luluh
jiwa yang kaku tersentuh
ayat-ayat cinta disusun kukuh
di sejadah rindu yang lusuh
kemaafan yang kupohon sungguh
dari Pencipta dalam gemuruh.
Ungkapkan doa pada Yang Esa
izinkan aku menjadi manusia
yang taat sentiasa
pada perintah Maha Kuasa
agar aku tidak lupa
dunia ini hanya bersifat sementara.

Mohd. Haikal Aminuddin


(i) Nyatakan hasrat penyajak berdasarkan sajak tersebut. [2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan supaya seseorang yang sudah bertaubat tidak kembali kepada sikapnya yang dahulu? [3 markah]
(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [ 30 markah ] Jawab semua soalan.
a. Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya.
(i) memotong           (ii) menahan      (iii) menarik      [ 6 markah ]
b. Tulis ayat cakap ajuk dibawah ini menjadi ayat cakap pindah tanpa mengubah maksud asalnya.
i. “Pada pendapat kamu, apakah kepentingan pengurusan kewangan dalam kehidupan?” Tanya Cikgu Azurah kepada Yuslina.
ii. “Awak tidak boleh mengambil makanan yang mengandungi kolestrol yang tinggi,”kata pemuda itu kepada rakannya.
iii. “Kamu berhati-hatilah ketika membeli barangan secara atas talian,” pesan Puan Mariam kepada anak gadisnya.[6 m]
c. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
i. Golongan cendikiawan bertanggungjawab untuk menjanakan idea-idea baharu bagi membolehkan pihak berkuasa melakukan perubahan yang banyak secara beransur-ansur demi kebaikkan masyarakat.
ii. Untuk mencegahi jenayah secara berkesan, setiap orang perlulah mengubah sikap tidak perduli apabila melihat jenayah berlaku di hadapan mata dengan alasan perkara itu tidak melibatkan mereka.
iii. Tindakan Dewan Bahasa dan Pustaka mewujudkan sistem odit bahasa harus dipuji kerana semakin banyak pihak yang mengabai martabat dan kedaulatan bahasa kebangsaan kini.
d. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Perbincangan yang berkaitan dengan gaya terkini akan mengundang pro dan kontra lebih-lebih lagi jika sekiranya melibatkan isu budaya. Terdapat setengah pihak yang sentiasa berfikiran positif dengan kemunculan pengaruh budaya asing. Namun begitu, tidak kurang juga yang cukup pantang akan pembiakan budaya luar itu dalam kalangan masyarakat Malaysia. Selain itu, wujud pula golongan yang bersikap endah tidak endah dalam hal ini; mahu ditolak mereka takut dikatakan kuno. Mereka turut tertekan oleh rasa sayang apabila melihat bangsa sendiri terus hanyut dibadai budaya asing. Golongan ini sering mengubah pendirian mereka agar bersesuaian dengan kelompok yang mereka masuki.            [6 markah]
e. Tulis satu ayat bagi setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.
i. indah khabar daripada rupa       ii. bertemu buku dengan ruas   iii. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing [6 markah]
Soalan 4 : Novel [ 15 markah ] Jawab soalan-soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel berikut :
i) Leftenan Adan Wira Bangsa karya Abdul Latif Talib         (ii) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(iii) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhani Matdarin         (iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(v) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip           (vi) Tirani karya Beb Sabariah
(vii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop          (viii) Silir Daksina karya Nizar Parman
(a) Persoalan ketabahan merupakan salah satu daripada persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji. Jelaskan dua persoalan ketabahan dalam sebuah novel yang anda kaji.             [7 markah]
(b) Saspens juga dikenali dengan istilah ketegangan yang bermaksud peristiwa dalam novel yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu dalam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya. Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan satu peristiwa saspens bagi setiap novel tersebut.[8 m]

KERTAS SOALAN TAMAT.




PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM NEGERI PERAK TAHUN 2019
1103/2
TINGKATAN 5




 
Soalan 1 : Rumusan [30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha untuk melahirkan masyarakat yang melestarikan alam dan kesan-kesan buruk pencemaran dalam kehidupan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
                Masyarakat harus sedar tentang kepentingan teknologi hijau. Dengan kesedaran itu, masyarakat tidak lagi bergantung dengan sepenuhnya pada sumber tenaga daripada petroleum, gas dan arang batu serta berjaya mengecilkan peratus pencemaran melalui pelbagai aktiviti yang menggunakan sumber tenaga alternatif. Gaya hidup yang dilihat tidak lestari yang berasaskan karbon dan tenaga fosil diubah kepada gaya dan penggunaan tenaga yang boleh dibaharui. Perubahan ini menjadi asas kepada aktiviti ekonomi dan sosial masyarakat. Tambahan pula, kini terdapat banyak pilihan dan cara untuk menghasilkan tenaga alternatif seperti tenaga suria (panel fotovolta solar), tenaga angin, tenaga hidro (empangan), tenaga ombak, dan tenaga berasaskan tumbuhan dan haiwan (tenaga biogas dan biobahan api).
                Sememangnya sudah ada usaha-usaha untuk melahirkan masyarakat yang faham tentang teknologi hijau demi kelangsungan dan kemandirian manusia. Kerajaan telah mewujudkan sistem pengangkutan baharu seperti sistem transit massa (MRT). Perancangan untuk mewujudkan MRT berasaskan elektrik dapat mengurangkan jejak karbon bagi setiap penduduk terutamanya di bandar besar. Selain itu, terdapat seruan kepada rakyat agar berbasikal atau berjalan kaki untuk jarak dekat manakala ada sesetengah pihak membuat syor agar mengurangkan atau menghapuskan terus penggunaan kenderaan bermotor.
                Semua usaha dan cadangan ini dilakukan untuk membawa masyarakat keluar daripada pergantungan yang keterlaluan terhadap sumber tenaga daripada petroleum dan mengurangkan kesan pencemaran karbon dioksida terutamanya daripada asap kenderaan. Hal ini demikian kerana kajian mendapati bahawa eksos kereta di seluruh dunia mengeluarkan kira-kira 300 juta tan gas beracun pada setiap tahun seperti karbon monoksida, nitrogen oksida, hidrokarbon, sulfur dioksida, dan partikel padu. Kenderaan enjin diesel pula kurang melepaskan gas toksik tetapi mengeluarkan lebih banyak jelaga. Kadar karbon monoksida yang dihasilkan daripada sistem pengangkutan sangat tinggi, iaitu 70 peratus hingga 80 peratus dan menjadi penyumbang utama pencemaran udara.
                Institusi penyelidikan tempatan meningkatkan kajian atau penyelidikan tentang penggunaan tenaga nuklear untuk menyokong usaha ini. Kerajaan pula melaksanakan pelbagai kempen dari semasa ke semasa seperti mengurangkan penggunaan beg plastik, meningkatkan amalan kitar semula, dan amalan hidup sihat. Jabatan Alam Sekitar tidak ketinggalan menganjurkan Program Sekolah Bestari, Anugerah Alam Sekitar, dan Bandar Lestari. Anugerah ini diharap akan dapat mengubah tingkah laku masyarakat untuk mengurangkan jejak karbon yang dimiliki oleh mereka. Namun begitu, usaha-usaha ini tidak akan mencapai kejayaan yang membanggakan sekiranya masyarakat masih terus duduk senang menikmati apa-apa yang ada di hadapan mata sekarang tanpa memikirkan cabaran yang bakal dihadapi pada masa depan.
Dipetik diubah suai ‘Teknologi Hijau Melestarikan Alam’oleh Syahril Izwan Abd Yamin,Dewan Kosmik, Jan 2016.
Soalan 2 : Pemahaman[35 markah]
Soalan 2 (a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)         Berikan maksud rangkai kata penyumbang utama                         .               [2 markah]
(ii)  Pengarang mengemukakan beberapa bukti yang menunjukkan bahawa sistem pengangkutan menjadi penyumbang utama pencemaran udara. Nyatakan bukti-bukti tersebut.                                         [3markah]
(iii)   Pergantungan yang keterlaluan terhadap sumber minyak menjadikan dunia berhadapan dengan krisis sumber yang begitu membimbangkan. Ramalkan kehidupan manusia sekiranya bumi kehabisan minyak.        [4 markah]
Soalan 2 (b) – Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya  dengan menggunakan ayat anda sendiri.
                Saya akur dengan permintaan bonda mahu saya menjaga buku-buku itu dengan baik. Kata bonda, hanya insan bernama Musyi sahaja yang layak menyimpan khazanah lama itu. Lalu, sebaik sahaja tiba di ibu kota, saya berusaha menjejak tempat kediaman sahabat bonda melalui peta yang dibekalkan bonda.Pencarian saya membawa saya ke sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota yang merupakan tanah rizab Melayu. Akhirnya, selepas bertanya beberapa kali, saya tiba di sebuah rumah kayu berukir indah dengan pelbagai seni dan corak. Salam saya akhirnya dijawab seorang lelaki pada usia emas dengan janggut menutupi sebahagian muka yang putih bersih. Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju Melayu bersamping bagaikan seorang maharaja pada zaman Kesultanan Melayu.Jari jemarinya lengkap menggenggam sebilah keris bersarung cantik. Dia memandang saya lama-lama.
                “ Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya?”
                Selepas saya memperkenalkan diri, dia mula tersenyum meramahi saya sebelum menjemput saya masuk.
                Kami bersalaman erat. Saya menyampaikan salam bonda kepadanya sebelum menghulurkan beg berisi puluhan kitab lama yang saya bawa dari kampung.
                Minggu-minggu pertama saya berada di kota mewah ini, dapat saya saksikan kerapuhan jiwa anak-anak muda sebangsa  saya. Mereka dihanyutkan keseronokan hidup dengan memperdagangkan maruah dan peribadi.Saya berasa jelik dan aib menyaksikan adengan sumbang wajah-wajah anak muda peribumi tanah air ini yang tidak segan silu menjual  bahasa  ibunda dan merosakkan agama yang murni.
Dipetik daripada cerpen “Musyi”dalamAntalogi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,DBP
(i)             Apakah yang ‘saya’  lakukan selepas menerima pesanan bonda?[2 markah]
(ii)            Jati diri remaja pada masa kini semakin luntur.Pada pendapat anda , bagaimanakah cara untuk memupuk semangat cinta akan bahasa kebangsaan dalam kalangan remaja?[3 markah)
(iii)           Huraikansatu perwatakkan ‘saya’ yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu perwatakkan ‘saya’ yang lain dari keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [ 4 markah
Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Tradisional Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti , kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka titah Seri Betara, “ Hai Patih Gajah Mada,segeralah suruh hantar ke Melaka,” Maka Patih Gajah Mada pun berlengkap sebuah perahu dengan sepuluh orang sertanya yang pergi. Setelah sudah berlengkapmaka Kertala Sari pun belayarlah.
Berapa lamanya maka Kertala Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia pun singgah di luar kota pada kampong segala Jawa. Maka Kertala Sari pun menyamarkan dirinya kepada segala Jawa yang banyak itu. Maka Kertala Sari pun sedia kala berjalan keluar masuk bermain-main segenap kampong orang kaya-kaya dan saudagar.
Setelah diketahuinya, maka Kertala Sari pun masuk menyamar pada orang Patih Kerma Wijaya. Tatkala itu Kertala Sari pun masuk seorangnya mengikut Patih Karma Wijaya pergi menghadap sama dengan Jawa banyak itu. Maka oleh Kertala Sari segala hulubalang yang menghadap sama-sama itu dilihatnya seorang  kepada seorang. Maka Kertala Sari pun pandang pada Laksamana: maka ia pun fikir dalam hatinya, “Dialah gerangan hulubalang Ratu Melaka yang bernama Laksamana itu. Jikalau demikian lakunya , sungguhlah ia dapat membunuh bapaku, kerana ia penjurit besar lagi kepetangan,”
Dipetik daripada ‘ Kepimpinan Melalui Teladan’ dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,KPM
(i)             Berikan maksud rangkai kata setelah sudah lengkap. [2 markah]
(ii)            Apakah tindakan Kertala Sari setelah sampaike Melaka?  [3 markah]
(iii)           Rakyat hendaklah mempunyai sikap taat dan setia terhadap pemerintah tanpa berbelah bahagi.
Pemerintah yang adil dan saksama merupakan elemen penting dalam sesebuah  negara ? [3 markah]
Soalan 2(d) – Petikan Puisi Tradisional
Baca petikan sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
ERTI HIDUP BERERTI


Aku selalu didatangi
malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan datang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi

.Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang

Aku bagi mereka
tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.



(Dipetik daripadaErti Hidup Bererti, AntologiSejadah Rindu, Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)                    Apakah harapan penyajak dalam rangkap ketiga sajak tersebut.                                [2markah]
(ii)            Ibu bapa merupakan insan yang perlu dihormati dan disayangi.Pada pendapat anda, bagaimanakah cara seorang anak menghormati dan menyayangi ibu bapa?  [3markah]                                                                                              
(iii)           Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.                 [4markah]
Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Berbahasa [30 markah]
Jawab semua soalan
(a)   Bina dua ayat bagi setiap perkataandi bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas

i)              berkas
ii)             alamat
iii)            pusat                          

(b)   Berdasarkan ayat di bawah, bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata Tanya  digunakan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata  berhuruf condong dalam ayat-ayat yang diberikan.
i)              Pertandingan bola sepak Piala Dunia diadakan di Russia.
ii)             Penceraian ibu bapa merupakan punca anak-anak bermasalah di sekolah.
iii)            Adik telah memakan buah pisang di dalam kotak itu.
iv)            Penumpang bas persiaran itu dikejarkan ke hospital akibat kecederaan parah semasa bas itu kemalangan.
v)             Kejadian angin kencang yang menumbangkan banyak pokok telahberlaku awal pagi semalam.
vi)            Bagi membuat kuih baulu yang sedap perlulah menggunakan tepung gandum yang berkualiti. [ 6 markah]
(c)          Dalam setiap ayat terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i)              Pihak sekolah mengundang ibu bapa untuk datang ke sekolah bagi menandatangankan rekod kemajuan murid sambil berbincang dengan guru-guru tentang prestasi akademi anak-anak masing-masing.
ii)             Kerajaan digesa ambilkan tindakan terhadap laman sesawang lucah yang semakin banyak seperti cendawan tumboh selepas hujan.
iii)            Kita perlu menggembeleng tenaga untuk memajukan negara dalam semua aspek penghidupan dengan mengekalkan budaya tempatan yang murni.         [ 6 markah]
(d)         Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.
Sukan merupakan lapangan yang merangkumi semua aktiviti kecerdasan atau kemahiran dalam sesuatu permainan. Selain itu, sukan tidak sahaja menjadi medan untuk mempamerkan skil permainan atlet dalam bidang masing-masing malahan menjadi medan yang dapat meningkatkan mutu permainan sesebuah pasukan. Lazimnya tiap negara mampu mengaut keuntungan yang lumayan dalam penganjuran kejohanan sukan yang bermutu dan bertaraf dunia.                 [ 6 markah]
(e)   Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam  ayat-ayat  tersebut.
i)      Hasil siasatan yang dilakukan, pihak polis mendapati kejadian rompakan di pasar raya itu dilakukan oleh beberapa orang pegawal keselamatan yang bertugas pada waktu malam.
ii)     Kekuatan sesebuah masyarakat amat bergantung pada silaturahim dan saling memahami antara satu sama lain.
iii)     Oleh sebab gemar menceritakan hal-hal orang dan suka menipu, Asma telah dimarahi di depan khalayak ramai oleh jiran-jirannya. [ 6 markah]
Soalan 4 : Novel[15 markah]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:                
(i)             Pantai Kasih karya Azmah Nordin     (ii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusof
(a)   Dalam sesebuah novel, aspek latar sering digarap  oleh pengarang agar cerita menjadi relevan atau munasabah.  Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan dua latar tempat yang terdapat dalam novel  tersebut.               [7 m]
(b)   Berdasarkan  dua buah novel yang telah anda pelajari, nyatakan satu contoh peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian dalam setiap novel. Berikan penjelasan anda.             [8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT



BAHASA MELAYU KERTAS 2  PERCUBAAN NEGERI JOHOR 2019
Soalan 1: Rumusan [30 markah] Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan aura positif dalam kehidupan remaja dan langkah-langkah memupuk aura positif. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
    Aura ialah istilah yang berasal daripada perkataan bahasa Latin yang membawa maksud, angin atau nafas. Kamus Dewan Edisi Keempat mentafsirkan perkataan ini sebagai suasana atau perasaan halus yang menyelubungi seseorang atau sesuatu. Artikel hasil tulisan Shafinaz Sheikh Maznan berjudul, “Aura Positif dan Negatif” (Utusan Malaysia, 2005),
memetik definisi aura yang diberikan oleh pakar terapi aura, Dr. Ridzuan Noor yang menerangkan aura sebagai suatu medan tenaga yang hidup yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Shafinaz Sheikh Maznan berpendapat bahawa aura seseorang individu itu memancar dan berupaya mempengaruhi setiap orang di sekelilingnya. Kita akan berasa tidak selesa sekiranya aliran tenaga yang keluar bersifat negatif dan hal ini boleh dimanifestasikan dalam bentuk raut wajah tidak berseri yang ditonjolkan oleh seseorang itu. Namun demikian, jika aura positif atau aliran tenaga positif yang terpancar, sudah tentu raut wajah yang menarik dan tinggi keyakinan akan dapat diperhati.
     Prof. Dr. Muhaya Mohamad dalam rencananya “Membina Aura dan Pesona Diri Positif” (Utusan Malaysia, 2014) menjelaskan bahawa seseorang yang beraura positif senang didekati kerana aura positif yang terpancar di wajahnya akan menjadi magnet menarik perhatian orang lain untuk mendekati dirinya. Apa-apa imej dan reaksi yang terpancar pada wajah seseorang individu itu lalu dipamerkan kepada orang lain akan menjadi petanda jenis aura yang ada dalam dirinya. Aura positif yang bermula dengan dunia dalaman yang baik akan berupaya menentukan dunia luarannya. Dr. Ridzuan Noor menyatakan bahawa aura boleh menjadi positif atau negatif bergantung pada keadaan emosi, mental, fizikal dan tahap kerohanian seseorang. Beliau menerangkan lagi bahawa individu yang mempunyai aura positif melebihi aura negatif khasnya ketika berhadapan masalah akan dapat menghalang kemasukan gelombang negatif ke dalam tubuh.
     Menurut Dr. Ridzuan Noor juga, semua aura pada asalnya bersifat positif tetapi perasaan negatif seperti marah, sedih, putus asa, gelisah, hasad dengki dan stres dapat menukarkan aura positif kepada negatif. Sebaliknya, individu dengan kombinasi emosi positif seperti sabar, tenang, fokus dan berkasih sayang akan mampu menukarkan aura negative menjadi aura positif. Selain itu, keadaan fizikal yang lemah disebabkan sakit, depresi atau keletihan dapat mengganggu lingkaran aura positif yang menyelubungi diri. Fizikal yang kuat hasil daripada bersenam dan menjalani kehidupan yang hebat pula mampu meningkatkan kekuatan aura positif. Hal ini akan melahirkan individu yang sentiasa sihat dan jauh daripada penyakit. Usaha untuk meningkatkan unsur-unsur positif di sekeliling seseorang individu berpotensi membantu memacu kejayaan yang konsisten dalam kehidupan remaja. Oleh hal yang demikian, keperluan untuk memahami konsep aura dan langkah-langkah mencorakkan aura positif dalam diri seseorang perlu diperhalusi agar dunia positif akan dapat diperkukuh dalam kalangan masyarakat.
Dipetik dan diubahsuai daripada ‘ Aura Positif Remaja’, oleh Noraziah Mohd Amin, Dewan Siswa, 2017.
Soalan 2: Pemahaman Soalan 2 (a) - Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata kombinasi emosi. [2 markah]
(ii) Berdasarkan petikan, terdapat beberapa faktor yang boleh menukar aura positif menjadi aura negatif. Nyatakan faktor-faktor tersebut. [3 markah]
(iii) Kekuatan aura positif dalam kalangan remaja akan membantu mencapai kejayaan yang konsisten dalam kehidupan mereka. Pada pendapat anda, apakah cabaran yang dihadapi oleh remaja dalam membentuk aura positif? [4 markah]
Soalan 2(b) – Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakannya ayat anda sendiri.
 “Tuan inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya?” Selepas saya memperkenalkan diri, dia mula tersenyum meramahi saya sebelum menjemput saya masuk. Kami bersalaman erat. Saya menyampaikan salam bonda kepadanya sebelum menghulurkan beg berisi puluhan kitab lama yang saya bawa dari kampung.
Minggu-minggu pertama saya berada di kota mewah ini, dapat saya saksikan kerapuhan jiwa anak-anak muda sebangsa saya. Mereka dihanyutkan keseronokan hidup dengan memperdagangkan maruah dan peribadi. Saya berasa jelik dan aib menyaksikan adegan sumbang wajah-wajah anak muda peribumi tanah air ini yang tidak segan silu menjual bahasa ibunda dan merosakkan agama yang murni. Anak-anak muda lelaki perempuan berpelesiran dalam pergaulan bebas sambil bercakap dalam bahasa yang entah apa-apa.
Mereka bergelak tawa dalam loghat yang direka-reka konon untuk menunjukkan kemodenan. Saya jadi keliru dengan setiap patah slanga dan klausa yang tidak saya faham. Ada yang menggunakan pelbagai istilah rojak yang dicampuradukkan dengan bahasa asing yang mengelirukan. Saya jadi buntu. Malah berasa malu dengan sikap dan gelagat anak-anak muda sebangsa saya yang telah hilang identiti dan jati diri di negara mewah ini.
Dipetik daripada cerpen 'Munsyi' oleh Husna Nazri dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, DBP
(i) Berdasarkan petikan, gambarkan keadaan anak-anak muda di kota mewah. [2 markah]
(ii) Pada pandangan anda, apakah langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa untuk membendung keruntuhan akhlak generasi muda di kawasan bandar?  [3 markah]
(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran lain daripada keseluruhan cerpen ini yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
Soalan 2(c) – Baca petikan prosa tradisional  dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan  menggunakan ayat anda sendiri.
    Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum. Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka Raja, setengah pada Seri Nara Diraja, kerana kedua-duanya sama orang berasal. Maka Seri Nara
Diraja tidak muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga; beberapa kali lain Paduka Raja kedapatan dengan Paduka Raja dalam kampung Seri Diraja. Maka Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu maka terlalulah dukacita baginda melihat kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja itu. Maka fikir di dalam hati baginda, “Jikalau demikian
binasalah negeri ini, kerana orang besarnya tidak muafakat sama orang besar.”
      Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun hadirlah. Maka titah Sultan Muzaffar Syah, “Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?”
Maka sembahnya, “Jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan, baiklah, tuanku.”
Maka titah baginda, “Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Bulan, anak orang Kaya Hitam?”
Maka sembahnya, “Mohon patik tuanku.”
Maka titah baginda, “Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?”
Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu Dewan Bahasa dan Pustaka
(i) Berdasarkan petikan tersebut, apakah peristiwa yang terjadi selepas Paduka Raja dan Seri Nara Diraja menjadi orang besar?[2 markah]
(ii) Nyatakan reaksi Sultan Muzaffar Syah apabila mengetahui perihal Seri Nara Diraja tidak bermuafakat dengan Paduka Raja. [3 markah]
(iii) Raja yang adil sentiasa memikirkan kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi. Pada pendapat anda, mengapakah seseorang pemimpin perlu memerintah secara adil dan saksama dalam pemerintahannya? [3 markah]
Soalan 2(d) – Sajak Baca seloka , kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY


1 Dalam kebun diriku
aku tanam saujana rancangan
untuk memerdekakan warga susahku
untuk menentang senja dan malam.
2 Dalam parlimen diriku
aku bahas isu onak dan enak
untukku merdekakan warga fikirku
mengelak hidup dikotak-katikkan..
3 Dalam laut diriku
ombak gelora menampar pantai aman
untuk menguji amal dan iman.
4 Dalam gergasi diriku
terpedaya jua oleh permainan si kancil
namun sempat sedar dan beringat lagi.
5 Dalam pentas diriku
aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan
menghayati skrip demi skrip
yang tak duga klimaksnya.
6 Dalam dewan diriku
aku tak cemas lagi
oleh kata yang mengekang
aku tak lemas lagi
oleh kata yang menyerang.
7 Apabila sebermerdeka sampai
ke rumah cabaranku
aku panggil diriku bermesyuarah
menyokong, berkecuali atau menentang
aku ambnil keputusan
waktu itu aku kenal batas diri
untuk tidak mengulangi kekalahan.
8 Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia
aku turun darinya menghadapi hidup nyata
peristiwa datang peristiwa pergi
bagai siang memanggil malam
dan sibermerdeka terus berkaca
terus mengalirkan arus ingatan
elakkan dirimu menjadi sia-sia
hamparkan dirimu di persada Tuhan




Abdul Ghafar Ibrahim Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
(i) Berikan maksud rangkap kelima sajak di atas. [2 markah]
(ii) Dalam sajak tersebut, penyajak menyatakan bahawa dia telah bersedia untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan. Pada pendapat anda, apakah persediaan yang seharusnya kita lakukan untuk mengharungi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini?[3 markah]
(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas?[4 markah]
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan.
a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
(i) antibiotik   (ii) nasionalisme   (iii) tatatertib  (iv) poliklinik  (v) iktibar  (vi) mustajab [6 markah]
b) Gabungkan ayat di bawah menggunakan kata hubung supaya menjadi satu ayat majmuk tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Pihak polis telah menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa. Empat orang lelaki Afrika tertangkap. Empat orang lelaki Afrika telah menipu ramai rakyat Malaysia terutamanya gadis tempatan.
(ii) Restoran Selera Cik Siti menawarkan pelbagai jenis makanan. Restoran Selera Cik Siti turut menawarkan pelbagai jenis minuman. Makanan dan minuman itu menjadi tarikan utama pelanggan untuk ke restoran itu.
(iii) Pembukaan taman tema air dapat membantu menjana pendapatan negara. Pembukaan taman tema air juga dapat menarik kemasukan pelancong asing. Pembukaan taman tema air boleh mengeratkan hubungan silaturahim dengan keluarga.    [6 markah]
c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
(i) Progrem tersebut diadakan untuk memperluas pengetahuan pelajar dalam bidang tulisan.
(ii) Warga negara Malaysia yang berumur 21 tahun sudah boleh diundi calon pilihan mereka jika pilihan raya diadakan.
(iii) Hampir seluruh bandar dan wilayah di Thailand dapat dikunjung oleh pelancong dengan menaiki bas ekspress dari Bangkok. [6 m]
d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
(i) Hasrat wakil Thailand untuk membentuk kad perniagaan sebagai salah satu platform untuk memudahkan urusan perniagaan akan dipertimbangkan oleh kerajaan demi kebaikan kedua pihak.
(ii) Susun arah perabot dan hiasan dalaman di mini perpustakaan itu sangat menyenangkan hati pengunjung yang berkunjung ke situ.
(iii) Rakyat-rakyat negeri itu begitu teruja untuk menyambut keberangkatan sampai baginda sultan yang baru ditabalkan ke daerah mereka.  [6 markah]
e) Berikan maksud peribahasa di bawah.
(i) Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.       (ii) Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
(iii) Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.     [6 markah]
Soalan 4 : Novel [15 markah]    Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut :
(i) Leftenan Adan Wira Bangsa karya Abdul Latif Talib         (ii) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(iii) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhani Matdarin         (iv) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(v) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip           (vi) Tirani karya Beb Sabariah
(vii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop          (viii) Silir Daksina karya Nizar Parman
a) Huraikan tema sebuah novel yang telah anda pelajari. [7 markah]
b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel tersebut.[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan Tiru