Bahasa Melayu eksklusif untuk calon SPM

Sabtu, 7 September 2019

ANALISIS PERBANDINGAN SOALAN KARANGAN BMSPM (KERTAS 1 BAHAGIAN B) NOV. 2014 – JUN 2019

 Kertas 1  BM SPM 
Bahagian A

ANALISIS SOALAN KARANGAN BAHAN RANGSANGAN
JUN 2010 - JUN 2019
TAHUN
TEMA
2010(J)
 Punca pencemaran udara
2010(N)
 Grafik penjagaan kesihatan - Cara-cara menjalani kehidupan yang sihat
2011(J)
 Kepentingan pengangkutan awam
2011(N)
 Faedah belajar secara berkumpulan
2012(J)
 Faedah menggunakan perpustakaan
2012(N)
 Aktiviti sambutan Hari Kebangsaan di sekolah
2013(J)
 Langkah-langkah menjaga keselamatan di jalan raya
2013(N)
 Kepentingan memelihara dan memulihara bangunan-bangunan  bersejarah di negara kita
2014(J)
 Langkah-langkah menjaga keselamatan kanak-kanak
2014(N)
 Faedah menyertai sukan lasak kepada seseorang.
2015(J)
 Langkah-langkah untuk menjimatkan perbelanjaan.
2015(N)
 Tujuan mengadakan sambutan Hari Guru di peringkat sekolah
2016(J)
 Kepentingan memelihara hutan
2016(N)
 Ciri-ciri sekolah selamat
2017(J)
 Kepentingan pasar tani
2017(N)
 Peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah
2018(J)
 Punca-punca keracunan makanan
2018(N)
 Langkah-langkah untuk menggalakkan orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam.
2019(J)
 Faedah-faedah inovasi dalam kehidupan


ANALISIS PERBANDINGAN SOALAN KARANGAN BMSPM
(KERTAS 1 BAHAGIAN B)
NOV. 2014 – JUN 2019 
(MENGIKUT SOALAN & TEMA) 


      

TAHUN
SOALAN 1
SOALAN 2
SOALAN 3
SOALAN 4
SOALAN 5
NOV 2014
Syarahan – Penggunaan masa berkesan melahirkan individu cemerlang.
Peranan setiap ahli keluarga dalam membantu anak-anak ketika menghadapi sesuatu masalah.
Perbincangan – usaha kerajaan memajukan bidang pertanian memang wajar kerana bidang ini memberikan pelbagai kebaikan kepada rakyat dan negara.
Bentuk-bentuk kerjasama antara negara-negara  di dunia - usaha membanteras penyeludupan dadah.
Huraikan aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk memupuk minat murid terhadap karya sastera.
JUN 2015
Kelebihan-kelebihan apabila kita menguasai lebih daripada satu bahasa.
Syarahan – Yang tua dihormati, yang muda disayangi.

Huraikan bagaimana keindahan alam semula jadi dan keunikan bentuk muka bumi itu dapat dijadikan produk pelancongan bagi menarik pelancong datang ke Malaysia.
Pelbagai faktor yang mempengaruhi pencapaian seseorang ahli sukan.

Drama di pelbagai saluran televisyen tempatan sarat dengan pengajaran.
NOV 2015
Laporan kejadian bencana alam dan bantuan yang diberikan oleh pasukan sukarelawan anda.
Ulasan – Aktiviti rekreasi membawa pelbagai manfaat kepada masyarakat.
Kepentingan mengekalkan budaya warisan kaum.
Usaha-usaha pelbagai pihak mengekalkan keamanan sejagat.
Jelaskan perkara-perkara yang dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan kita setelah membaca karya sastera.
JUN 2016
Pelbagai aktiviti di sekolah untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Langkah-langkah yang perlu kita lakukan untuk kesihatan sepanjang hayat.
Pidato Bahasa Kebangsaan Pemangkin Perpaduan Rakyat

Kemajuan infrastruktur memainkan peranan penting meningkatkan eksport negara.
Pengajaran-pengajaran daripada pantun yang berkaitan dengan kepentingan budi.
NOV 2016
Ceramah - Cara-cara mengurangkan risiko kemalangan jalan raya dalam kalangan murid

Peranan ahli keluarga dalam membantu para remaja menghadapi cabaran-cabaran hidup akibat pengaruh rakan sebaya, media massa dan budaya Barat.
Sikap kurang prihatin terhadap alam sekitar telah menyebabkan berlakunya banjir yang membawa pelbagai kesusahan kepada banyak pihak. Berikan komen anda.
Tahap kesedaran masyarakat tentang penyakit berbahaya yang mengancam nyawa manusia seperti barah dan demam denggi masih rendah. Bincangkan.
Berikan pendapat anda tentang cara-cara menghargai sumbangan golongan sasterawan di negara kita.
JUN 2017
Cara-cara menangani stres.
Kebaikan-kebaikan melancong bersama-sama keluarga,

Syarahan - Peranan sukan dalam mengharumkan nama negara.
Manfaat-manfaat program pertukaran pelajar antara negara.
Tulis cerita berdasarkan maksud peribahasa 'setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga'
NOV 2017
Setiap anak seharusnya mempunyai impian untuk menjadi individu kebanggaan keluarga. Berikan komen anda.
Sekolah turut berperanan dalam pemupukan amalan mencintai alam sekitar dalam diri murid-murid. Huraikan peranan sekolah dalam pemupukan amalan tersebut dalam diri murid-murid.
Sebagai negara yang subur dan kaya dengan pelbagai sumber, Malaysia seharusnya menuju ke arah negara yang membekalkan makanan yang cukup kepada rakyatnya di samping mengurangkan kebergantungan kepada makanan yang diimport. Jelaskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang menghasilkan makanan yang cukup untuk rakyatnya.

Anda ingin menulis sebuah rencana dalam akhbar tempatan. Tajuk rencana anda ialah `Kebaikan-kebaikan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) kepada Masyarakat Antarabangsa'.
Tulis rencana itu selengkapnya.

Jikalau kamu bersifat pemurah, Segala manusia datang menyerah.
Petikan gurindam di atas menjelaskan bahawa individu yang bersifat pemurah mudah memperoleh pertolongan daripada orang lain. Selain mudah memperoleh pertolongan, jelaskan kelebihan-kelebihan yang diperoleh individu yang bersifat pemurah.
JUN 2018
Kerjaya seseorang dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti minat, bakat, kemahiran dan pencapaian akademik. Ulas pernyataan tersebut.
Setiap keluarga disarankan agar  mengamalkan sikap berjimat cermat dan kehidupan seharian. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara berjimat cermat.
Rencana " Amalan gaya hidup sihat dapat meningkatkan kualiti hidup"
Selain Malaysia yang mempunyai pelbagai keistimewaan, negara-negara lain juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Jelaskan keistimewaan-keinstimewaan sebuah negara lain yang menjadi pilihan anda.
Peribahasa 'ukur baju di badan sendiri' bermaksud  berbuat sesuatu atau bertindak atau berbelanja mengikut kemmapuan diri sendiri. Bincangkan.
NOV 2018
Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum memberikan banyak faedah kepada murid. Huraikan faedah-faedah tersebut.
Ibu bapa perlu memupuk sikap saling menghormati antara kaum dalam kalangan anak-anak sejak kecil lagi.
Ulas pernyataan tersebut.

Anda akan mengambil bahagian dalam satu pertandingan pidato. Tajuk pidato anda ialah `Sukan Mengukuhkan Perpaduan'.
Tulis teks pidato itu selengkapnya.

Malaysia sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan negara-negara luar dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, sosial dan ekonomi.
Bincangkan kepentingan-kepentingan hubungan baik tersebut.
Karya sastera seperti novel yang diadaptasi dalam bentuk drama atau filem memberikan banyak manfaat kepada pelbagai pihak.
Jelaskan.

JUN 2019
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama-sama ahli keluarga untuk merapatkan hubungan kekeluargaan.
Jelaskan aktiviti-aktiviti tersebut.

Perniagaan secara dalam talian semakin mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat.
Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan perniagaan tersebut mendapat sambutan.

Anda akan menyertai satu pertandingan pidato. Tajuk pidato anda ialah `Amalan Nilai Murni Melahirkan Masyarakat Harmoni'.
Tulis teks pidato tersebut selengkapnya.

Semua negara di dunia bertanggungjawab dan perlu bekerjasama dalam penjagaan alam sekitar.
Huraikan bentuk-bentuk kerjasama antara negara di dunia bagi menjaga alam sekitar.

Pembacaan karya sastera seperti novel, cerpen dan puisi memberikan pelbagai faedah kepada pembaca.
Huraikan faedah-faedah tersebut.


Khamis, 5 September 2019

Penjagaan kebersihan amat penting dalam usaha melahirkan generasi yang cinta akan kebersihan Huraikan cara-cara anda menjaga kebersihan.


Penjagaan kebersihan amat penting dalam usaha melahirkan generasi yang cinta akan kebersihan
Huraikan cara-cara  anda menjaga kebersihan.
 (BM kertas 1 bahagian B - soalan 1  percubaan SPM 2019 - Kelantan )

Saya telah dididik sejak kecil lagi peri pentingnya menjaga kebersihan.  Suasana bersih selesa memang menjadi suatu keutamaan keluarga. Ibu bapa saya, pembersih orangnya.  Sikap bersih mereka berdua kini saya dan adik-adik saya warisi. Pelbagai cara saya lakukan untuk menjaga kebersihan. Mungkin tidak cukup kertas untuk saya ceritakan segala-galanya, tetapi ingin saya kongsikan kaedah misteri paling unik saya menjaga kebersihan.
.
Antara cara paling unik saya menjaga kebersihan saya mulakan   dengan menjaga kebersihan bilik tidur saya. Saya pastikan setiap pagi saya ada masa  untuk mengemas bilik tidur saya sebelum terbit mentari.  Saya pastikan kamar tidur saya bersih sebersihnya sebelum sesuatu yang tidak diduga berlaku. Semua adik beradik saya , termasuk  saya sendiri perlu  kemas bilik tidur sebelum ibu datang menjenguk.  Kalau ada yang tidak kena, tidak kemas, cadar terbalik misalnya, atau kain pelikat sejadah bersepah maka akan bermulalah siaran Radio Malaysia Kelantan. Kelantan FM akan mula bersiaran! Ibu saya akan membebel tanpa henti....."Jangan jadikan tempat tidur serupa tempat kucing beranak!"  kata ibu. Ternyata membersihkan kamar tidur adalah rutin harian saya menjaga kebersihan.
.
Seterusnya saya amat mengutamakan kebersihan diri, saya mandi pagi sebelum mengambil wuduk untuk solat subuh,. Walau terpaksa berebut bilik air dengan adik beradik, tetapi mereka terpaksa beralah dengan saya sebab  pagi-pagi saya mengejar masa untuk ke masjid dengan ayah saya.  Saya bonceng motosikal ayah, kalau saya lambat ayah akan tinggalkan saya. Saya  terpaksa jalan kaki. Jadi  pagi-pagi saya berebut bilik air. Apabila saya sudah berjaya masuk bilik air saya mandi sungguh-sungguh  Saya guna gayung ,berlama-lama mandi. Fuhh... sejuknya air bukan kepalang. Waktu pagi di Tanah Merah cuaca memang sejuk. Airnya pun sejuk. Terasa macam berada pada musim sejuk di Eropah.  Apabila saya rasa badan saya sudah cukup bersih, barulah saya keluar bilik air . Kakak dan adik-adik tunggu di luar bilik air, biasalah mereka akan menjeling saya. Saya hanya SENYUM. Ohoooh..kalau berlaku bekalan air di rumah terputus, saya akan mandi di masjid!  Yang penting, saya bersihkan diri dengan mandi pada waktu pagi.
 .
Selanjutnya satu lagi aspek kebersihan yang saya jaga, ialah saya pastikan makanan yang saya suap ke mulut saya benar-benar bersih. Saya suka masakan ibu saya kerana saya yakin makanan dimasak oleh ibu saya adalah yang paling bersih di dunia. Saya memang ‘alergic’ trauma dan fobia dengan makanan yang dijual di warung di tepi jalan, sebab saya ragui akan kebersihan dan kesegaran makanan itu. Sesekali saya bantu ibu memasak. Setakat tolong masak nasi, saya memang ada Ummph.... saya basuh beras  dua kali. Kali ketiga baru boleh dijerang. Selepas makan saya  pastikan sisa makanan saya masukkan ke dalam plastic sampah.  Dan saya buangkan terus ke tempat pelupusan sampah dalam perjalanan saya ke sekolah. Bukannya susah sangat sebab alah bisa  tegal biasa. Saya akui saya memang cerewet tentang kebersihan makanan. Yang jelas  melalui sentuhan atau deria bau saya tahu sama ada makanan itu sudah lama atau masih 'fresh', sebelum makan buah buahan misalnya, saya pastikan buah-buahan saya basuh terlebih dahulu.
Selain itu  kebersihan pakaian bukanlah suatu masalah bagi saya. Saya anak lelaki. Baju saya, saya bersih sendiri. Saya basuh dan saya jemur  di ampaian di belakang rumah saya.  Saya tidak susahkan ibu saya. Saya tidak pakai mesin basuh.  Rumah saya tidak ada mesin basuh. Dulu ada, sekarang tiada. Tetapi kebersihan tetap saya utamakan. Saya guna berus dan sabun. Kain pelikat, kemeja, baju sekolah saya basuh  dalam baldi, saya berus satu persatu. Kasut dan stoking sekolah saya basuh dan sayur jemur  pada pelepah kelapa di tepi rumah saya . Kekadang saya  ‘offer’ bersihkan  kain pelikat, baju Melayu ayah apabila saya tengok ibu saya sibuk.  Sememangnya pakaian bersih adalah imej  dan penampilan diri saya, saya akan segera bersihkan walaupun ada  hanya setitik dakwat tumpah di baju.
Tidak lengkap rasanya, kalau saya tidak saya ceritakan cara saya menjaga kebersihan rumah saya selepas banjir 2014. Rumah saya tenggelam 100 peratus. Selut memenuhi rumah. Semua perabot, termasuk mesin basuh hilang dibawa arus deras.  Hampir setiap hari, berbulan lamanya saya penuhi masa bersama-sama keluarga untuk membersih, mencuci,  mengemas, membuang selut, sampah sarap, longgokan kayu, perabot mereput digenangi air. Selama lebih seminggu berlakunya banjir terburuk dalam sejarah negeri Kelantan. Tidak ada air mata yang gugur tetapi saya tahu ayah dan ibu saya sedih. Tanpa kata, tanpa suara, kami lakukan pembersihan tanpa henti. Banyak kehilangan kami alami. Mana yang patut saya buang, saya buang ke tempat pelupusan disediakan oleh sukarelawan  banjir. Yang patut saya bakar, saya bakar. Saya gunakan pelbagai cara untuk menjaga kebersihan. Syukurlah walaupun saya dan keluarga kehilangan segala-galanya dari segi material  tetapi cara menjaga kebersihan tetap tersemai  di dalam diri saya walaupun ketika itu usia saya baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang.
 .
Kesimpulannya  cara saya menjaga kebersihan bukanlah sesuatu yang sukar, tetapi misteri di sebaliknya, saya menjadi lebih peka mengutamakannya. Menjaga kebersihan menjadi formula terbaik untuk kita hidup sihat, damai dan sejahtera. Yakinilah akan hakikat, kalau kita jaga kebersihan, hati dan jiwa kita jua turut bersih, damai dan tenang. Setenang air di kali.......!

Oleh Mohd Afiq bin Azman- Tg 5 -2019

Jangan Tiru