Bahasa Melayu eksklusif untuk calon SPM

Sabtu, 2 Februari 2019

NOTA EKSKLUSIF NOVEL PANTAI KASIH & BIMASAKTI (teknik menjawab soalan)



NOTA EKSKLUSIF NOTA EKSKLUSIF NOVEL PANTAI KASIH & BIMASAKTI
Soalan 4 (Novel) analisis percubaan  SPM negeri-negeri 2019

BIL
TAJUK
NEGERI/DAERAH/SEKOLAH
1
Latar Masyarakat

2
Persoalan
Pahang, Sarawak
3
Watak Utama
Perlis
4
Pengakhiran peristiwa (Peleraian)
Kelantan, Melaka, MRSM
5
Permulaan Novel

6
Pengajaran
Kelantan, Perlis, Terengganu 3
7
Peristiwa klimaks
Sabah
8
Nilai
Johor, Sabah, SBP
9
Latar tempat
Melaka, MRSM, N.9, Pulau Pinang, Selangor 1, YIK
10
Kepincangan masyarakat
Pulau Pinang
11
Peristiwa teladan/keinsafan/kesedaran
Negeri Sembilan, Pahang, SBP
12
Watak utama
YIK
13
Teknik pemerian
Selangor 1
14
Saspens
Sarawak, Terengganu 3
15
Latar Masa

16
Tema
Johor









Soalan 4 A  :  TEMA NOVEL PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji  ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Tema novel ini adalah tentang ketabahan seorang wanita menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan dalam hidupnya.
Bukti yang pertama ialah peristiwa ketabahan seorang ibu dalam menghadapikekurangan fizikal anaknya. Raiha tabah menghadapi kekurangan fizikal anak perempuan tunggalnya yang merupakan seorang anak istimewa. Sejak mengetahui keadaan anaknya dalam kandungan, suaminya meminta agar kandungan itu digugurkan, namun Raiha tetap mahu melahirkan anak tersebut walaupun mendapat tentangan daripada suaminya. Doktor Sadiz turut meminta agar Ayu dihantar ke asrama yang mengasuh anak istimewa, namun Raiha bertegas untuk memelihara sendiri dan menghabiskan masa dengan anaknya itu. Kedegilan Raiha menyebabkan suaminya berasa marah dan membakar kereta mewah yang dibawa oleh Raiha untuk melarikan diri bersama Rohayu.

Bukti yang kedua ialah peristiwa ketabahan seorang isteri dalam menghadapi kegagalan rumah tangga. Raiha tabah menghadapi kegagalan rumah tangga dengan Doktor Sadiz. Doktor Sadiz marah kerana Raiha melebihkan perhatian kepada anaknya apabila sudah dilahirkan. Kejadian kematian anaknya akibat disambar api kereta mewah yang sedang marak merupakan kemuncak kemarahan suaminya. Doktor Sadiz menang dalam kes kematian Ayu kerana saksi utama tidak muncul dalam perbicaraan di mahkamah keluarga. Doktor Sadiz melafazkan bahawa dia tidak akan melepaskan Raiha melainkan meninggalkannya gantung tiada bertali sepanjang hayatnya.
Soalan 4 B : TEMA NOVEL BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji ialah  Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop. Tema novel ini adalah tentang kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar.
Bukti yang pertama ialah kegigihan anak muda memulihkan populasi kelip- kelip. Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah bersatu hati dalam berjuang untuk melestarikan alam sekitar. Mereka cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang. Misalnya, Muhammad Taufik memagar anak sungai supaya kelip-kelip mempunyai tempat untuk bersembunyi. Nurul Hafsa pula menjalankan projek menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan Langit Gelap untuk mengembalikan populasi kelip-kelip dan kegemilangan Kuala Selangor sebagai pusat kajian falak yang terkenal.


Bukti yang kedua ialah kegigihan anak muda untuk mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek mereka. Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman gigih mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia Tenggara. Nurul Hafsa membentangkan Rancangan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri Besar. Hasil kegigihan mereka, Menteri Besar menyokong projek tersebut dan berharap agar kontraktor yang dipilih mampu menyediakan lampu seperti yang dikehendaki.



 SOALAN 4 B  :  PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI
Peristiwa tentang nilai kasih sayang dalam novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin , ialah peristiwa kasih sayang bapa terhadap anak, Raiha. Ayah Doktor Raiha menyayanginya apabila dia menasihati Doktor Raiha supaya tidak memilih Doktor Sadiz sebagai suaminya kerana Doktor Sadiz merupakan seorang yang angkuh dan telah berumur. Raiha yang tetap berdegil dengan keputusannya telah menerima lamaran Doktor Sadiz seorang Pakar Perunding Pembedahan yang merupakan seorang duda beranak dua yang usianya lebih tua daripada usia bapa Raiha. Ayah Doktor Raiha mengingatkan Doktor Raiha agar tidak menyesal dengan keputusan yang dibuatnya nanti.

manakala
Peristiwa tentang nilai kasih sayang dalam novel Bimasakti Menari  karya Sri Rahayu ialah peristiwa kasih sayang Maryam Wickham terhadap anak, Muhammad Taufik. Maryam Wickham Abdullah begitu menyayangi anaknya, Muhammad Taufik. Maryam Wickham meluahkan perasaan sayang dan rindunya kepada Muhammad Taufik semasa dia datang ke rumah Muhammad Taufik. Maryam Wickham juga mengambil berat tentang projek Ikhtiar Teknoalam yang diusahakan oleh anaknya. Ikhtiar Teknoalam ialah sebuah projek pembinaan rumah mesra alam untuk tujuan komersial yang sedang diusahakan oleh Muhammad Taufik. Walaupun dipisahkan oleh benua dan lautan, Maryam Wickham dan Muhammad Taufik mempunyai minat yang sama.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang dalam kedua-dua buah novel.


Huraikan nilai kerjasama yang terdapat dalam novel Pantai kasih dan Bimasakti menari
 
NILAI KERJASAMA
Novel yang saya kaji ialah  Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Antara nilai kerjasama yang terdapat dalam novel ini ialah kerjasama antara doktor bedah dan jururawat mengendalikan proses pembedahan di bilik bedah  Pusat Rawatan Pantai Kasih.  Nilai kerjasama  seterusnya  ialah Doktor Uwang dan doktor-doktor lain bekerjasama menghadapi penceroboh pusat rawatan yang menyamar sebagai doktor. Penceroboh itu berjaya diperdaya oleh Raiha dengan kerjasama  Ibu Unong Siron yang secara kebetulan mengenali pemuda berusia dua puluhan yang pernah menjadi bekas penuntut bidang perubatan .Kesimpulannya jelas terdapat nilai kerjasama dalam novel ini

manakala

Novel yang saya kaji ialah  Bimasakti Menari karya Sri Rahayu binti Mohd YusopAntara nilai kerjasama yang terdapat dalam novel ini ialah Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah bekerjasama bersatu hati dalam berjuang untuk melestarikan alam sekitar. Mereka sama-sama cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang.   Nilai kerjasama seterusnya ialah  Puan Wickham tetap memberi kerjasama mengambil berat tentang projek Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan anaknya Muhammad Taufik walaupun mereka jarang-jarang dan sukar untuk bertemuNilai kerjasama selanjutnya  ialah Budiman dan adiknya sama-sama prihatin bekerjasama mencari penyelesaian terhadap pencemaran cahaya yang berlaku di Kuala Selangor dan mereka  berazam untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada pencemaran akibat pembangunan yang tidak terancang. Kesimpulannya memang terdapat nilai kerjasama dalam novel ini

 
Bincangkan cabaran yang dihadapi oleh watak utama dalam novel Pantai kasih dan Bimasakti menari

Novel yang saya kaji ialah  Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat banyak cabaran dilalui oleh watak utama. Antara cabaran  yang dihadapi oleh watak utama  dalam novel ini ialah Raiha yang bersedia menempuh cabaran belajar sehingga menjadi seorang pakar bedah sama seperti ayahnya. Walaupun cita-citanya itu tidak direstui oleh ayahnya yang merupakan seorang pakar bedah, namun atas kesediaannya mengharungi pelbagai cabaran telah menjadikan dia seorang pakar bedah dan diterima berkhidmat di Pusat Rawatan Pantai Kasih.  Cabaran selanjutnya ialah Raiha dan pihak hospital menghadapi cabaran diceroboh oleh  penceroboh pusat rawatan yang menyamar sebagai doktor. Keadaan itu berlaku sebanyak dua kali dan berakhir apabila penceroboh itu berjaya diperdaya oleh Raiha dengan bantuan Ibu Unong Siron yang secara kebetulan mengenali pemuda berusia dua puluhan yang pernah menjadi bekas penuntut bidang perubatan. Kesimpulannya banyak cabaran dilalui oleh watak utama dalam novel ini
manakala
Novel yang saya kaji ialah  Bimasakti Menari karya Sri Rahayu binti Mohd Yusop. Terdapat banyak cabaran dilalui oleh watak utama.Antara cabaran  Nurul Hafsa ialah beliau melalui hari pertamanya bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor. Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring dari  Jepun hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat buruj Orion atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap. Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi cabaran di luar jangkaannya apabila langit pada malam tersebut  yang sepatutnya telah benar-benar gelap tetap cerah. Nurul Hafsa akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan pengunjung tersebutCabaran watak utama selanjutnya ialah beliau cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang. Nurul Hafsa meredah cabaran  untuk  mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap usaha merealisasikan projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia Tenggara. Kesimpulannya banyak cabaran dilalui oleh watak utama dalam novel ini
soalan percubaan BM 2 Negeri Terengganu

Terdapat pelbagai peristiwa menarik  dipaparkan dalam sesebuah novel. Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa paling menarik yang terdapat dalam setiap novel tersebut dan kemudian jelaskan sebab anda berpendapat demikian. l8 ml  

Novel yang saya kaji ialah Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Peristiwa menarik dan sebab dikatakan menarik dalam Novel Pantai Kasih, ialah Peristiwa Doktor Raiha mempertikaikan sebab Unong Siron mengalami komplikasi selepas  setiap kali pembedahan dilakukan terhadapnya sehingga Doktor Uwang yang melakukan pembedahan tersebut berasa tercabar. Peristiwa ini dianggap menarik kerana seorang murid berani mempertikaikan kewibawaan mentornya. Pembaca ingin tahu punca Unong Siron mengalami komplikasi yang sama walaupun telah menjalani pembedahan di tempat yang sama sebanyak lima kali olen Doktor Uwang, seorang pakar bedah terkenal.  Peristiwa menarik seterusnya ialah, Peristiwa  ketika Doktor Raiha melarikan anaknya Rahayu sehari sebelum anak itu ingin dihantar ke pusat rawatan pemulihan untuk anak-anak sindrom down oleh suaminya. Peristiwa ini dianggap menarik kerana memperlihatkan perasaan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Doktor Raiha tetap ingin menjaga anaknya itu walaupun anaknya  cacat kerana menghidap sindrom down. Kesimpulannya, peristiwa ini memang menarik bagi saya
Manakala
Novel  yang saya kaji ialah Bimasakti Menari karya Sri Rahayu binti Mohd Yusop. Peristiwa menarik dan sebab dikatakan menarik dalam Novel Bimasakti Menari ialah peristiwa Nurul Hafsa berjanji akan memulihkan kembali Kuala Selangor sebagai tempat pencerap bintang, amatur dan profesional walaupun Puan Wickharn rnengatakan janji  tersebut amat  sukar  dikotakan. Peristiwa ini menarik kerana  memperlihatkan keazaman dan keyakinan seorang pekerja terhadap tugasnya-. Pembaca jadi  ingin tahu cara Nurul Hafsa berusaha memulihkan kembali  Kuala Selangor sebagai  pusat pencerapan bintang amatur dan profesional.  Peristiwa menarik yang seterusnya ialah  Peristiwa Muhammad Taufik bersetuju  mengikut arahan penculik supaya pergi ke stesen PETRONAS pada pukul 8.30 pagi, hari Jumaat.  Peristiwa ini  saya anggap menarik kerana memperlihatkan sikap bertanggungjawab dan prihatin seorang rakan terhadap rakannya yang dalam kesusahan. Sebagai seorang rakan, Muhammad Taufik rela berkorban nyawa demi menyelamatkan rakannya, Nurul Hafsa yang sedang dijadikan tebusan oleh penculik. Pembaca juga ingin tahu nasib yang akan menimpa Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa kesan daripada peristiwa itu. Kesimpulannya, peristiwa ini memang menarik bagi saya
 


Soalan 4: Novel - Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel  yang berikut
(i) Pantai Kasih karya Azmah Nordin  
{ii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu binti Mohd Yusop
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam novel tersebut. (7 m]

Novel yang saya kaji ialah Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam  Novel Pantai Kasih  ialah  nilai tanggungiawab, contohnya  Doktor Raiha berusaha untuk  memastikan setiap operasi pembedahan yang dilakukannya akan memuaskan hati semua pihak yang terlibat.  Doktor Raiha jua memeriksa Unong Siron setelah menjalani pembedahan bagi memastikan tahap kesihatan gadis itu memuaskan. Nilai kemasyarakatan yang seterusnya ialah nilai keprihatinan contohnya,Doktor Raiha prihatin terhadap nasib yang menimpa Unong Siron. Baginya pembedahan sebanyak enam kali tidak sepatutnya berlaku apatah lagi doktor yang melakukan pembedahan tersebut adalah doktor pakar yang bukan calang-calang. Contoh selanjutnya Doktor Raiha menumpangkan Felicia Landosi ketika Felicia masih belum memiliki kenderaan sendiri. Kesimpulannya memang terdapat banyak nilai kemasyarakatan dalam novel ini
Manakala
Novel  yang saya kaji ialah Bimasakti Menari karya Sri Rahayu binti Mohd Yusop nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam novel Bimasakti Menari ialah  nilai tanggungjawab , contohnya Budiman sentiasa menyokong usaha adiknya, Nurul Hafsa mengatasi pencemaran cahaya di Kuala Selangor dan sentiasa menemani Nurul Hafsa mencerap kehadiran kelip-kelip bersama-sama Muhammad Taufik di Kampung Kuantan. Nilai kemasyarakatan yang seterusnya ialah nilai kasih-sayang  atau penyayang contohnya, Nurul Hafsa bimbang akan keselamatan Muhammad Taufik dan sentiasa mengikuti perkembangan kesihatannya. Muhammad Taufik sayang akan Nurul Hafsa dan ingin menyuntingnya sebagai isteri. Kesimpulannya memang terdapat banyak nilai kemasyarakatan dalam novel ini.
 
Soalan Novel BM kertas 2 percubaan SPM negeri Terengganu 
4(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua latar masyarakat penyayang yang terdapat dalam novel tersebut. [ 7 markah ]

(a) Novel yang saya kaji ialah  Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Latar masyarakat penyayang yang terdapat dalam novel ini ialah masyarakat yang sayang akan anak / ahli keluarga ( Masyarakat yang menyayangi anak / ahli keluarga ) contohnya, Doktor Raiha membesarkan Rohayu dengan penuh kasih sayang dan melarikan diri bersama anaknya, Rohayu kerana tidak sanggup berpisah dengan anaknya itu yang akan dihantar ke Pusat Rawatan untuk kanak-kanak sindrom Down.contohnya lagi, Ibu Unong Siron menghantar anaknya ke PRPK supaya dia mendapat rawatan yang terbaik dan sentiasa berada di sisi Unong Siron sepanjang mendapat rawatan di situ. Contoh seterusnya Ayah Doktor Raiha menasihatinya agar tidak berkahwin dengan Doktor Sadiz yang sombong dan lebih tua daripadanya kerana yakin perkahwinan tersebut tidak akan membawa kebahagiaan.Seterusnya terdapat Masyarakat yang sayang akan rakan contohnya Doktor Raiha sering menegur dan memberi nasihat kepada Felicia Landosi menghadapi masalah peribadi dan kemurungan. Doktor Raiha juga memaafkan kesalahan Felicia yang terlibat secara tidak langsung dalam tragedi yang menjadi punca kematian Ayu apabila Felicia telah sedar daninsaf akan kesilapan yang dilakukannya. contoh selanjutnya,  Doktor Raiha menumpangkan Felicia Landosi ketika Felicia masih belum memiliki kenderaan sendiri dan sedia memaafkan kesalahan Felicia yang terlibat dalam tragedi kematian Ayu.. Kesimpulannya terdapat  banyak latar masyarakat penyayang dalam novel ini

Novel Bimasakti Menari
Novel yang saya kaji ialah Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop. Latar masyarakat penyayang yang terdapat dalam novel tersebut ialah Masyarakat yang sayang akan ibu bapa ( Masyarakat yang menyayangi ibu bapa )  contohnya Muhammad Taufik mempelawa ibunya, Maryam Wickham Abdulah tidur di rumahnya ketika ibunya datang ke Malaysia kerana sudah lama mereka tidak bersua. Muhammad Taufik juga berusaha menyatukan ibu bapanya semula.  Seterusnya, Nurul Hafsa akan membina stor untuk ayahnya apabila mendapat gaji pertama supaya peralatan berkebun ayahnya tidak dicuri orang.Di samping itu terdapat  Masyarakat yang sayang akan  rakan Muhammad Taufik sayang akan Nurul Hafsa dan ingin menyuntingnya sebagai isteri. · contohnya, Nurul Hafsa bimbang akan keselamatan Muhammad Taufik yang dipukul dan diculik oleh penjenayah upahan Dato’ Johann Arlington-Majid dan sentiasa mengikuti perkembangan kesihatannya. Seterusnya terdapat  Masyarakat yang sayang akan adik-beradik / ahli keluarga Budiman juga menemani Nurul Hafsa mengambil data populasi kelip-kelip sehingga pukul 10.00 di kawasan jeti milik Muhammad Taufik. Budiman mengambil tindakan tersebut kerana sayang akan adiknya, Nurul Hafsa.· contohnya Budiman sentiasa menemani adiknya, Nurul Hafsa ketika adiknya mengadakan perbincangan dengan Muhammad Taufik tentang projek Kawasan Simpanan Langit Gelap Kuala Selangor di Bilik Tutorial Perpustakaan Awam Sultan Sharafuddin,.

Selanjutnya terdapat . Masyarakat yang sayang akan anak-anak contohnya Puan Wickham memberitahu Muhammad Taufik bahawa dia amat menyayangi dan merindui anaknya itu ketika mereka berjumpa di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Beliau menerima pelawaan Muhammad Taufik agar bermalam di rumahnya dan sempat memasak makanan tengah hari untuk anaknya itu Contohnya lagi,Tan Sri Muhaimin sentiasa memenuhi kehendak dan keperluan anak tunggalnya, Muhammad Taufik. Beliau menyokong usaha Muhammad Taufik mengekalkan populasi kelip-kelip dan membina rumah prototaip mesra alam, iaitu Ikhtiar Teknoalam. Contoh seterusnya ialah, Haji Yassir memenuhi permintaan Nurul Hafsa yang meminta menemaninya pergi ke jeti bagi menaiki bot menyusuri sungai untuk melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan.Kesimpulannya terdapat  banyak latar masyarakat penyayang dalam novel ini

 
4(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang mencetuskan saspens kepada anda dalam setiap novel tersebut dan nyatakan alasan anda. [ 8 markah ]

Novel  yang saya kaji ialah Pantai Kasih karya  Azmah Nordin. Terdapat banyak peristiwa saspens dalam novel ini, Antara peristiwa yang mencetuskan saspens dalam novel  ini ialah peristiwa  Saya tertanya-tanya tentang punca kematian sebenar anak Doktor Raiha, iaitu Rohayu binti Sadiz. Saya ingin tahu orang yang menjadi punca utama dalam kejadian yang mengorbankan anak kesayangan Doktor Raiha.·Doktor Raiha sering mendengar bisikan dan suara-suara aneh yang menghantuinya siang dan malam selepas kejadian tragis kematian Rohayu, anak tunggal kesayangannya.
Peristiwa saspens seterusnya ialah apabila    Saya tertanya-tanya perbuatan yang telah Doktor Sadiz lakukan terhadap Doktor Raiha apabila Doktor Raiha akhirnya mengerti sebab bapanya menghalang perkahwinannya dengan Doktor Sadiz dahulu.·Ayah Doktor Raiha bersungguh-sungguh membantah hasrat Doktor Raiha ingin menjadi pakar bedah dan berkahwin dengan Doktor Sadiz.
Peristiwa saspens yang lain ialah   Saya berasa saspens tentang nasib Felicia memandangkan pada masa itu dia juga berada dalam keadaan khayal akibat minum ubat batuk berlebihan. ·ketika Felicia ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih sehingga mencetuskan rasa panik dalam kalangan kakitangan pusat rawatan tersebut. Kesimpulannya memang terdapat peristiwa saspens dalam novel ini

Manakala 

Novel yang saya kaji ialah,  Bimasakti MenariTerdapat banyak peristiwa saspens dalam novel ini,  Antara peristiwa yang mencetuskan saspens dalam novel  ini ialah peristiwa  ·pengemudi bot sukar memenuhi permintaan Nurul Hafsa yang gagal melihat kerlipan kelip-kelip secara sinkronasi agar mereka menyusur cabang sungai dan mendekati mulut anak sungai yang gelap milik individu serta menjadi kawasan larangan.   Saya tertanya-tanya tentang rahsia di sebalik mulut anak sungai yang gelap dan penuh misteri itu.
Peristiwa saspens selanjutnya ialah   Saya tertanya-tanya perkara yang dibincangkan oleh mereka sehingga mereka bercakap perlahan.·ketika Nurul Hafsa melihat ayahnya bercakap perlahan dengan Tan Sri Muhaimin di satu sudut seperti membincangkan perkara yang amat sulit.
Di samping itu terdapat peristiwa yang menyebabkan saya tertanya-tanya perkara yang mungkin akan terjadi kepada mereka. iaitu · peristiwa saspens, Budiman dipukul hingga tergelimpang ke tanah dan Nurul Hafsa dilarikan oleh tiga orang lelaki dengan kepalanya disarung kain gelap ketika mereka membuat pencerapan kelip-kelip di jeti Kampung Kuantan.Kesimpulannya memang terdapat peristiwa saspens dalam novel ini



ANALISIS MENGIKUT FOKUS SOALAN   (JUN & NOV)  Untuk penilaian semua guru BM & semua calon BM SPM 

Jun 2016
(a) Dalam setiap novel terdapat peristiwa yang menyentuh perasaan pembaca. Berdasarkan dua peristiwa dalam sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan sebab peristiwa-peristiwa itu menyentuh perasaan anda. (7m)
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, jelaskan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam watak sampingan bagi setiap novel. (8m)
Nov. 2016
(a) Salah satu nilai yang terdapat dalam novel yang anda kaji ialah nilai tanggungjawab. Jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan nilai tanggungjawab dalam sebuah novel yang anda pelajari. (7m)
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu latar masabagi setiap novel tersebut. (8m)
Jun 2017
(a) Tulis sinopsis sebuah novel yang telah anda pelajari (7m)
(b) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua cabaran yang dihadapi oleh watak yang telah ditetapkan (watak utama). (8m)
Nov. 2017
(a) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari. (7m)
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa bagi setiap novel yang pada pendapat anda dapat menimbulkan perasaan simpati pennbaca.(8m)
Jun 2018
(a) Jelaskan dua contoh peristiwa persoalan yang menunjukkan nilai ketabahan  yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari. (7m)


(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa bagi setiap novel yang pada pendapat anda dapat dijadikan panduan hidup.(8m)                                                                                                         









9 ulasan:

Jangan Tiru