Bahasa Melayu eksklusif untuk calon SPM

Isnin, 19 Februari 2018

Langkah-langkah untuk memupuk semangat kejiranan. Beri pendapat anda tentang langkah-langkah untuk memupuk semangat kejiranan .Karangan B- soalan percubaan Kedah 2018-


Semangat kejiranan kian terhakis dalam kalangan masyarakat kita.  Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk memupuk semangat  kejiranan

Semangat kejiranan merujuk kepada semangat bantu-membantu, toleransi, ikatan muafakat dalam kalangan masyarakat setempat terutamanya dengan jiran bersebelahan rumah kita.. Semangat kejiranan ini perlu ditingkatkan disemarakkan agar intipati keindahan hidup berjiran itu dapat kita nikmati bersama-sama.. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat kejiranan tidak dikesampingkan malah terus dipupuk dan ditingkatkan.

Antara langkah awal dan yang paling asas ialah kerajaan dengan suasana politiknya yang stabil menghidupkan semula Skim Rukun Tetangga di semua kawasan perumahan di negara kita. Rukun tetangga didaftarkan di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan manakala penduduk secara formalitinya perlu mendaftar keahliannya dalam kelab Rukun Tetangga..Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama apabila senja mula berlabuh hinggalah ke waktu malam menutup tirainya. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Ahli Rukun Tetangga bekerjasama menjaga keselamatan persis berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dan tidak ada yang curi tulang.Suasana harmoni wujud sedamai kehidupan di daerah kejiranan. Sememangnya, hubungan rapat yang terjalin melalui Rukun Tetangga ini mengeratkan lagi hubungan antara kita yang hidup berjiran.

Seterusnya semangat kejiranan mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis keramaian yang bercorak kekeluargaan. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semula semangat yang murni dan penuh dengan kemesraan dan keceriaan. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini, dan tidak ada yang bertindak sombong bagai merak mengigal di rimba atau bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Sebaliknya masyarakat berjiran sentiasa bekerjasama bantu-membantu persis ke lurah sama dituruni, ke gunung sama didaki. Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur melalui saat-saat meriah, dan penuh kemesraan majlis-majlis keramaian di kawasan sekitar tempat tinggal kita.’

Selanjutnya, kerajaan mendominasi peranan mengukuhkan semangat kejiranan dengan mengadakan kempen kesedaran peri pentingnya semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas-luasnya dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap perlunya memupuk semangat kejiranan yang tekal, padu dan jitu.. Masyarakat akan mula bermuhasabah diri, menilai  tahap semangat kejiranan mereka lantas berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat itu di kawasan perumahan atau di kawasan tempat tinggal mereka. Suasana tegur sapa, bertanya khabar menjadi rencah kehidupan berjiran berteraskan yang tua dihormati manakala yang muda disegani. Kehadiran jiran menjengah di muka pintu disambut dengan senyuman, bual bicara santak ke senja. Oh betapa akrabnya suasana perpaduan direalisasikan dalam konsep kejiranan yang tulus suci  Ternyata kerajaan memang bijak memainkan peranannya dalam mencetuskan usaha memupuk semangat kejiranan yang cukup relevan di negara kita.

Di samping itu, sikap dan persepsi masyarakat perlu ditransformasikan ke arah kenali jiran kita, yakni perlu ambil berat terhadap jiran sebelah-menyebelah rumah kita. Transformasikanlah citra kontroversi jangan jaga tepi kain orang, kepada kita perlu jaga tepi kain jiran kita, dan jadikanlah diri kita mata dan telinga jiran kita terutama dalam aspek keselamatan, atau dalam situasi kecemasan dan dalam mengenalpasti keperluan penjagaan kesihatan jiran kita. Apabila kita ternampak manusia misteri di jeriji pagar rumah jiran kita maka segeralah kita bertindak menghubungi polis atau setidak-tidaknya hubungilah jiran kita dahulu. Sebagai tetangga kita hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu aset penting dalam kehidupan berjiran. Kalau bukan kita yang membantu jiran kita, siapatah lagi. Semangat ini perlulah diutamakan dalam membentuk rukun hidup berjiran. Sememangnya, paradigma yang baharu sebegini dapat menjana dan memastikan semangat kejiranan  terus mekar mengharum di hati dan di minda  masyarakat kita.

Selain itu jiran perlu bersatu membentuk perpaduan bangsa. Jiran yang berketurunan Tionghua, India, Melayu, atau Kadazan boleh melakukan aktiviti bersama-sama seperti keluar beriadah, berjoging bersama-sama atau berekspedisi, berekreasi bersama-sama sambil berbincang persoalan keluarga hinggalah ke persoalan negara seperti meleraikan kemelut yang dihadapi oleh anggota kabinet negara, atau bagaimana Obama boleh menyusur keluar daripada gejolak ekonomi yang melanda Amerika!. Berbual kosong sambil beriadah dapat mengekalkan semangat kejiranan yang sedia bertapak di hati rakyat jelata di Malaysia. Hidup berjiran memang cukup indah, menarik dan eksklusif. Jelaslah aktiviti santai, beriadah, berekreasi dapat menyumbang ke arah pemupukan semangat kejiranan yang padu lagi mesra
.
Selanjutnya apa salahnya kita luangkan masa lakukan aktiviti kunjung –mengunjung, ziarah-menziarahi antara jiran kita sambil membawa buah tangan atau juadah enak untuk dimakan bersama-sama. Pada bulan Ramadan misalnya kita hulurkan juadah berbuka puasa kepada jiran kita. Pada musim buah-buahan pula hulurkan segugus rambutan , selonggok durian . Sudah pasti senyuman tersungging di wajah dan ucapan terima kasih bertalu-talu diungkapkan. Terasa suatu penghargaan, suatu nikmat, lumrah hidup berjiran apabila sesuatu yang melimpah ruah kita miliki kita bersedia berkongsi nikmat dengan jiran kita ,persis kata bidalan, sedikit sama merasa, banyak sama berlaba. Hakikatnya budaya kunjung-mengunjung dan beri memberi seikhlas hati ini mengukuhkan lagi ukhwah kejiranan dalam kalangan masyarakat marhaen.

Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh digarap,diterap, dicanai, begitu kukuh, ampuh, padu dan jitu melalui beberapa prakarsa yang terancang dan ada yang terjadi secara tersendiri, secara magis, yang tanpa sebarang perancangan. Suasana hidup berjiran sememangnya cukup indah lagi mengagumkan dan fenomenaloginya hanya terdapat di negara kita Malaysia Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat kejiranan terus diamalkan secara optimistik tanpa ada penghalang yang memisahkan kita.


Oleh : Anthony - (SMK Dato Mahmud Paduka Raja1)

Semoga A+ BM  dimiliki  oleh pelajar SPM 2018



Bahasa Melayu SPM- Latihan intensif Bahasa Melayu - bulan Februari untuk calon SPM 2018


Baca ayat di bawah kemudian bulatkan kesalahan penggunaan kata sendi & kesalahan bahasa terdapat dalam ayat tersebut.

1. Gadis comel nama Soleha itu datang daripada Kuala Kangsar yang terletak di Perak.
2. Saya menunggu Alya di hentian bas itu daripada pukul dua petang tadi lagi.
3. Iman menerima surat dari Hannan yang meninggal di Kampung Kusial.
4. Saya terdapat pengetahuan yang banyak dari buku yang saya pinjam itu.
5. Baju batik yang memakai oleh Anuar itu dibuat dari sutera asli.
6. Dari 5 ekor anak ayam, hanya seekor saja yang dapat hidup dengan sihat.
7. Di musim durian, Rafhan mendapat banyak wang hasil jualan duriannya.
8. Shamil  berkebun sayur-sayur pada belakang rumahnya.
9. Dengan pendapat Irfan, kerja itu perlu dibereskan sebelum Tahun baru Cina ini.
10. Buku cerita mengenai peperangan kaum Iban itu ada dengan Zul.
11. Wang itu diberikan ke  Pak Lah  lalui seorang sahabat yang tinggal di Kampung Sat.
12. Ibu pergi kepada pasar setiap hari untuk  membeli barang-barang dapur.
13. Latihan itu akan diadakan dari semasa kepada masa.
14. Adam jangka akan sampai di Kota Bharu  pada pukul 3.00 petang.
15. Sampaikan salam saya pada bapa awak.
16. Perkara itu akan diteliti dari masa ke semasa supaya memberi manfaat ke kita.
17. Jika bandingan di antara  Ijat dan Syafik,  Ijat lebih pantas berlari.
  
  Dalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti  kesalahan-kesalahan itu

1. Saifudin ditugas sebagai Pengarang di akhbar Utusan Melayu semenjak lapan tahun yang  lalu.
2. Hana berkecimpung di dalam bidang peternakan itik, rusa  dan Angsa sejak  kecil lagi
3. Asean dianggota oleh Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Berunai,  Vietnam, Singapura, Laos, myanmar, dan kemboja.
4. Menurut percayaan masyarakat Melayu, sang kancil adalah binatang yang pintar.
5. Tabeat merokok bagi wanita hamil akan bahayakan kesihatan dan  keselamatan bayi yang di kandung.
6. "Keahlian aku di dalam persatuan ini sudah berlangsung selama enam tahun," berkata pensyarah tersebut.
7. "Sekolah saya akan adakan satu persembahan  anekaragam," kata Yen  kepada ibunya.
8. Kami hendaklah senantiasa berwas pada terhadap anasir negatif  kalangan ahli persatuan ini.
9. Kita bagai pihak kerajaan akan terus berusaha membangun ekonomi negara.
10. Gejala cetak rompak boleh lumpuhkan industri seni utamanya industri muzik dan perfileman tanahair.
11. "Dimanakah awak letakkan gergaji yang telah gunakan tadi?" tanya Ramzi kepada anaknya.
12. "Engkaulah Wakil Jualan yang perlu saya tunggu-tunggu?" kata Anthony  kepada lelaki itu.
13. Pastikan awak mencatit nama dan angka giliran pada kertas jawap tersebut.
14. Pengurus Pemasaran akan sentiasa membantu engkau di dalam melaksanakan tugas-tugas tersebut.

Dalam  setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan tatabahasa. Kenal pasti kesalahan itu dan buatlah pembetulan.

1. Oleh kerana begitu lama bekerja sebagai editor, ianya mempunyai banyak pengalaman dalam hal karang-mengarang.
2. Setiap pelajar-pelajar yang mengikuti seminar itu diminta mengecam struktur ayat yang menyalahi akan hukum tatabahasa.
3. Budak yang mencuri duit itu menegaskan yang dia tidak pernah menerima didikan agama dari kedua orang tuanya.
4. Banyak pepohon yang rendang ditanam di kiri kanan lebuhraya itu.
5. Jimat-cermat adalah merupakan sikap yang patut diamalkan oleh kita sejak dari bangku sekolah lagi.
6. Kerajaan mensasarkan tentang keuntungan melalui projek mega itu adalah sebanyak RM200 bilion.
7. Perbuatan saling tolong-menolong di dalam melakukan sesuatu perkara yang tidak baik amatlah ditegah.
8. Juruterbang-juruterbang MAS dan AirAsia sedang menjalani kursus lanjutan di Perdana Hotel.
9. Jawapan yang dikemukakan itu adalah merujuk buku teks dan nota guru.
10. Majlis pelancaran, pelantikan jawatankuasa, dan perletakan batu asas oleh tetamu jemputan berjalan lancar.

Info bahasa –sekadar bacaan santai
Dalam pertuturan seharian, masyarakat Kelantan kerap menggunakan kata ganda daerah dengan tujuan untuk menunjukkan darjah paling. Cuba lihat contoh kata ganda Klate di bawah:-


balik-kue = keadaan yang tidak terurus > lintang-pukang
bekak-beking = keadaan yang banyak bengkak
belok-bleka = bengkang bengkok
biru-ketu = biru tua, terlalu biru warnanya
bulat-gete = terlalu bulat
busuk-bangar = terlalu busuk
gege-regok = terlalu bising
gege-rioh = suasana amat bising > hingar-bingar
kemah-kemin = kejap, pegangan/pautan yang kuat/erat
keras-kejun = terlalu keras
kunin-nehe = terlalu kuning
manis-leting = terlalu manis
masin-perak = terlalu masin
merah-nyela = merah cerah / merah terang
pahit-lepe = sangat pahit
papo-kedano = terlalu miskin
puteh-sepo = terlalu putih/ bersih
tawa-hebe = terlalu tawar/ tak ada rasa apa-apa



Bahasa Melayu SPM- Latihan intensif tatabahasa, ejaan dan imbuhan Bahasa Melayu SPM 2018 - untuk pelajar cemerlang SPM


Baca dengan teliti ayat-ayat di bawah, kemudian cuba betulkan kesalahan-kesalahan bahasa yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut.
1. Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan dibuka pada hari Ahad depan.
2. Anak-anak Cikgu Narzuki pintar-pintar belaka.
3. Alya menggenggam erat tangan ibunya ketika menghembuskan nafasnya yang terakhir.
4. Asap-asap yang keluar dari ekzos kenderaan mengandungi banyak gas karbon monoksida.
5. Ayah menghadiahi sepasang kasut sukan kepada saya.
6. Begitu besar sekali pengorbanan ibu-bapa terhadap kita.
7. Buku yang bertajuk 'Penyediaan Menghadapi SPM 2018' itu berharga RM12.00.
8. Burung-burung merpati yang berterbangan di udara amat berbahaya kepada kapal terbang.
9. Demi cintakan kamu, aku sanggup melakukan apa sahaja.
10. Deretan premis-premis perniagaan itu hanyalah menjual barangan cenderamata.
11. Di antara pemain-pemain yang akan menyarung jersi negara ialah Rafhan, Irfan dan Adam.
12. Hakim menjatuhkan perompak itu dengan hukuman penjara selama 20 tahun.
13. Ibu-ibu bapa diseru agar sentiasa membantu pihak sekolah di dalam usaha mendisiplinkan pelajar.
14. Juru-juruterbang MAS sedang berkursus di Humairah Hotel.
15. Kekalahan Chong Wei kepada Lin Dan adalah disebabkan sabotaj oleh pihak penganjur.
16. Kerajaan telah menghadkan jumlah kemasukan PATI.
17. Kerana tidak menyiapkan banyak kerja rumah, dia dimarahi oleh gurunya.
18. Kita mestilah bersedia mengakui akan kelemahan dan kesilapan diri.
19. Langkah seterusnya ialah dengan melaporkan kepada pihak polis tentang kes buli itu.
20. Mesyuarat agong PIBG telah berlangsung pada bulan Febuari.
21. Orang tua itu menceritakan tentang pengalamannya semasa di dalam pemerintahan Jepun
22. Pakaian yang sangat mahal ini tidak mampu dibeli oleh saya.
23. Pekerja-pekerja JPS sedang berusaha memperdalamkan dasar sungai bagi mengelakkan banjir.
24. Pihak sekolah mensasarkan semua calon SPM 2018 mencapai keputusan 9A.
25. Pihak urusetia menerima banyak pertanyaan daripada para pengunjung pameran.
26. Saya adalah di antara orang yang terlibat di dalam penyiasatan itu.
27. Saya melihat keadaan awak sangat lesu. Awak demamkah?
28. Surat panggilan temuduga itu datangnya dari Kementerian Pendidikan Malaysia.
29. Telah bertahun lamanya saya tidak pulang berhari raya di kampung halaman.
30. Yang berbaju kurung berwarna hijau itu ialah ibu mertua saya.

Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian perbetulkan kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut.

KATA PENGUAT/KATA ADJEKTIF/KATA BILANGAN/KATA PEMERI/KATA TANYA

1. Adalah dimaklumkan bahawa sambutan kemerdekaan peringkat sekolah akan diadakan pada hari Ahad depan.
2. Ayah saya menjadi ahli persatuan guru-guru Semenanjung Malaysia.
3. Baju-baju yang dijual di gerai itu mahal-mahal harganya.
4. Banyak orang yang sukakan dengan sikap pegawai yang peramah itu.
5. Beberapa guru dikehendaki menghadiri mesyuarat di PPD Kota Bharu pada petang ini.
6. Begitu besar sekali pengorbanan yang dicurahkan oleh kedua orang tua kita.
7. Bilangan peserta-peserta yang mengambil bahagian adalah terlalu sedikit.
8. Dia memang gemar dengan keenakan buah durian.
9. Ibu mengidam untuk makan berbagai jenis ulam semasa mengandungkan adik.
10. Jawapan soalan itu adalah berdasarkan buku teks.
11. Keadaan di dalam dewan itu sungguh riuh-rendah apabila pengerusi majlis gagal mengawal suasana.
12. Kerja-kerja memperindahkan taman bunga itu telah menelan belanja sebanyak RM5,000.
13. Kita haruslah bertanggungjawab atas apa yang kita lakukan.
14. Lima orang pelajar-pelajar sekolah itu terpilih mengikuti kursus kepimpinan di PPD Kota Bharu.
15. Para-para jemaah haji dinasihatkan agar menjaga pemakanan ketika berada di Tanah Suci.
16. Penyanyi yang paling terkenal dan diminati sehingga kini adalah P.Ramlee.
17. Perjanjian Pangkor adalah perjanjian yang menjadi titik tolak campur tangan Inggeris di Tanah Melayu.
18. Pihak sekolah akan memperkasa PSS agar dapat banyak memberikan manfaat kepada pelajar-pelajar.
19. Pulau Langkawi adalah di antara destinasi pelancongan yang sangat terkenal di negara kita.
20. Sejak kilang itu didirikan, kesemua anak-anak sungai di daerah itu telah tercemar.
21. Setengah pelajar gemar melakukan perbuatan yang sia-sia ketika cuti sekolah.
22. Setiap orang pelajar PT3 2018 dikehendaki ke dewan untuk mendengar taklimat penting.
23. Siapa yang ingin turut serta dalam lawatan itu diminta mengisi borang yang disediakan.
24. Tanggungjawab yang terpikul di bahu tiap-tiap orang pemimpin negara berat amat.
25. Yang turut hadir dalam majlis itu adalah Pengarah Pelajaran Negeri.

KESALAHAN KATA DAN TATABAHASA...!
Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
1. Anuar menghadiahkan ibunya dengan sebuah kereta sebagai mengenang jasa dan pengorbanan ibunya selama ini.
2. Hutan mempunyai berbagai fungsi yang bermanfaat kepada masyarakat selain berperanan sebagai kawasan teduhan hujan.
3. Jabatan Meteorologi menganggarkan bahawa cuaca di perairan Kelantan adalah mendung, manakala di lain-lain tempat cuacanya cerah.
4. Jabatan Perhutanan sedang memantau akan kerja-kerja pemeliharaan hutan paya bakau yang sedang dijalankan.
5. Kedua-dua ibu bapanya tidak mampu menghantar Ali yang tepok itu ke sekolah khas kerana sewa bulanannya tinggi sangat.
6. Kerajaan telah memberikan diskaun  kepada nelayan di seluruh negara bagi meringankan beban di dalam kehidupan mereka.
7. Kursus membaiki alat penghawa dingin akan dianjurkan oleh pihak kerajaan dengan kerja sama agensi swasta.
8. Pak Lah memberitahu yang anaknya juga boleh melanjutkan pelajaran tinggi ke luar negara  asalkan dia  rajin berusaha.
9. Rakyat Malaysia harus saling bantu-membantu dalam usaha melupuskan gejala rasuah.
10. Sukan merupakan wacana yang dapat mengukuhkan perpaduan rakyat yang berbilang kaum-kaum di negara kita.


MENGESAN DAN MEMBETULKAN KESALAHAN BAHASA DALAM AYAT
1. Ahli Jawatan Kuasa PIBG SMK Dato Mahmud Paduka Raja 2 disarankan agar sentiasa mengemukakan ide-ide bernas ketika di dalam mesyuarat penting.
2. Banyak sekali penggunaan imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu. Imbuhan pinjaman ini terdiri daripada bahasa Yunani-Latin-Inggeris, Arab-Parsi, dan Sanskrit.
3. Guru muda itu sedang mengajarkan pelajarnya teknik menulis karangan yang terkini.
4. Jangan membiarkan faktor kemiskinan menjadi penghalang kepada pelajar-pelajar untuk berjaya.
5. Marcapada ini sedang menghadapi kegawatan ekonomi dan kebejatan sosial yang semakin membimbangkan.
6. Para guru seharusnya mampu mendokong peranan dan tanggungjawab mendidik anak bangsa yang bakal menjadi teraju kepimpinan negara.
7. Para ibubapa diseru agar mengenalpasti kelebihan dan kekurangan setiap anak-anak di bawah jagaan masing-masing.
8. Pelbagai kehidupan akuatik menghadapi masalah kepupusan akibat kejadian kes pencemaran sungai yang semakin berleluasa.
9. Perjanjian Pangkor adalah perjanjian yang menandakan bermulanya campurtangan Inggeris di Tanah Melayu.
10. Persatuan bekas-bekas pelajar atau pun alumni sepatutnya memberikan sumbangan bagi membantu pihak sekolah dalam melaksanakan aktiviti kecemerlangan.
11. Pihak kerajaan sedang memantau dengan penuh teliti masalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin yang semakin menimbulkan banyak masalah kepada negara.
12. Pilihanraya Umum ke 14 akan berlangsung tidak beberapa lama lagi. Rakyat diingatkan agar membuat pemilihan yang tepat supaya kesinambungan pembangunan negara dapat diteruskan.
13. Tanggungjawab yang dipikul oleh kita selama ini sepatutnya mendapat perhatian dari pihak atasan.


Minum banyak air kosong- Menjimatkan!

Aku antara berjuta rakyat malaysia yang zaman sekolah rendahnya membawa bekal. Kita letak tepi cerita ada duit belanja atau tidak. KIta fokus kepada membawa bekal ke sekolah, khususnya botol air. Kepada sesiapa yang sezaman dengan aku botol air paling popular pada masa itu ialah botol air berbentuk telefon atur. Antenanya jadi straw.
Tertunggu, tunggu jugak aku kalau-kalau trend hipster akan kembalikan botol air telefon jenama Atur ni.
Malangnya, aku mengada-ngada. Tak pernah nak air kosong di isi dalam botol itu. Kalau mewah, masa tu air ovaltine, kalau biasa – biasa, air teh o sahaja. Air milo jangan harap la, itu kena tunggu lori milo datang sekolah baru merasa.
Kalaulah masa tu aku tahu tabiat membawa dan minum air kosong ini kana memberi kesan kepada kesihatan dompet aku semasa dewasa.
Fast foward ke alam kedewasaan.
Aku bersembang dengan seorang kenalan yang aku tahu sentiasa membawa botol air bersama-sama kemana-sahaja dia pergi, sama ada bekerja apa lagi kalau beriadah. Botol air dia pun boleh tahan bergaya. Sekejap botol kaca, sekejap botol plastik. Kadang-kadang botol air yang dapat free apabila beli minyak hitam di stesen minyak Shell atau Petronas tu.
Ada sekali aku tengok dia bawa botol air bentuk kertas A4 yang tebal dekat seinci. Mungkin sebab aku gelak besar sangat hari tu, dia tak bawa dah botol air fail dia tu. Katanya dah bagi kat bini.
Satu hari aku gatal mulut bertanya tentang tabiatnya membawa air kosong setiap hari itu:
Aku: Engkau ada kencing manis ke, asyik bawak air kosong je. Try la Vivix tu. aku tengok banyak blog promote. Aku tengok engkau pun duit banyak je…
Din Botol: Betul.
Aku: Betul apa? Kencing manis?
Din Botol: Tak, tak de kencing manis. Aku cakap betul aku duit banyak. Pasal selalu bawa air botol la.
Aku: Engkau kencing keluar petrol ke? Lepas tu tadah tuang dalam kereta. Jimat duit minyak. Macam tu?
Din Botol: Tak la sampai macam tu. Engkau kalau singgah stesen minyak selalu je aku tengok beli air tin. Kalau sehari tiga ringgit, sebulan berapa?
Aku: Ala kalau aku tak beli pun jimat tak sampai seratus je sebulan.
Lalu aku kena syarah dengan Din Botol yang isinya lebih kurang macam ni.
Mampukah kita menyimpan RM 1000 sebulan?

“Aku tak beli minuman dalam tin atau kotak bila berjalan. Untuk elakkan rasa haus, aku bawa air botol. Dapatlah jimat, betul, jimatnya sikit je. RM90 sebulan je, kalau kau andaikan kau beli air botol RM3 setiap hari. Itu bukan sebab aku jadi banyak duit. Tapi itu sebab aku dapat simpan duit sikit.
Itu baru satu habit. Kalau aku dinner di rumah setiap hari dan tapau lunch di office, aku jimat lagi. Dapat la jimat sikit lagi, mungkin RM50 sebulan. Kalau aku konsi kereta dengan kau bergilir-gilir ke pejabat, dapat la jimat lebih RM100 sebulan duit minyak. Itu baru tiga habit. Bayangkan kalau aku ada sepuluh habit yang boleh jimatkan aku RM100 setiap satu.
Sebulan aku boleh jimat RM1000.00.
Kalau kau berhenti merokok sahajapun, kau dah boleh jimat RM500 sebulan, separuh dari apa yang aku boleh jimat. Itu engkau baru buang satu habit.
Simple je, setiap hari ko teliti apa ko buat, cari satu benda yang boleh ko buang, yang boleh jimatkan kau RM3. Jadikan Habit. Cukup sepuluh, Ko akan jimat RM900 sebulan. Simpanlah extra sikit Rm100 untuk cukup kan RM100. Jadi tak mustahil nak simpan RM1000.00 sebulan kan?”

Akau faham apa din cuba sampaikan. Rumah terdiri daripada ratusan bata yang kecil. Kalau tiba-tiba nak simpan selonggok, memang akan terduduk. Tapi kalau ‘cukur’ dua tiga ringgit dari perbelanjaan yang dah ‘terbiasa’ itu, memang boleh nampak hasil kalau konsisten dan ada kemahuan.

Jangan Tiru