Bahasa Melayu eksklusif untuk calon SPM

Selasa, 20 Februari 2018

BM SPM -Bacaan santai - KOLEKSI EKSKLUSIF / TERKINI PANTUN DUA KERAT

 

KOLEKSI  EKSKLUSIF / TERKINI  PANTUN  DUA KERAT


1. Ada ubi ada batas, Ada hari boleh balas
2. Air diteguk minum segelas. Gembiranya esok tiada kelas.
3. Alor Lintang Pangkalan Pegoh.Jelaskan hutang jangan bertangguh
4. Anak desa leka bercerita. Budi bahasa budaya kita
5. Angan-angan pergi  pekan. Basuh tangan sebelum makan
6. Angkat  tangan tepuk-tepuk. Awak jangan suka menyampuk
7. Atas kotak banyak  habuk. Boleh tak jangan sibuk
8. Atas para  periuk belanga. Tolong kira berapa semua.
9. Atas peti ada tepung. Pabila cuti baliklah kampung
10. Atas  peti ada pelita.  Ada hati nak kat kita
11. Ayam berkokok atas titi. Orang merokok cepat mati
12. Ayam denak tepi paya. Dia anak orang kaya.
13. Banggol Juddah seri negeri. Selesai sudah tugas diberi
14. Banyak lumpur dalam paya. Jangan campur urusan saya
15. Banyak nyamuk waktu petang. Badan gemuk hati senang
16. Banyak udang banyak garam. Banyak orang banyak ragam
17. Belah kelapa pakai parang. Jadi  bapa janganlah garang.
18. Berdiri bongkok  balik tiang. Ayam berkokok hari nak siang
19. Berniaga buluh kasap .   Untung hilang modal lesap
20. Buah beluluk buah kepayang.Dimakan mabuk dibuang sayang.
21. Buah betik, tembikai susu. Rupa cantik tapi bisu
22. Buah ceri simpan di peti. Sedang mencari si buah hati.
23. Buah kecupu dalam perahu. Awak tipu, saya tahu.......!
24. Bubuh lemang dalam nyiru. Awak memang suka meniru
25. Budak kecik angkat kotak,. Perut buncit kepala botak
26. Bukit  Jawa, memetik lada. Haiih....Isteri tua...syhh.... suami muda!!
27. Bunga cengkih goreng berminyak. Terima kasih banyak-banyak
28. Bunga melati tepian paya. Sampai hati tinggalkan saya
29. Bunga tongkin bunga raya. Saya miskin awak kaya
30. Burung gagak tepi paya. Jangan berlagak depan emak ayah saya.
31. Burung pipit makan padi. Bukan sedikit tuan berbudi
32. Cantik berdandan intan kesuma. Bulan ramadan bakal menjelma.
33. Cantik mahkota, berkilat. Marilah kita kerjakan solat
34. Cepat lompat atas batu. Eheh, bolehkah saya bantu
35. Cincin sebentuk tanda muafakat. Cincin dua bentuk tanda terikat
36. Cit, cit  kata cicak. Isteri cantik  suami kacak
37. Dahulu parang sekarang besi. Dahulu sayang sekarang benci
38. Daripada cempedak baiklah nangka. Daripada tidak baiklah ada
39. Dengar cakap enggang makan buah belolok.Dengar cakap orang terjun masuk lubuk
40. Di celah batu ikan kelisa. Bantu membantu hidup selesa

41. Dinding rumah batu-bata. Buang sampah jangan merata.
42. Duduk berehat gembala lembu. Dengarlah nasihat ayah dan ibu
43. Emas bersadur tanjak raja. Jangan tidur waktu senja
44. Emas perak, tembaga suasa. Malas bergerak tidak merasa
45. Gendang gendut tali kecapi. Kenyang perut suka hati
46. Goreng ikan api perlahan. Engkau bukan menantu pilihan
47. Hari Ahad, Senin Selasa. Buat jahat dapat dosa
48. Hari esok tengah malam. Sebelum masuk beri salam
49. Hari rabu makan capati. Ayah dan ibu permata hati
50. Hati berdebar serba tak kena.  Apa kabar orang di sana
51. Hujung bendul dalam semak  Kerbau mandul banyak lemak
52. Hutan Bidur banyak terkukur. Awak tidur berdengkur-dengkur
53. Ikan paus ikan pari. Rasa haus lepas berlari
54. Ikan siakap ikan pari. Kenapa bercakap sorang diri
55. Ikan  disaji ikan  tenggiri. Jadikan mengaji amalan diri.
56. Inang puteri wajah ceria. Carilah isteri berhati mulia
57. Jual murah, beli belaka .Mak marah, padan muka
58. Kail ikan tepi paya. Awak bukan pilihan saya
59. Kata dulang paku serpih. Mengata orang dia yang lebih 
60. Ke kedai mamak pukul sebelas. Masakan emak memang first class
61. Keli masuk ruan keluar. Matahari masuk bulan keluar
62. Ketap ketip buluh nipah. Lepas  ratip  dapat upah
63. Kuala Pilah tampak tenang. Jomlah kita bertunang
64. Kura-kura dalam perahu.  Pura-pura tidak tahu
65. Lain dulang lain kakinya.  Lain orang lain hatinya         
66. Lain hulu lain parang. Lain dulu lain sekarang
67. Laju redah ikut titi. Aku sudah jatuh hati.
68. Makan ketupat sambal berlada. Buat jahat berpada-pada.
69. Makan roti sekaya. Ada bukti baru percaya.
70. Masak acar pakai cuka. Ha ha ha padan muka
71. Masak lemang taruh santan. Awak memang mata duitan
72. Masak pengat, kuih suji. Suka sangat kena puji
73. Mata pejam waktu petang. Jangan pinjam, jangan hutang
74. Melangkah arah pintu. Siapakah di luar tu.....
75. Menanti Syawal penuh ceria. Tak sabar nak raya.
76. Miang-miang keladi .Makin tua makin menjadi-jadi
77. Naik rakit, naik perahu. Hati sakit, siapa tahu
78. Nyonya beli berus. Ada petuanya kalau nak kurus
79. Orang berbudi kita berbahasa Orang memberi kita merasa
80. Orang kaya pergi belayar.Duit saya bila nak bayar



81. Orang sakit makan biskut. Banyak duit tapi kedekut
82. Pagi sabtu beli penganan. Sabar itu teras keimanan.
83. Paloh Rawa damai tenang.Cepatlah bawa rombongan meminang
84. Panas benar hari ini. Perkara onar perlu hindari.
85. Pasang pelita letak  sana. Putus cinta badan merana
86. Pasang pelita terang cahaya. Awak cinta pertama saya
87. Pasar malam beli baju. Adik diam tanda setuju
88. Pat-pat siku lipat ,  Siapa cepat dia dapat
89. Pecah kaca pecah gelas. Sudah baca harap balas
90. Pedada jati semalu kerakap. Ada hati malu nak cakap.
91. Pen merah, pen biru. Jangan marah I love you
92. Pergi ke pekan beli mempelam. Saya ucapkan selamat malam.
93. Pergi Kedah naik kereta.  Saya sudah jatuh cinta
94. Pergi pekan waktu senja. Kita makan saya belanja
95. Permata hiasan cantik berkilat. Emak pesan jaga solat
96. Petik kelapa pagi- pagi. Jangan lupa gosok gigi
97. Pinggan tak retak nasi tak dingin. Orang tak hendak kami tak ingin
98. Pisang sesikat sayur sebelanga. Tanda muafakat makan bersama
99. Pohon kelapa di tasik Cini. Takkan dah lupa kami di sini
100. Pokok manggis tepi huma. Adik manis siapa nama

101. Pokok selasih tepi bendang. Sungai bersih cantik dipandang
102. Pucuk kemidi, buah celagi. Kalau sudi datanglah lagi
103. Pucuk paku cecah budu. Sebutlah namaku kalau rindu
104. Pucuk  silum hijau warnanya. Saya belum ada yang punya
105. Pungut siput petang-petang. Tak jemput saya tak datang
106. Putih melepak Tuan Puteri. Saya nampak awak curi
107. Rambulan,  lembut cahayanya. Ada soalan segeralah tanya
108. Sarang semut dalam gelap. Orang berselimut selalu lelap
109. Seikat kesum, seikat pudina. Awak senyum ada makna
110. Saya kata itik awak kata ayam. Sudah kena jentik baru nak diam.
111. Sebab pulut santan binasa. Sebab mulut badan binasa
112. Siakap senohong, gelama ikan duri.  Bercakap bohong,lama-lama mencuri
113. Sik, sik batang pinang. Siapa berbisik dia nak bertunang
114. Sini pokok getah tu pokok getah. Tanya sepatah dia jawab sepatah
115. Sudah gaharu cendana pula.  Sudah tahu bertanya pula
116. Sungai Petani luas memanjang.Ada bini mengaku bujang.
117. Susah payah main caklempung. Rindu ayah ibu,di kampung.
118. Tabtibau puyuh padang. Hilang pisau berganti parang
119. Tahan belat celah batu. Tunaikan solat lima waktu
120. Tak teh kayu api. Sudah letih jalan lagi.
121. Tak tumbuh tak melata .  Tak sungguh orang tak kata
122. Tanah paya tepi lombong. Pabila kaya jangan sombong
123. Tebang tebu saiz lengan. Ayah ibu diabai  jangan
124. Terang cahaya menahan jerat. Sayang dunia sayang akhirat.
125. Terbang jelatik tinggi di awan. Awak cantik lagi menawan
126. Tercengang-cengang harimau landak. Gigi jongang siapa hendak?
127. Terima kasih daun keladi  Kalau boleh hendak lagi
128. Terkumat-kumat nampak biawak. Saya penat tunggu awak
129. Tiang berlipat bersalut besi.  Cepat-cepat habiskan nasi
130. Tinggi rendah panjang lebar. Pergi sekolah mesti belajar
131. Tuan puteri cantik molek. Sudah beri minta balik
132. Tuku takal tuku takit. Budak nakal selalu sakit
133. Tunggu durian jangan cemas .Siapa kemudian kenalah kemas
134. Uda sakit, sakit tenat. Kerja sikit  terasa penat
135. Warna terang baju batik.Awak sekarang semakin cantik

Yang berminat nak  salin, salinlah. Berkongsi info adalah sesuatu yang sangat indah. Kalau ada  nak komen lagilah lebih inspiratif ! Koleksi pantun yang sama telah saya bukukan- cikgu Maznah


Tiada ulasan:

Catat Komen

Jangan Tiru