Bahasa Melayu eksklusif untuk calon SPM

Ahad, 12 November 2017

Fakta Sains Menyelongkar Rahsia Kebesaran Ilahi - Allah Yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang - untuk renungan dan hayatan semua

20 Fakta Sains Menyelongkar Rahsia Kebesaran Ilahi -   Allah Yang maha Pengasih lagi  Maha Penyayang
info menarik untuk hayatan semua
Fakta sains.

1. Jika semua saluran urat darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi Jalan Raya  sepanjang 96,000. Kilometer.

2. Saraf ditubuh badan manusia dapat menghantar impuls kira-kira 90 Meter sesaat.

3. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 Meter persegi.

4. Manusia akan hilang sebanyak 50 Peratus deria rasa pada usia 60 tahun.

5. Setiap langkah kehadapan anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.

6. Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.

7. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

8. Apabila sesaorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit, iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

9. Secara purata seseorang itu minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

10. Manusia hanya menggunakan 10 peratus daripada otaknya untuk berfikir.

11. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfangsi termasuk jantung.

12. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

13. Badan manusia mengandungi sulfur yang cukup untuk membunuh kutu anjing, karbon untuk membuat 9,000 batang pensel, potassium, lemak untuk membuat 7 ketul sabun, fosforus untuk membuat 2,200 batang kepala mancis dan air untuk mengisi tangki sebanyak 37 liter.

14. Ketika mulut kering, anda tidak akan dapat menikmati sebarang makanan, ini kerana air liurlah yang membantu kita merasa sesuatu yang masin, manis, masam dan sebagainya.

15. Apabila anda mengecam muka seseorang anda sedang menggunakan otak sebelah kanan.

16. Pada retina mata, terdapat lebih 100 juta sel yang cukup sensitif terhadap cahaya.

17. Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh berfungsi, malahan  ia akan membesar ke saiz asal dalam tempoh tertentu.

18. Secara purata kita menuturkan 30,000 perkataan sehari, mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Ini bererti dalam tempoh 1 jam kita menyebut 9,000 perkataan yang ada.

19. Jika anda terkurung di  dalam bilik yang kedap udara, anda akan mati kerana keracunan karbon  dioksida bukan kerana kekurangan oksigen seperti yang disangkakan.

20. secara purata setiap orang makan 51 kilogram bahan perasa temasuk gula dan garam setahun.

20 FAKTA MENARIK YANG KITA TAK TAHU

1) Kuda belang boleh berlari pada kelajuan sehingga 40 mph

2) Burung kakak tua akan muntah atas pemiliknya untuk menunjukkan keakraban dan kasih sayang yang mendalam

3) 1 panahan kilat bersamaan dengan 10 hingga 100 juta volt & 30,000amp elektrik.

4) Restoran Mc Donald's yg terbesar adalah di Beijing, China - berukuran 28,000 kaki persegi dan mempunyai 30 kaunter.

5) Jepun adalah negara yang paling terdedah kepada gempa bumi di antara semua rantau di dunia. Setiap tahun lebih kurang 1,500 gempa bumi direkodkan.

6) Burung flamingo hanya boleh makan apabila kepalanya dalam keadaan terbalik (ke bawah).

7) Jika seekor koala mati, koala lain tidak akan berpindah ke dalam wilayahnya sehinggalah bau koala yg mati itu hilang

8) Bahagian laut yg paling dalam adalah 35,815 kaki di dalam Marina Trench di Lautan Pasifik. Pada kedalaman tersebut tekanan air adalah 18,000 pound/ inci persegi

9) Burung merpati dewasa mempunyai lebih kurang 10,000 helai bulu.

10) Badak betina beranak cuma 3 tahun sekali.

11) Tikus membiak begitu cepat dan di dalam 18 bulan, dua ekor tikus boleh membiak kepada lebih dari 1 juta ekor.

12) Seekor siput boleh tidur sehingga 3 tahun lamanya

13) 300 juta sel mati di dalam badan manusia setiap minit

14) Katak wujud di seluruh dunia kecuali Iceland dan Antartika.

15) Otot yang paling kuat dlm badan manusia adalah otot 'masseter' yang digunakan apabila kita mengunyah makanan.

16) tulang peha manusia adalah lebih kuat dari konkrit.

17) Astronout tidak boleh sendawa di angkasa. ini kerana tiada graviti yg dpt mengasingkan cecair dgn gas dlm perut mereka.

18) Harimau bintang boleh melompat jauh pada jarak 25kaki dan boleh melompat ke atas setinggi 10kaki

19) Setiap semut mempunyai 2 perut, satu utk simpanan makanan ia sendiri dan satu lagi utk dikongsi dengan semut lain.


20) Orang yang menulis kamus bahasa Arab/Melayu ialah Idris Al Marbawi







Info tentang Lidah dan kaki anda - untuk kita hayati bersama-sama (apabila kita banyak membaca banyaklah ilmu kita perolehi,insyaAllah)

Lidah




Lidah merupakan organ di dalam mulut yang sensitif dengan pelbagai jenis perasa.
Bijak membezakan perasa secara automatik dan dihantar ke otak memaklumkan jenis perasa berkenaan.
Antara rasa yang dapat dibezakan oleh lidah, iaitu:
Manis
Masam
Masin
Pahit
Kelat
Payau
Pedas
Lemak
Tawar
Pedar
Hambar
Sedap
Lazat

Penyalahgunaan lidah boleh mengakibatkan impak yang besar kepada sipenutur.

Jika antara negara dengan negara, boleh mengakibatkan peperangan.
   Jika antara pekerja dengan majikan, boleh    
      mengakibatkan pembuangan kerja.
          Jika antara rakan dengan rakan, boleh 
             mengakibatkan pergaduhan.
                Jika antara adik dengan abang, boleh 
                   mengakibatkan persengketaan.


Pepatah Melayu mengatakan:
       lidah tidak bertulang, salah petik jiwa hilang
          lidah bercabang
            lidah biawak
              lidah terganjal
                lidah terkalang
                  lidahnya masin


Pepatah Indonesia pula menyebut:
       berjalan pelihara kaki, berkata pelihara lidah

Oleh itu, sipenutur perlu mensyukuri anugerah Illahi yang tidak ternilai ini dengan memperbanyakkan zikrullah mengingati-Nya.

Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah  hati menjadi tenteram.



                                                                       (Surah Al-Ra'd:28)


8 Penyakit Boleh Sembuh Dengan Berjalan Kaki
Jika selama ini anda malas untuk berjalan kaki, maka fikirkanlah semula ... 

Menurut sebuah penyelidikanberjalan laju boleh mengurang 8 jenis penyakitberbahayaIni merupakan 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengansenaman yang bertumpu pada kaki.





1. Serangan Jantung
Berjalan kaki boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koronari) agar dapat berfungsi normal mengepam darah tanpa henti. Jalan kaki dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan kaki, kolesterol yang baik (HDL) yang bekerja sebagai span penyerap kolesterol tidak baik (LDL) akan meningkat.


2. Stroke
Dalam sebuah kajian yang dilakukan kepada 70 ribu jururawat di Harvard School of Public Health yang melakukan kegiatan berjalan kaki selama 20 jam seminggu semasa bekerja risiko mendapat stroke menurun sehingga 2/3.


3. Membakar Lemak
Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme badan. Selain sejumlah kalori yang terbuang semasa aktiviti berjalan kaki, lebihan kalori yang disimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian penambahan berat badan dapat dielakkan.


4. Melangsingkan Badan
Jika anda mempunyai berat badan lebih, mulakan rutin berjalan kaki. Pergerakan kaki mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada diperut anda akan terhakis. Lakukan aktiviti berjalan kaki selama satu jam sehari (berjoging lebih bagus, tapi jangan over sangat).


5. Kanser
Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin berjalan kaki. Kanser yang boleh ditekan adalah jenis kanser usus (colorectal carcinoma). Pergerakan badan dapat melancarkan fungsi usus, termasuklah buang air besar dengan dan teratur. Kanser usus biasanya terjadi kerana menahan air besar dengan lama. Dalam sebuah kajian lain, berjalan kaki boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.


6. Mencegah Osteoporosis
Sering berjalan kaki bukan hanya menyihatkan otot-otot di badan, tetapi rangka atau tulang anda juga akan menjadi sihat dan kuat. Mencegah osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan pengambilan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerakan badan dan memerlukan masa paling kurang 15 minit di bawah sinaran matahari.

7. Mencegah Kencing Manis
Dengan rutin jalan kaki sekitar 6 km per jam sekitar 50 minit, anda mampu melambatkan atau menghalang berkembangnya diabetes Type 2, terutamanya untuk mereka yang bertubuh gemuk (National Instituteof Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases). Gula dalam darah boleh dikawal  dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukanAnda hanya perlu berjalan kaki secara konsisten untuk terus menjaga kecergasan badan dan terhindar dari diabetes.


8. Depresi

Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresi yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. So, berjalan kakilah selalu agar anda tidak murung



Jangan Tiru