Bahasa Melayu eksklusif untuk calon SPM

Rabu, 8 November 2017

PUISI PERSARAAN- hanya untukmu

PUISI PERSARAAN 
Hanya Untuk mu

Ayuhai Tuan
Sudah ke penghujungan rupanya kita
Bagai tak perasan hari nan pergi
Bagai tak terasa masa nan berlalu
Alih-alih kita terasa sebak di hujung pilu
Oleh saat perpisahan menjelma di depanku
Baru sangat rasanya bersamamu
Tempoh sesingkat itu
Amat dirasakan kemesraanmu

Ayuhai Tuan
Engkau ibarat segunung intan
Intan terpilih di muara jernih
Kami sepakat di bawah redup rimbun kasihmu
Ke laut menuju alur
Ke darat menuju banir
Tak lekang dek panas
Tak lapuk dek hujan
Ibarat pohon dicabut layu dianjak berguguran dedaunan

Maka pada pagi ini
Dengan baris-baris puisi
Dengan citra ilusi
Kok embun nan setititik nak dijadikan laut
Kok tanah nan sekepal nak dijadikan gunung
Ampun jugalah lidah nan tak bertulang
Bahasa nan tak berbaris

Ayuhai Tuan,
Susunkanlah di lipatan hati
Usah gentar kiranya datang ombak menderu
Taufan melanda, gunakanlah segala ilmu
Praktikkan ilmu di dalam diri
Agar tidak jadi seperti kenari

Ayuhai Tuan,
Terimalah dari kami sekudus kasih, setulus sayang
Budi yang diberi tak terbalas dek kami
Segala limpah rahmat Allah yang memberkati

Begitulah rasa yang ada di lopak nubari
Banyak kenangan, banyak ingatan, banyak pengalaman

Kendatipun begitu,
Laut mana tidak bergelombang
Bumi mana tidak ditimpa hujan
Inikan pula kami manusia biasa
Kelemahan diri tidak terperi
Kekuatan diri tidak tercari


Jadi,
Sudi apalah kiranya
Kata nan terlanjur
Tingkah nan sumbang
Bicara nan menyinggung
Dan hati nan tak kena
Diampun dan dimaaf jua


Namun begitu
Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Walaupun jauh hanya di situ
Di mata hilang,  di hati jangan

Maklumlah
Anak enggang berkayu tinggi
Patah ranting terbanglah ia
Pegawai kerajaan tak lama di sini
Sampai musim bersaralah lah ia

Sebab bagi kami,
Tuan sukar dicari ganti
Walau seribu tahun lagi……….!!

Sekian, terima kasih

Bagi yang berminat,pantun persaraan pula ada dalam blog saya yang satu lagi iaitu-bahasa eksklusif untuk semua.


 BAHASA ISTANA
Bersemayam = Tinggal
Makan = Santap
Tidur = Beradu
Sakit = Gering
Mengunjungi = Mencemar duli
Setuju = Berkenan
Terima kasih = Junjung kasih
Bangun = Bangkit
Beri = Kurnia / anugerah
Berkata = Bertitah
Uzur / sakit = Gering
Gembira = Sukacita
Sedih = Dukacita
Marah = Murka
Hari keputeraan = Hari jadi
Peterana = Tempat khas untuk orang berpangkat
Beranak / Bersalin = Berputera
Mandi = Bersiram
Hulu = Kepala
Payung = Iram-iram
Kasut = Kaus
Kubur = Makam
Meninggal dunia = Mangkat
Kerusi = Singgahsana

Pisang
Pisang paling mahal = Pisang emas
Pisang kelat = Pisang meda
Pisang termenung = Pisang berangan
Pisang bentuk bulat = Pisang kaki    
Pisang paling kecil = Pisang monyet
Pisang kulit merah = Pisang udang merah
Pisang masak hijau = Pisang boyan
Pisang kerepek = Pisang helang
Pisang salai = Pisang susu
Pisang waktu pagi = Pisang embun

Pisang pembasuh mulut = Pisang rastali
Pisang dibuat sayur = Pisang kapas
Pisang saiz comel = Pisang montel
Pisang dibuat apam = Pisang padang
Pisang banyak lemak = Pisang lemak manis
Pisang kerap digoreng = Pisang nipah
Pisang spesis cempedak = Pisang nangka
Pisang dibuat rojak = Pisang batu
Pisang dibuat gulai = Pisang abu
Pisang berasa masam = Pisang asam
Pisang dibuat lempeng = Pisang raja
Pisang rendang = Pisang serendah
Pisang bentuk gading = Pisang tanduk
Pisang jantung ke atas = Pisang derhaka
Pisang bukan milik saya = Pisang awak

Profesor dengan Pendayung
Sampan Suatu masa, seorang profesor hendak menyeberang sebatang sungai dengan sebuah sampan. Ketika sampan berada di gigi air, dia bertanya kepada pendayung sampan: “Kamu pandai menulis dan membaca?”
“Er… er… Tidak. Saya buta huruf,” jawab pendayung sampan.“Kamu telah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang buta huruf hilang separuh keupayaan untuk hidup dengan berjaya.” Sampan semakin ke tengah sungai. Profesor bertanya lagi: “Kamu ada menyimpan wang dalam bank?”
“Er… er… Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan,” jawab pendayung sampan Iagi. “Kamu hilang separuh Iagi daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak menyimpan Wang tidak boleh hidup selesa pada hari tua nanti.”
Sampan sampai ke tengah sungai. Arus semakin mengganas. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir tenggelam. Si pendayung segera bertanya kepada profesor: “Tuan pandai berenang?”
“Eh…eh…saya tidak pandai berenang ” jawab profesor dalam nada panik. “KaIau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!” 

Pengajarannya, jangan memandang rendah ke atas sifat lahiriah orang lain. Mungkin dia memiliki keistimewaan dan potensi diri anugerah Allah s.w.t. yang tidak kita miliki.



82 RANGKAP PANTUN EKSKLUSIF BUAT YAB DS HAJI NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK Sekadar bacaan santai, untuk renungan dan hayatan semua yang kasihkan negara

(maaf, baru-baru ni semua  karya saya berkaitan negara dan kepimpinan hari ini saya simpan untuk beri ruang semua pelajar SPM seluruh negara fokus kepada BM & klik link BM sahaja. Hari ini saya terbitkan semula . Bacalah  ya ...)

82 RANGKAP  PANTUN EKSKLUSIF BUAT YAB DS HAJI NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
Sekadar bacaan santai, untuk renungan dan hayatan semua yang kasihkan negara


Jemari dirangkum putera bentara
Berbudi bahasa bertingkah santun
Assalamualaikum pembuka bicara
Sekadar berceriter melalui pantun

Cahaya mengerdip di Tanah Jawa
Indanya menawan hati nurani
YAB DS Najib PM berwibawa
Bawa kemajuan sehingga kini

Mendeklamasi sajak terjana minda
Ada masalah suka bertanya
Tun Abdul Razak paduka ayahanda
Toh Puan Rahah nama bondanya

Berganding tenaga  semangat membara
Transformasi pelapis amat  disaran
23 Julai 1953 dilahirkan putera
di Kuala Lipis, tanah kelahiran

Beriadah wirawan selepas asar
Riadah di taman Paduka Radin
berdarah bangsawan Sultan Makassar
susur  keturunan Sultan Hassanudin,

Makan juadah tanpa berlengah
 Makan nasi pergi ke dapur
pendidikan rendah dan menengah
 di  St. John 
Institusi , Kuala Lumpur,
 
Menanam sayur  semai berjajaran
Berehat sebentar atas jerami
Kolej Lelaki Malvern lanjutkan pelajaran
 di Worchestershire, England jurusan ekonomi
 
Banjir melanda suatu ujian
Syahdu terdengar azan bergema
Sarjana Muda dengan Kepujian
Universiti Nottingham, England 1974, ijazah diterima.
 
Cabaran menjelma di ujung usia
Tempuh segala  halangan dugaan
Tahun nan sama DSN kembali ke Malaysia
Ceburi pula dunia perniagaan,
 
Sulaman pelamin khazanah antik
seni Inanam  seindah kraftangan
ahli parlimen berjiwa patriotik
1976, bermula perjuangan
 
Usia muda pengajiannya tamat
Bidang ekonomi  semangat  membahang
1982 hingga 1986 beliau berkhidmat
 Menteri Besar  di negeri Pahang,
 
Dari Berangan ke tanah Jelawat
Kasih bersemi  baba  dan nyonya
Menteri Kewangan pernah dijawat
Dunia ekonomi memang kepakarannya
 
Pergi melawat bawa penganan
Dihantar juadah ke rumah jiran
Pernah menjawat Menteri Pertahanan
Dan yang terindah  Menteri Pelajaran.
 
Anak Bentara dari Singgora
mencari nanas di Tanah Temangan
berkhidmat sementara di Bank Negara
Dengan Petronas, pengurus perhubungan
 
Inai bertitik inang Puteri
Kerudung menawan tambah serinya
arena politik beliau ceburi
setelah 'kepergian', paduka ayahandanya

 Beli simen Kuala Muda
Beli pasirnya  dan juga   batu
ahli parlimen  usianya  termuda
23 tahun  umurnya  ketika itu.
 
Pergi ke pasar  cahaya mencerah
kilas di sumucelahan pepohon
Menteri Besar termuda dalam sejarah
 ketika berumur 29 tahun.
 
meniup klarinet jalan berlenggang
di dalam taman di tengah hari
Dalam kabinet  jawatan dipegang
Banyak pengalaman beliau perolehi
 
rencah diikat ditumbuk lumat
Sayur keladi kuah kari
7 Januari 2004 tarikh keramat
Beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri
 
Ke Pantai Melawi memetik kantan
Perencah wajib gulai serati
PM Abdullah Badawi letak jawatan
YAB DS Najib jadi pengganti
 
 Pakai kimono bersalut intan
Di tasik Banding leka bermadah
Presiden UMNO Menangi jawatan
Tanpa bertanding itulah yang terindah
 
Pergi  melapah  dagang santeri
Berjalan-jalan  berkongsi bahagia
Mengangkat sumpah  Perdana Menteri
3 April 200 seindah nostalgia
 
Berlenggang nak watan suami isteri
Di sinar suria berbual  sakan
Memegang jawatan Perdana Menteri,
Gagasan 1 Malaysia  beliau perkenalkan
 
Dari Kembayat ke Teluk Intan
Singgah makan di Kota Lama
Perpaduan rakyat kukuh ikatan
hari kemerdekaan disambut bersama
 
Dari Benta pergi ke Dungun
Mentari ceria gemilang cahaya
Negara kita terus membangun
1 Malaysia mencipta jaya
 
Puteri Kesuma berangkat ke Pekan
Bersama setia inang puteri
BR1M pertama  diperkenalkan
Ilham  idea  Perdana Menteri
 
Membeli sepatu di pekan Larkin
warna  menawan, ditukar jangan
BR1M membantu rakyat miskin
 tidak berkemampuan perlukan sokongan
 
Di tanah rawa memungut lokan
Lokan berlada dijual di kota
BR1M kedu  YAB DS PM  lancarkan
Diagih kepada rakyat jelata
 
Datang berduyun membeli ikan
Di Tanah Kembayat  berlabuh suria
lebih 2.5 Billion telah diagihkan
kepada rakyat seluruh Malaysia
 
Di celah dedaunan terang cahaya
Pengarang kreatif  puisi lestari
Program Perumahan Rakyat 1 Malaysia
satu inisiatif Perdana Menteri
 
Terbang sekilas  burung bota
Ke tanah Dungun arah ke hutan
PR1MA 201peruntukan akta
merancang, membangun, membina, watan
 
Ikan kerapu di kota Kembayat
Hidang pengantin rencah sekata
perumahan mampu milik ,untuk rakyat
 amat prihatin YAB DS PM ternyata
 
Leka berpuisi Puteri Rekan
Bersanggul pualam  nyata serasi
Program Transformasi, Kerajaan gerakkan
perkhidmatan awam tingkatkan prestasi
 
sopan bertutur sesama jiran
membersih keadaan di hujung jalan
Key Performance Indicator @ KPI jadi ukuran
kebolehupayaan Bidang Keberhasilan
 
Sedang bersidang lima bersaudara
Banyak dokumen dihantar ke Sultan
Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara
diluluskan di Parlimen selepas perdebatan
 
Latihan intensif tempuh dugaan
Mencuba nasib di Pasir Pekan
reformasi komprehensif subsidi kerajaan
YAB DS Najib  mula melaksanakan
 
Bijak bestari Ratu Kuripan
Berfikir sakan sambil berehat
Perdana Menteri melahirkan harapan
rakyat  amalkan gaya hidup sihat
 
Di pantai Penarik bermain gasing
Tak kering gusi  riuh sepekan
Usaha menarik pelaburan asing
perbankan, telekomunikasi,  tenaga, dimajukan
 
Budak Penan mengejar angsa
Terasa letih tika  berburuan
Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa
 Responsnya positif  bawa pembaharuan
 
Berjalan kaki  ke Kota  Lama
Bangunan cantik  banyak ukiran
 Malaysia, duduki tempat kelima
di rantau Asia Pasifik,  dalam perniagaan
 
Tidak terperi  kesan Tsunami
Selutun watan hidup sengsara
Kecekapan YAB Dato Seri  pakar  ekonomi
Sumbang  peningkatan ranking negara
 
Memungut sayuran di Tanah Rata
Cahaya suram di sekitar kami
memperbaiki persekitaran perniagaan jelata
 berteras  Program Transformasi Ekonomi.
 
Berganding tangan turun ke Pekan
Rerintik  biasan kabusnya tebal
Pakej rangsangan YAB DS PM  umumkan
kurangkan kesan kelembapan, ekonomi global.
 
Tanah Temangan terang cahaya
Cahaya tautan damai bersemi
pakej rangsangan telah berjaya
menjana peningkatan aktiviti ekonomi,
 
Anak kenari  tepian jerami
Masuk ke laman rumah jiran
Memang YAB Dato Seri  pakar ekonomi
Beri tumpuan tingkatkan pelaburan
 
 Di Seri  Mersing  tepian muara
Di tengah gelora jongnya sarat
Dasar asing dan lawatan negara
Hubungan luar negara  dijalin erat
 
Sibuk membuat pelamin  pengantin
Kain diambil  dicantum erat
penyokong kuat perjuangan Palestin
usirilah  Israel di Tebing Barat
 
Memakai tanjak  segaknya putera
Langkah dijejaki  penuh prihatin
YAB DS Najib Razak pemimpin Islam pertama, Asia Tenggara
menjejakkan kaki di bumi Palestin
 
Makan jamu tepian huma
Di tengah bendang terang cahaya
YAB DS bertemu Barack Obama
Sebelum, Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear
 
Bertemu nyonya tepian paya
Anak belatuk di bahu kanan
Biarlah hendaknya program nuklear
 direka untuk tujuan keamanan
 
Di sinar suria menuai padi
Tuai selari terang cahaya
PM  India Narendra Modi
bertemu YAB Dato Seri Najib di Putrajaya,
 
Duduk sendirian mengarang puisi
Indera kayangan terimbau terimbas
menandatangani perjanjian ekstradisi
pendidikan, kewangan perdagangan bebas
 
keluarga mesra  damai dikecap
Di situ berceritera  saudara mara
 Di Singapura, PM ,Najib berucap
 permulaan era baru dua negara
 
Pahlawan Bentan di hari lebaran
Lasykarnya putera  gagah setia
rangkaian pengangkutan,pelaburan
Singapura, Iskandar Malaysia.
 
Kembara Pak Long ke hutan belantara
Singgah bermandian di Tasik Chini
 Lee Hsien Loong,tersenyum mesra
 Titik Perjanjian ditandatangani
 
Rumah mualim sunyi dan sepi
Pagi hari  terasa segar
Pindahkan KT stesen keretapi
Ke  Woodlands dari Tanjung Pagar
 
Jalan tersesat  di Kota Gelanggi
Berselut tanah tahap paha
 transit pesat dan kelajuan tinggi
 Temasek, Khazanah sama berusaha
 
Akhbar diberi tiap bahagian
Akhbar dibanding tiap keratan
YAB DS PM hadiri Kemuncak ASEAN
dihoskan  Presiden Korea Selatan
 
Sesudah penat mencari rotan
Rotan diatur di Tanah Guchil
Malaysia berminat contohi Korea Selatan
 bangunkan reaktor nuklear berskala kecil

Anah desa meredah  ranjau
Ke arah kebun melangkah cermat
 Penjanaan kuasa, teknologi hijau
rendah karbon itulah matlamat
 
anak  bestari  pakai celana
Celana kreatif kain kelingkan
lawatan empat hari ke Negara China
isu substantif telah dibincangkan
 
Berlaga sakan di tengah pekan
Terasa bahagia baba dan nyonya
pelan tindakan strategik di China, disahkan
mengimbau nostalgia lawatan ayahnya
 
tertawa berselang si gadis sunti
sedang Kirana menumbuk umai
Indonesia,New Zealand telah dilawati
Dengan Filipina  perjanjian damai
 
Tegas berperi  Paduka Raja
Duduk di sisi paduka anakanda
YAB Dato Seri kita rajinnya bekerja
Kontroversi  demi kontroversi pula datang melanda !!!!
 
Satu batalion  pasukan ternama
Tangkas berulit jaya terjana
RM 2.6 bilion  sumbangan derma
Diputar belit manusia durjana
 
Pergi ke  huma  tanam halia
Bawa pedati  penuh muatan
Sumbangan penderma  berhati mulia
1MDB terbukti tiada kaitan
 
Bersam rakan mencari palas
Diberkas kuat letak di tepi
SPRM  sahkan sumbangan ikhlas
 Setelah dibuat  siasatan rapi
 
Mengait sukun termengah-mengah
Duduk  beralih  tepian huma
Sumbangan   taikon, Timur Tengah
Malaysia dipilih hub penderma
 
Anak berida   di pohon celagi
Patah dahan  tepian paya
PM kita  dilanda fitnah lagi
Kes pembunuhan Shaariibuugiin Altantuyaa
 
Ayah dan ibumu   orangnya selia
Tempat berteduh  tak banyak kerenah
Tak pernah bertemu wanita Mongolia
Dituduh membunuh jahatnya fitnah
 
Pahlawan temasik bertingkah garang
Berlagak cemerlang tidak terperi
Ingat, kalau terasyik menghina mengeji orang
 Layakkah sipetualang memimpin negeri ?
 
Bertudung labuci  pergi ke pekan
Baju kurungnya cantik berseri
Pabila mencaci gemuruhlah tepukan
Yang aibnya diri sendiri
 
Puteri bersua  Kancan Tirana
Bergurau senda   Indera lela
Orang tua, mencaci menghina
Generasi muda geleng kepala
 
Budak Perkasa banyak kerenah
Ke gunung Daik mengembala bebiri
Bodoh terasa melayan fitnah
Jalan terbaik berdiam diri
 
Ketawa bercerita sianak Cina
Mengejar merpati  sambil berlari
Kata nista dicaci dihina
Tabahnya hati Perdana Menteri
 
Tegak di tanah pohon celagi
Terbang mari  sekawan kenari
Pelbagai fitnah dilemparkan lagi
YAB Dato Seri masih berdiam diri
 
Burung kenari  burung merbah
Terbang menghala  sinar menyerlah
Semoga  YAB Dato Seri Sabar dan tabah
Hadapilah segala ujian Allah
 
Saksama hakim membawa berita
Sesama rakan berita dikongsikan
YAB DS PM , tidak hiraukan  cercaan nista 
Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan
 
Khat diteliti  di Tanah Jawi
Indah ditara  tidak terperi
Pemimpin berintegriti   merdeka pertiwi
Itulah ketua Negara  selamanya  dicari
 
Sinar berbalam di hutan belantara
 Terbang bayan helang  kenari
Prinsip Islam memerintah Negara
Itulah  pegangan pemimpin  bestari
 
Berbual ghalib riang  ketawa
Tingkah lakunya  pelbagai gelagat
YAB DS Najib PM berwibawa
Tersohor namanya  ke seluruh jagat
 
Beradu nasib ke Tanah Sementa
Jalan selisih di bandar Pekan
Kepada YAB DS Najib  Perdana Menteri kita
Terima kasih kami ucapkan
 
TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI.........!!!
Karya : Cg Maznah





Jangan Tiru