Bahasa Melayu eksklusif untuk calon SPM

Ahad, 10 September 2017

SANGAT MENARIK UNTUK DIBACA TERUTAMA OLEH PARA SUAMI : kan saya dah kata, isteri saya tidak bekerja


kan saya dah kata, isteri saya tidak bekerja


 ISTERI SAYA TIDAK BEKERJA
Suatu perbualan  santai  antara seorang pelajar fakulti komunikasi dengan seorang tokoh perbankan berkarisma. Mudah-mudahan bual bicara ringkas tapi padat  ini mampu  membuatkan kita  berfikir sepintas lalu, sepanjang masa,  menghargai peranan  ibu kita misalnya, atau  isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa, misalnya,  atau istilah lumrahnya oleh para suami,  'isteri saya tidak bekerja'

Adib :  Apakah pekerjaan Encik Muqri?

Encik Muqri : Saya berkhidmat sebagai Pegawai bank, di sebuah bank terkemuka  di bandar ini .

Adib  :  Apa pula kerjaya  isteri encik Muqri?

Encik  Muqri (senyum): Ooohooh isteri saya tidak bekerja. Isteri  saya suri rumah sepenuh masa. Isteri saya tidak bekerja........

Adib :  Ehemmm.... Encik Muqri sudah bersarapan pagi ?  Siapa yang sediakan sarapan pagi Encik Muqri?

Encik  Muqri : Sudah. Saya sudah bersarapan pagi. Siapa lagi kalau bukan isteri saya. Isteri sayalah yang sediakan sarapan pagi kami sekeluarga…. sebab isteri saya  tidak bekerja

Adib : Setiap pagi?

En Muqri: Ya, setiap pagi. Semuanya tersedia rapi di atas meja. Sajiannya berbeza setiap pagi.

Adib: Pukul berapa isteri encik Muqri  bangun untuk sediakan sarapan??

Encik Muqri : Orang tidak bekerja. Memang tak tentu masanya. Biasanya pukul 5 pagi dia bangun  siapkan sarapan, kemudian  sekitar 5.30 saya ke masjid, isteri siapkan keperluan anak-anak. Pagi dia banyak habiskan masa uruskan anak-anak, Pakaian saya, saya ambil sendiri di tempat yang isteri saya biasa letak. Baju seluar, tali leher semuanya ada. Saya tak perlu fikir. Semua dah ikut warna, baju tali leher warna sekata.Isteri saya sudah aturkan segala-galanya untuk saya. Pukul 7 saya bersarapan. Pukul  7.30  pagi  saya ke pejabat manakala isteri saya tugasnya ialah menghantar anak-anak ke  sekolah. Saya tak perlu bimbang sebab isteri saya tidak bekerja.

Adib : Anak-anak encik Muqri ke sekolah, isteri yang hantar??

Encik Muqri :  Ya, isteri saya Puan  Sofiyah  yang hantar sebab kan saya kata  isteri saya   tidak bekerja.

Adib: Selepas hantar anak-anak ke sekolah, biasanya  Puan Sofiah  isteri encik Muqri  buat apa pula?

Encik  Muqri :  Hummppphh rutin biasa dialah, lepas hantar  anak,  dia  ke pasar, beli semua keperluan dapur, kemudian dia balik rumah, kemaskan peti sejuk, masukkan barang baru dibeli ke dalam peti sejuk, kemudian kemas semua bilik tidur,   lepas tu basuh kain baju, nyapu sampah, kemas ruang tamu , memasak ehemm maksud saya, dia siapkan makan tengah hari untuk saya dan anak-anak. Isteri saya tu tak bekerja jadi sekadar itulah rutin hariannya untuk penuhi masa.

Adib  Encik Muqri balik lewat petang, sampai di rumah apa yang biasanya Encik Muqri lakukan?

Encik Muqri :  Fuhhhh......., Saya penat bekerja, jadi waktu petang, lepas solat, lepas saya minum petang, saya rehatlah... Saya memang penat di pejabat, jadi saya berehat panjang sambil tunggu waktu maghrib untuk ke masjid..

Adib :  Isteri encik Muqri,  waktu petang yang dibuatnya?

Encik Muqri :  Orang  tidak bekerja, jadi biasalah,  kerjanya hanyalah sapu sampah keliling rumah, hantar sampah ke tempat pelupusan, malam dia masak sikit-sikit, sediakan makan malam yang sederhana sebab malam anak-anak tak berapa nak makan sangat, jadi melayan anak-anaklah kerjanya, mengemas meja makan dan  banyak kali jua saya tengok malam-malam dia buat kuih, dia ambil tempahan buat kuih untuk jiran- jiran   sekitar kawasan tempat tinggal saya  yang buat jamuan,  jamuan itu,dan jamuan ini. Dapatlah jua dia sedikit duit poket. Banyak juga tempahan yang dia terima.. Dia buat  kuih dari  lewat malam  hingga pagi, kerana  isteri  saya ni  tidak bekerja. Saya tumpang makan, kuih tu,  sebab isteri saya pandai masak. Sedapppp....!!

Adib : Hujung minggu apa pula aktiviti Encik Muqri, dan Isteri Encik Muqri pula apa yang biasanya dilakukan?

Encik Muqri: Saya macam biasalah, hujung minggu saya dan rakan pergi mancing, atau jogging di kawasan bukit sana.. Saya tak suka golf. Boring! Sesekali saya bermain squash atau main futsal. Memancing memang favourite saya. Isteri saya pandai memasak. Ikan yang saya tangkap, isteri masak, fresh and tasty! Isteri saya pun macam biasa jugak, sebab dia isteri tidak bekerja jadi, hujung minggu dia gosok semua baju kerja saya,  baju anak-anak dia jaga rapi, baju Melayu kain pelikat saya untuk ke masjid. Hari Jumaat dia dah ready, siapkan pakaian lengkap saya dan anak lelaki sulung saya solat Jumaat. Isteri saya jua yang ngajar anak-anak saya solat dan ngaji quran. Seminggu sekali,  isteri saya akan scrub lantai bilik air, vakum karpet, mop lantai dalam rumah, luar rumah,  cuci porch, ehemm tempat letak kereta. Memang bersih. Keliling rumah isteri saya tanam banyak pokok bunga. Rumah memang dia jaga, kemas bersih...  Orang tidak bekerja, jadi itulah sahaja yang isteri saya  mampu  lakukan. Isteri saya pun hanya lulus SPM, bukannya ada ijazah. Saya bertuah kerana isteri saya tidak bekerja.


Puan Sofiyah ternyata seorang yang tidak bekerja, suaminya sendiri persis menyenaraikan  rutin harian dan rutin  mingguan isterinya yang tidak bekerja, Encik Muqri berkali-kali menyebut  isterinya  sebagai SEORANG ISTERI YANG TIDAK BEKERJA...... Begitulah  tanggapan  sebilangan besar suami, yang sememangnya tanpa disedari, Sang Suami  telah ‘mendera isteri’, mengambil kesempatan terhadap isteri yang dikatakan  tidak bekerja.







Jangan Tiru