Bahasa Melayu eksklusif untuk calon SPM

Sabtu, 9 September 2017

Sebab emak membebel dari terbit mentari hingga senja berlabuh,..... mak kita pot pet pot pet....dan kita panggil mak RMKB(radio Malaysia Kota Bharu)atau Kelantan FM




Sebab emak  membebel dari terbit mentari hingga senja berlabuh - mak kita pot pet pot pet....dan kita panggil mak RMKB(radio Malaysia Kota Bharu)atau Kelantan FM


1. Mak  mula berleter sebab kena dua tiga kali kejut anak-anak barulah nak bangun  untuk solat subuh. Solat subuh di masjid. Bunyi azan barulah nak bangun. Ayah dah lama tunggu dekat  anak tangga. Hoiihhhh, bangun, bangun...... BANGUNNNNN!
2. Masa mandi lupa nak bawa masuk tuala, lepas tu mula jerit panggil mak.. MAAKKKKK.. nak tuala. Makkkkkk.... tolong mak, nak TUALAAAA
3. Masuk bilik air, apabila keluar, lupa tutup lampu, Mak pot pet pot pet dekat ngan setengah jam.
4. Botol ubat gigi colgate lupa nak tutup.Berus gigi dalam sinki (tak letak dalam bekas atas rak... syhhhhhh.... lebih berat anak perempuan pad memang dah masuk dalam plastic tapi lupa nak buang dalam tong sampah. .... mana mak tak mengamuk pabila masuk ke bilik air anak-anak perempuan!)
5. Lupa tutup switch lampu bilik air. Lupa pulak  tutup pintu bilik air.
6. Lebih berat lagi paip  air pun lupa nak tutup. Mak pun mulalah tazkirah pagi. Kelantan FM pun memulakan siarannya.
7. Anak perempuan pula lepas solat, kain telekung bersepah....mana mak tak bising.
8. Yang mak paling marah lepas solat masih dalam kain telekung, mula buka laptop meniarap, menungging dalam kain sembahyang sambil melayari internet.
9. Yang mak paling bengang, lap top nya masih ‘on’, tuan laptopnya dah nyenyak tidur.
10. Anak lelaki pula lepas makan lupa nak angkat pinggan ke dapur, pinggan dengan tulang ikan, pinggan tidak diletakkan  ke dalam sinki. Mak lah yang terpaksa uruskan itu, ini. Basuh? Uhhhh, mak yang basuh...!!
11. Pasang TV tapi tiada siapa yang tengok. Haisssshhh.... mana peginya bebudak ni....
12. Anak lelaki  kalau pergi masjid tuala,cadar, selimut bersepah atas katil. Mak pot pet pot pet sambil ngemas bilik anak lelaki.
13. Balik dari masjid semua sambung tidor, terutama pada ujung minggu.  Mak mula cakap sorang-sorang
14. Mak panggil sarapan pagi semua tak menyahut. Memang habit dah lepas solat subuh semua sambung tidur. Haishhhhh... payahnya, terpaksalah mak  makan sensorang. Ayah pula balik lewat,  pergi lepak dengan rakan masjid di kedai kopi dekat ngan masjid. Mak marahkan ayah yang tiada di hadapannya.
15. Anak-anak bangun lebih kurang pukul  sepuluh pagi, semua ngadap lap top. Mak geleng kepala. Masing-masing bawak nasi goreng makan dekat dengan lap top masing-masing. Mak mula bising... MARI MAKAN KAT MEJA MAKANNNNNNN........( susahke nak jadi mak ...?)!
16. Bab peti sejuk pulak...... anak-anak ambil air dari dalam botol, botol dah kosong tidak dikeluarkan daripada peti sejuk. Relaksle mak..... jangan marah, kejap lagi kita buatle... Minum air, gelas kosong letak dalam peti ais, satu kerja pulak mak nak kutip gelas kosong dalam peti ais. INGAT mak tu bukan HAMBA ABDI kita !!!!!!!!!!
17. Dalam mesin basuh pulak ada kain yang sudah spin terakhir tapi lupa nak keringkan. Dah berbau!!!!. Mak terpaksa basuh semula kemudian masukkan dalam mesin kering. Mak mula berleter sebab dalam mesin basuh mak jumpa bantal dibasuh dalam mesin. Haih... anak...anak.!!
18. Botol air mineral yang dah kosong campak merata alam. Kat bawah katil pun ada.Balik dari sekolah beg sekolah campak bawah katil. Time mak  pegi dari bilik ke bilik masa ni mak bingit  “Hooihhh... bilik macam sarang tikus.” Atau.....” tikus pun tok sey, sey duduk dalam bilik nih!”
19. Dalam semak samun, boleh letak sejadah tengah-tengah dan solat zohor. Mak siap cekak pinggang  berleter tengah hari buta. Adik, angah, pabila dengar mak ‘mula berdikir barat’ cepat-cepat raup tangan mak mintak ampun mintak maaf sambil sengih-sengih.
20. Ayah, abang, selamat  tak kena  marah dek emak, sebab solat di masjid .... tapi balik dari masjid ‘belengkar’ tidor , ayah tidor atas sofa , abang tidor  atas karpet  kat tepi sofa. Ayah dan abang memang BFF. Kalau mak marah abang, ayah sokong abang!! Mana mak tak bengang!!
21. Keluar rumah, lupa nak tutup pagar. Mak mula memekik apabila habis pokok-pokok bunga mak dimakan kambing. Banyak pulak tu. Jiran-jiran menjengah  pabila terdengar suara mak.
22. Kasut bersepah di tangga, mak berleter lagi sambil mengemas, di luar rumah.
23. Masuk ke dalam rumah tengok abang tengah gosok baju Melayu . Haih kan mak dah gosok dah, ngapa gosok lagi. Huh, mak gosok tak comel, masih kedut lagi, abang gosok le sekali lagi. Abang terus lari sebelum mak start Kelantan FM, abang ikut ayah pergi masjid untuk  solat maghrib. Mak menjerit.... Abaannnnnnngggggggg... seterika ni  ngapa tak tutup swis nya????  emmmm.... maakkkk tolong tutup seterika.....!!!!! Abang  undur ke belakang, cium tangan emak dan zoooooommmmmm...... berlalu pergi bersama-sama ayah.
24. Pukul  7 malam. Mak masih krung krang, krung krang mengemas di dapur dan memasak untuk makan malam. Mak marahkan kucing yang menyelinap masuk ke dapur.
25. Tiba-tiba adik menjerit, “Maakkkkkkkk....... drama mak dah nak start !!!!!“.  Ehemmm pukul  7 rumah di Pondok Lama Laluan Sri Palma, sunyi sepi kerana masa ni mak tengok drama kegemarannya. Siaran Kelantan FM terhenti seketika.
26. Malam. Lepas solat maghrib, lepas solat isya’, lepas makan malam mak mengemas rumah lagi. Mak akan pergi lagi dari bilik ke bilik. Kami tak kunci pintu bilik. Mak akan tutup semua swis lampu. Mak selimutkan kami sambil  berdoa ke hadrat Ilahi,Ya Allah kau selamatkanlah anak-anak aku, selamatkan lah keluarga aku.Amin
.
Memori terindah zaman persekolahan
.
Semua ini kami lalui pada zaman persekolahan masa bersama-sama ayah dan emak, sekarang kami semua berada di universiti(Along UiTM, aku UTP, abang UM(Law) & adik University De La Roche(B'sa Perancis).  Pabila pulang ke rumah ketika cuti sem, terasa damai, sebab suasana rumah kemas tersusun rapi, kerana emak orang seni. Ada seni di sebalik setiap susunan yang mengembalikan kenangan zaman persekolahan. Oppss, rumah kami tiada lagi perabot, semua hanyut dibawa arus,semua hilang ketika banjir tahun lalu- 2014(rumah kami tenggelam 99%, hanya nampak bumbung)  jadi proses mengemas jadi cukup mudah....umphh, memang mudah.  Kami sentiasa berdoa agar emak dan ayah diberi kebahagiaan, kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Amin.

Februari 2015







Jangan Tiru