Bahasa Melayu eksklusif untuk calon SPM

Ahad, 12 November 2017

Info tentang Lidah dan kaki anda - untuk kita hayati bersama-sama (apabila kita banyak membaca banyaklah ilmu kita perolehi,insyaAllah)

Lidah




Lidah merupakan organ di dalam mulut yang sensitif dengan pelbagai jenis perasa.
Bijak membezakan perasa secara automatik dan dihantar ke otak memaklumkan jenis perasa berkenaan.
Antara rasa yang dapat dibezakan oleh lidah, iaitu:
Manis
Masam
Masin
Pahit
Kelat
Payau
Pedas
Lemak
Tawar
Pedar
Hambar
Sedap
Lazat

Penyalahgunaan lidah boleh mengakibatkan impak yang besar kepada sipenutur.

Jika antara negara dengan negara, boleh mengakibatkan peperangan.
   Jika antara pekerja dengan majikan, boleh    
      mengakibatkan pembuangan kerja.
          Jika antara rakan dengan rakan, boleh 
             mengakibatkan pergaduhan.
                Jika antara adik dengan abang, boleh 
                   mengakibatkan persengketaan.


Pepatah Melayu mengatakan:
       lidah tidak bertulang, salah petik jiwa hilang
          lidah bercabang
            lidah biawak
              lidah terganjal
                lidah terkalang
                  lidahnya masin


Pepatah Indonesia pula menyebut:
       berjalan pelihara kaki, berkata pelihara lidah

Oleh itu, sipenutur perlu mensyukuri anugerah Illahi yang tidak ternilai ini dengan memperbanyakkan zikrullah mengingati-Nya.

Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah  hati menjadi tenteram.



                                                                       (Surah Al-Ra'd:28)


8 Penyakit Boleh Sembuh Dengan Berjalan Kaki
Jika selama ini anda malas untuk berjalan kaki, maka fikirkanlah semula ... 

Menurut sebuah penyelidikanberjalan laju boleh mengurang 8 jenis penyakitberbahayaIni merupakan 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengansenaman yang bertumpu pada kaki.





1. Serangan Jantung
Berjalan kaki boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koronari) agar dapat berfungsi normal mengepam darah tanpa henti. Jalan kaki dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan kaki, kolesterol yang baik (HDL) yang bekerja sebagai span penyerap kolesterol tidak baik (LDL) akan meningkat.


2. Stroke
Dalam sebuah kajian yang dilakukan kepada 70 ribu jururawat di Harvard School of Public Health yang melakukan kegiatan berjalan kaki selama 20 jam seminggu semasa bekerja risiko mendapat stroke menurun sehingga 2/3.


3. Membakar Lemak
Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme badan. Selain sejumlah kalori yang terbuang semasa aktiviti berjalan kaki, lebihan kalori yang disimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian penambahan berat badan dapat dielakkan.


4. Melangsingkan Badan
Jika anda mempunyai berat badan lebih, mulakan rutin berjalan kaki. Pergerakan kaki mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada diperut anda akan terhakis. Lakukan aktiviti berjalan kaki selama satu jam sehari (berjoging lebih bagus, tapi jangan over sangat).


5. Kanser
Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin berjalan kaki. Kanser yang boleh ditekan adalah jenis kanser usus (colorectal carcinoma). Pergerakan badan dapat melancarkan fungsi usus, termasuklah buang air besar dengan dan teratur. Kanser usus biasanya terjadi kerana menahan air besar dengan lama. Dalam sebuah kajian lain, berjalan kaki boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.


6. Mencegah Osteoporosis
Sering berjalan kaki bukan hanya menyihatkan otot-otot di badan, tetapi rangka atau tulang anda juga akan menjadi sihat dan kuat. Mencegah osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan pengambilan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerakan badan dan memerlukan masa paling kurang 15 minit di bawah sinaran matahari.

7. Mencegah Kencing Manis
Dengan rutin jalan kaki sekitar 6 km per jam sekitar 50 minit, anda mampu melambatkan atau menghalang berkembangnya diabetes Type 2, terutamanya untuk mereka yang bertubuh gemuk (National Instituteof Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases). Gula dalam darah boleh dikawal  dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukanAnda hanya perlu berjalan kaki secara konsisten untuk terus menjaga kecergasan badan dan terhindar dari diabetes.


8. Depresi

Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresi yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. So, berjalan kakilah selalu agar anda tidak murung



Tiada ulasan:

Catat Komen

Jangan Tiru