Bahasa Melayu eksklusif untuk calon SPM

Jumaat, 13 Oktober 2017

PENANDA WACANA UNTUK HASILKAN KARYA YANG BERWIBAWA BERKUALITI dan Contoh Penerapan Peribahasa dalam Ayat




PENANDA WACANA
 UNTUK HASILKAN KARYA YANG BERWIBAWA BERKUALITI
BACA, HAYATI, DAN APLIKASI DALAM KARANGAN UNTUK SASARAN CEMERLANG
Banyak pelajar tidak mendapat markah yang baik kerana pembentukan ayat yang lemah. Hal ini demikian kerana pembinaan ayat tidak berkesinambungan dan tidak mempunyai hubung kait yang rapat antara isi dan huraian isi

 Penanda Wacana

 i) Penanda permulaan karangan
 a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
 d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
 g) Dasawarsa ini,
 h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
 i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
 k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,

 ii) Penanda memulakan isi baharu
a. Antara
b. Yang kedua
c.  Selain itu
d. Selanjutnya
e. Seterusnya
f.  Di samping itu
g. Seperkara lagi

iii) Penanda huraian isi karangan
a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
 f) Hal ini bersangkut-paut dengan
 g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila
 i) Hal ini timbul apakala

iv) Penanda memberi contoh dalam karangan
 a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti

 v) Penanda menghuraikan contoh
 a) Hal ini mengakibatkan
 b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,
 d) Maka,
 e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,


vi) Penanda menutup perenggan isi
a. Jelaslah
b. Ternyata
c. Sememangnya
d. Hakikatnya
e. Realitinya
f. Sesungguhnya
g. Hasilnya
h. Tepatlah dikatakan
i . Sebenarnya

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat Contoh: Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)
 a) justeru
b) malah
c) malahan
d) tambahan pula
e) sementelahan
f) sekali gus
g) di samping
 h) bahkan

 viii) Penanda memulakan perenggan penutup
a) Kesimpulannya,

 ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza
a) Walau bagaimanapun,
b) Walakin begitu,
c) Namun demikian,
d) Daripada perspektif yang berbeza,
 e) Jika dilihat dari sudut lain,
 f) Dengan kata lain,
g) Kontradiksinya,
h) Waima
 i) Di sebalik itu,
 j) Dalam pada itu,
k) Dari sudut lain,

x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa
a) Bak kata para hukama, .......
 b) Bak kata peribahasa Melayu, ............
c) Bak kata orang tua-tua, ...........
d) Bak kata mutiara, .........
e) Bak peribahasa, ............
 f) Bak kata para cendekia, .............
 g) Persis kata peribahasa, ............
 h) Persis kata peribahasa Melayu, ............. i
) Persis kata orang tua-tua, ............
 j) Persis kata mutiara, ............
k) Persis peribahasa, ...............
 l) Persis kata bidalan, .............
m) Hal ini sama dengan ungkapan tradisi..........
n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......
 o) Fenomena ini dikatakan
p) Masalah ini sama dengan kata pandai bestari ...........
q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ..........



Penanda wacana juga dikenali sebagai perangkai ayat. Pengulangan kata atau rangkai kata utama, terutamanya dalam subjek dan predikat ayat juga berfungsi sebagai penanda wacana.
Fungsi Contoh
1. Tambahan dan, serta, lagi, tambahan pula, selanjutnya, seterusnya, di samping itu
2. Urutan pertama, kedua, seterusnya, selepas itu, kemudian, kemudian daripada itu, akhirnya
3. Penyataan semula iaitu, yakni, dengan kata lain, seperti yang diterangkan
 4. Contoh contohnya, seperti, ibarat, laksana, macam, umpama, bagai, bak kata, sebagai
5. Rumusan rumusannya, kesimpulannya, sebagai kesimpulan, akhir kata, sebagai penyimpul kata 6. Tempat berhampiran dengan, bersebelahan dengan, bertentangan dengan
 7. Waktu apabila, ketika, semasa, kemudian, selepas, pada mulanya, lama-kelamaan, lambat-laun, akhirnya
 8. Sebab dan kesan oleh itu, oleh sebab itu, justeru itu, fasal, lantaran, jadi, dengan itu
9. Bandingan seperti juga, serupa dengan, sesuai dengan, sama juga dengan
10. Pertentangan sebaliknya, sungguhpun, walau bagaimanapun, namun begitu, bertentangan dengan

11. Pengesahan sebenarnya, sesungguhnya, sewajarnya, tentulah, pastilah, sememangnya 

1.             Hal ini bersesuaian dengan peribahasa ...
2.             Hal ini jelas dinyatakan dalam peribahasa ...
3.             Ibu bapa hendaklah mengasuh dan mendidik anak-anak sejak kecil kerana kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.
4.             Kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam pelajaran demi masa depan kerana usaha tangga kejayaan.
5.             Kita hendaklah membalas jasa ibu bapa yang telah memelihara dan membesarkan kita supaya kita tidak dikatakan bagai kacang lupakan kulit
6.             Kita hendaklah menjaga perpaduan yang telah kita bina dengan menghindarkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan ketegangan atau kehancuran ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua.
7.             Kita janganlah bermain api dalam keadaan negara kita yang aman damai ini kerana seekor kerbau yang membawa lumpur semuanya akan terpalit, iaitu kesilapan yang dilakukan oleh seseorang akan menyebabkan semua orang di sekelilingnya ditimpa kesusahan.
8.             Orang tua-tua pernah berkata ...
9.             Peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa ..
10.           Perkara ini bertepatan dengan maksud peribahasa ...
11.           Sebagai rakyat Malaysia kita mestilah mempertahankan negara kita daripada dijajah oleh musuh bak kata pepatah "biar putih tulang jangan putih mata"
12.           Sikap penduduk di taman itu yang selalu berbincang dan bermuafakat untuk melaksanakan sesuatu aktiviti ibarat hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
13.           Sikap sesetengah rakyat yang menjadi seperti api di dalam sekam menyebabkan pihak asing cuba mencampuri urusan pentadbiran negara kita.
14.           Sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dielakkan, sebaliknya sikap ke bukit sama didaki kelembah sama dituruni perlulah diamalkan dalam kalangan masyarakat setempat untuk memperkukuh perpaduan.
15.           Situasi ini boleh diperjelas melalui peribahasa ...


Tiada ulasan:

Catat Komen

Jangan Tiru