Bahasa Melayu eksklusif untuk calon SPM

Jumaat, 13 Oktober 2017

YANG TERINDAH DALAM HIDUP INI IALAH........



Apakah Yang Terindah Dalam Hidup?

Terdapat beberapa hal yang terindah yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Hal-hal yang mampu membuatkan bibir kita terukir senyuman dan hati kita selesa dan tenang. Hal yang terindah dalam hidup ialah…
 


Ketika kita PERGI ada yang MENDOAKAN..

Ketika kita JAUH ada yang MERINDUKAN..

Ketika kita SEDIH ada yang membuat kita TERSENYUM..

Ketika BERTEMU ada yang mengucapkan SALAM..

Ketika kita SAKIT ada yang MENJENGUK..

Ketika kita TAK TAHU ada yang bersedia MENGAJAR..

Ketika kita MARAH ada yang MENYEJUKKAN

Ketika kita KESUNYIAN ada rakan rakan  / anak-anak MENELEFON
Ketika kita KEBINGUNGAN ada yang memberi PETUNJUK..

Namun yang lebih indah dari segalanya adalah Allah masih memberi kita kesempatan untuk hidup sehingga kita mampu melakukan dan memberi yang terbaik yang kita mampu..Alhamdulillah..

Ya ALLAH jadikan kami hamba-Mu yang pandai bersyukur,
Aamiin ya Rabbal’alamin

15 Fakta Tentang Al-Quran


1. Nama-nama lain Al-Quran yang disebut di dalam Al-Quran sendiri:
Al-Furqaan, Al-Kitaab, Al-Zikr, Al-Noor dan Al-Huda


2. Pertama kali Al-Quran diturunkan di:
Gua Hira (Makkah)

3. Tempoh Al-Quran diturunkan:
Secara beransur-ansur selama 22 tahun 2 bulan dan 22 hari

4. Jumlah surah yang diturunkan di Makkah:
86 atau 19/30 daripada isi Al-Quran

5. Jumlah surah yang diturunkan di Madinah:
28 atau 11/30 daripada isi Al-Quran

6. Jumlah ayat Sajdah (ayat disunatkan sujud tilawah apabila dibaca) di dalam Al-Quran:
15 ayat dalam 14 surah. Terdapat 2 ayat Sajdah dalam surah Al-Haj


7. Berapa kali perkataan Allah disebut di dalam Al-Quran:
2698

8. Berapa kali Al-Quran menekankan mengenai solat?
700

9. Apakah perkara-perkara yang disentuh dalam Al-Quran?
Tauhid kepada Allah, alam semesta, hari pembalasan, kisah umat terdahulu dan sebagainya

10. Berapa kali Nabi Muhammad s.a.w dipanggil Yaa aiyu Han nabi?
11

11. Dalanm surah mana Nabi Muhammad s.a.w dipanggil Ahmad?
Surah As-Saf ayat 6

12. Siapa orang pertama yang mengira ayat-ayat Al-Quran?
Aisyah r.a

13. Siapa yang memberi nasihat kepada Saidina Abu Bakar agar mengumpulkan Al-Quran?
Saidina Umar Al-Khattab

14. Perbezaan ayat-ayat Makkiyah dengan ayat Madaniyah:
Makkiyah – Lebih pendek, berjumlah 1,456 ayat, lazimnya terdapat perkataan “yaa aiyuhannaas..” dan bersangkut dengan hal-hal keimanan, ancaman dan pahala, kisah umat terdahulu dan pengajaran budi pekerti.

Madaniyah – Berjumlah 4,780, lebih kerap dimulakan dengan perkataan “yaa aiyuhalladzina aamanu..” dan mengandungi hukum-hukum

15. Nama nabi yang paling banyak disebut di dalam Al-QUran:
Nabi Musa a.s











Tiada ulasan:

Catat Komen

Jangan Tiru