Bahasa Melayu eksklusif untuk calon SPM

Jumaat, 13 Oktober 2017

LATIHAN INTENSIF MENJELANG SPM – SASARAN A+ BM SPM

LATIHAN INTENSIF MENJELANG SPM  – SASARAN A+ BM SPM
Dalam setiap ayat di bawah terdapat  kesalahan bahasa. Carikan kesalahan tersebut bersama-sama guru BM anda
1.    Syah sangat sayangkan kucing peliharaannya, Lancelot.
2.    Saya akan maklumkan perkembangan projek ini dari masa ke semasa.
3.    Lain-lain hal yang berbangkit boleh dikemukakan dalam mesyuarat yang akan datang.
4.      Syed yang paling petah berhujah di dalam pertandingan debat itu.
5.      Di hari pernikahannya, kakak telah didandan oleh seorang jurusolek terkenal.
6       Setengah remaja lebih gemar menghabiskan masa bersama kawan-kawan berbanding ahli keluarga
7      Airen dan rakan-rakannya saling bertukar-tukar pandangan ketika mengadakan perbincangan  sesama mereka.
8      Asingkan telur putih terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam adunan.
9      Adik terkejut lalu menangis bila mendengar bunyi guruh berdentum.
10   Kerja-kerja memperdalamkan parit itu akan dimulakan pada minggu hadapan.
11    Hujan halus telah turun ketika perlawanan itu sedang berlangsung.
12   Mereka telah belajar berlawan daripada mahaguru silat di pinggir kampung.
13   Encik Sufi menghalau makhluk halus dengan ilmu kedoktorannya
14   Anda perlu tanamkan pokok bunga itu mengikut jarak yang sama supaya kedudukannya lebih teratur.
15   Tauke pasar besar itu mengupah orang Islam untuk memotong ayam bagi menghasilkan daging ayam yang halal
16   Kerja-kerja menimbus jalan yang berlubang-lubang itu dilakukan oleh pekerja dari Jabatan Kerja Raya.
17   Kerja-kerja pembersihan telah dilangsungkan di kolam tersebut setelah airnya dibuang oleh mesin penyedut air.
18   Pengikut kursus kem motivasi telah didedahkan dengan cara menyelamatkan diri ketika sesat di dalam hutan.
19   Mengikut undang-undang Melayu lama, mereka yang melawan raja akan dihukum bunuh.
20   Kapal kargo itu hanya boleh berlabuh di pelabuhan itu ketika air naik
21   Mak Tua sedang menyulam tikar mengkuang untuk dihadiahkan kepada anak saudaranya.
22    Kawasan hutan di sempadan di antara Thailand dengan Kelantan merupakan kawasan penyusupan barang-barang ke Malaysia.
23   Kawasan semak itu perlu dipotong untuk mengindahkan pemandangan di sekitar pekan tersebut.
24    Penduduk Kampung Semangat telah berusaha menangkap harimau yang memakan lembu ternakan mereka.
25    Banyak rumah bertingkat-tingkat dibina di bandar-bandar besar untuk mengatasi masalah tempat tinggal penduduk kota
26   Sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Ampang telah berjaya menaiki bukit dan merentas hutan rimba dalam program menawan puncak Gunung Ledang.
27   Sanusi melahirkan perasaan kecewanya setelah beliau tidak berjaya meletakkan kaki di puncak Gunung Ledang.
28   Para pengusaha dinasihati supaya cepat berusaha untuk meningkatkan produktiviti hasil pertanian mereka.
29    Encik Ali dan isterinya sedang memerangkap ikan di tepi sungai tersebut dengan menggunakan beberapa batang joran.
30   Mahkamah telah menjatuhi hukuman maut kepada penjenayah yang kejam itu
LATIHAN EKSTRA UNTUKMU
Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama asa ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama +Frasa kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
(i)                   Baju sutera ini untuk ibu.
(ii)                 Kuda putih itu berlari pantas.
(iii)                Sekolah baharu itu sangat cantik landskapnya.
(iv)               Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan Malaysia.
(v)                 Penduduk kampung akan bergotong- royong pada hujung minggu ini.
(vi)               Encik Ramli guru mata pelajaran Bahasa Melayu di SMK Seri Murni.
(vii)               Kain songket itu untuk Sarah.
(viii)            Aini  menangis kerana kelaparan.
(ix)               Rumah Embong itu sangat sempit dan jauh di pedalaman.
(x)                 Cikgu Asmawati guru kelas Aini dan Sarah.
(xi)                Keluarga Yunus  akan datang merisik Sarinah di Kampung Parit Haji Rais.
(xii)              Balai raya itu sudah usang.
Isi ruangan kosong dengan peribahasa yang sesuai bagi ayat-ayat tersebut.
(i) Hasliza sentiasa teringat dan rindu akan suaminya yang telah berbulan-bulan pergi belayar seperti ____________________________
(ii) Kassim Selamat menjadi buta kerana terlalu sedih dan banyak menangis selepas mendapat berita bahawa isterinya telah meninggal dunia ibarat pepatah_________________
(iii) Jangan sekali-kali kita mengeji ahli keluarga sendiri kerana perbuatan itu samalah seperti mengeji diri sendiri seperti _________________
Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.
(i)                  Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Azlina, tetapi dia yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.
(ii)                 Jamal menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak gembira kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti remaja lain.

(iii)                Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja berlebih-lebihan

<script async src="//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js"></script>
<script>
  (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({
    google_ad_client: "ca-pub-4613969464562525",
    enable_page_level_ads: true
  });
</script>

Tiada ulasan:

Catat Komen

Jangan Tiru